Jus Buah Yang Dirindui!

11:47 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setibanya ke Royal Al-Andalus Hotel pada malam sebelumnya, Amie sempat melihat-lihat gerai jual jus buah di sebelah pintu masuk hotel. Memang sudah pasang hasrat untuk beli jus buah dan simpan di dalam peti sejuk mini di dalam bilik. Teringat sewaktu Umrah 2014, setiap hari beli bergelas-gelas jus buah untuk diminum bersama Bonda dan Abang Farid. Amie sangat yakin, jus buah yang diminum mampu membekalkan vitamin C yang mencukupi, dan dapat elakkan daripada selsema. Harap-harapnya kali ini, begitulah kerana pengalaman lalu memang benar-benar berkesan. Alhamdulillah, selesai umrah, kami  tidak batuk, selsema atau demam sehinggalah sampai ke Lahad Datu. Mungkin petua ini boleh digunapakai oleh rakan-rakan lain ketika berada di Mekah atau Madinah.

Suasana pagi di hadapan Royal Al-Andalus Hotel.


Mana-mana gerai makanan atau minuman di sini, memang tidak pernah putus dikunjungi pelanggan sepanjang waktu!


Di gerai lain pun banyak dijual jus buah. Jus buah yang dijual tidak bercampur ais dan tidak ditambah gula. Rasanya lebih pekat (puri). Dahulu harganya hanya SAR 5 tetapi sekarang sudah mencecah SAR 10! Manakala buah-buahan campuran dengan krim pula berharga SAR 20.

Amie beli dua gelas jus buah dan dua gelas campuran cream dan buah-buahan.

Jus Mangga : SAR 10

Campuran Jus Jambu Batu + Strawberi + Epal : SAR 10

Campuran pelbagai jenis buah dengan krim : SAR 20

Meriah sungguh buah-buahan campuran ini. Ada pelbagai jenis kekacang ditabur di atasnya.

Buah-buahan campur seperti delima, kiwi, mangga, kurma dan sebagainya. Juga SAR 20.

Ada biskut Oreo di atasnya.

Antara jus buah-buahan yang dijadikan stok dalam peti sejuk mini. Bolehlah minum setiap hari, dan ditambah dengan juas buah yang lain pula.


Sempat menyelit gerai sebelah untuk beli shawarma.


Sekeping shawarma inti ayam ini berharga  SAR 10.

Seterusnya kami naik ke bilik untuk membersihkan diri sebelum kembali ke Masjid Nabawi untuk solat zohor. Sayangnya, tuala yang ditunggu tak kunjung ke bilik. Beberapa kali jugalah kami dan juga jemaah umrah yang lain minta tuala dan salurkan melalui mesej kumpulan! Ada yang kata gunakan kain ihram sebagai tuala mandi...ahaks!

Layan dulu shawarma kurus panjang yang masih panas!

7 comments

  1. alhamdulillah... kesihatan sepanjang mengerjakan umrah juga satu nikmat rezeki

    BalasPadam
  2. Sedap nampaknya shawarma tu.. jus buah pun pekat sungguh, terasa keasliannya. Tentu ada seratnya sekali.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah kak amie dan suami sihat sepanjang berada di sana..
    Nampak sedap pula jus bersama kekacang tu..

    BalasPadam
  4. Ya allah x dapat2 tualanya ye...sedapnya la nampak juice buah tu semua..terus tekak SA nak makan juice buah plak...

    BalasPadam
  5. Nampak jus tu pun pure, sedap sangat nengoknya!

    BalasPadam
  6. Jusnya nampak pekat. Kawan syorkan minum laban. Tu yang saya selalu beli dahulu.

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas tips yang dikongsi..semoga menjadi ilmu jariah untuk kami yang membaca

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe