Lahad Datu - Pitas : Singgah Makan di Kundasang
9:38 PTGPerjalanan dari Lahad Datu ke Pitas memakan masa yang agak panjang. Sepanjang perjalanan, cuaca mendung dan hujan renyai. Kami bertolak dari Lahad Datu sekitar pukul 6 pagi. Encik Suami ajak singgah makan di Ranau, tapi Amie sarankan makan di Restoran Nabalu sahaja. Kami sampai di Kundasang pada pukul 11:30 pagi. Restoran Nabalu tutup. Jadi kami terus belok naik bukit menuju ke Restoran Selera Kebun. Ini merupakan kali kedua kami makan di sini. Kali pertama kami singgah sini pada bulan Ogos 2020 : Makan Tengahari di Restoran Selera Kebun Kundasang
Alhamdulillah, kami tidak menunggu lama untuk menikmati hidangan tengahari.
Mee Goreng Ayam |
Bismillah. |
10 comments
nampak sedap2 hidangannya.
BalasPadamteringin nak pergi kundasang...tapi belum ada rezeki ke sana
BalasPadambiasanya ikan talang kering dipotong kecil digoreng campur bawang besar sedap tu
BalasPadamMak sy selalu buat lauk ikan masim mcm tu kak... ikan masin long hiris kecil, bawang besar banyak dan cili padi gunting kecil2... sedapnya... tp kalo sy buat x sesedap yg mak buat pulak... frust
BalasPadam@Warisan Petani Terima kasih Wak. Musim hujan, sejuk, perut lapar makan pun rasa sedap semuanya.
BalasPadam@AzianKhalil In shaa Allah, akan sampai juga suatu hari nanti.
BalasPadam@paridah Betul tu, kombinasi manis bawang besar dengan masin ikan memang sangat sedap bila jumpa nasi putih.
BalasPadam@Kakmim Kan. Kenapa ye kalau hasil air tangan orang lain rasanya lebih sedap dari masakan sendiri... hehehehee.
BalasPadamIkan masin tu dia org guna ikan apa ya
BalasPadamAyam meraung pulak dah. Senang dia punya hidangan sama ada keropok, acar dan sambal. Cuma lauk berbeza. Tergoda betul tengok mee goreng Firdaus makan tu. Comel dia :)
BalasPadam