Kiriman Alphabets Stamps Daripada Blogger Azhafizah.com Sihatimerahjambu's diaries

2:59 PTG

Alhamdulillah. Rezeki datang tak salah alamat. Pada tarikh 5, 6 dan 7 Januari 2021 selama tiga hari Amie dapat kiriman berturut-turut dari rakan-rakan bloggers. Pada tarikh-tarikh tersebut Amie tidak berada di rumah, dan hanya dapat buka semua kiriman sebaik sahaja kembali ke LD pada 12 Januari, sehari sebelum PKP 2.0 dilaksanakan.

Kiriman ketiga ini datangnya dari Negeri Sembilan. Jauh terbangnya melintas Laut China Selatan di musim tengkujuh! Siapa tak kenal empunya diri : Azhafizah.com Sihatimerahjambu's diaries. Rumahnya sentiasa meriah dengan pelbagai hasil tulisan untuk dikongsi bersama. Orangnya sangat peramah. Setiap kali kunjungan, mesti meninggalkan komen yang manis-manis belaka. Itulah dia, dik Fiza yang kaya dan mewah dengan kemeriahan hasil coretan pelbagai info dan cerita-cerita menarik! Ada sahaja idea yang dikongsi. Tak pernah jemu berkunjung ke blog si manis ini, malah tertunggu-tunggu apa entri seterusnya.

Teruja sungguhlah Kak Amie dapat hadiah berupa alphabets stamps dari Fiza ini. Kak Amie tak pernah memiliki kotak ajaib ini tau Fiza. Nanti bolehlah buat pelbagai projek kraf kertas dan ajak Firdaus sekali. Mesti budak kecik tu ikut rasa seronok. Boleh gotong-royong menghias kad hadiah, hias planner, buat buku nota dan buku skrap, buat penanda buku  dan sebagainya. Banyak kegunaan alphabets stamps ini. Elok sangatlah dimanfaatkan ketika berkurung sempena PKP 2.0 ini. Dapat juga mengasah bakat dan kreativiti.

Terima kasih Fiza kerana sudi jadi rakan baik di alam maya. Semoga ukhuwah di antara kita berpanjangan. Walaupun hanya bertemu dalam kebisuan, namun jejak komen yang ditinggalkan sentiasa menjadi ingatan. Mudah-mudahan idea sentiasa mengalir bagai air terjun untuk Fiza terus menulis.

Jom sama-sama singgah untuk terus memeriahkan blog comel milik Blog Sihatimerahjambu's diaries. Terima kasih Fiza atas kiriman tanda kenangan sebagai pengomen tempat keempat. Semoga Fiza sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan oleh-Nya.

11 comments

  1. Aaaminn...Terima kasih atas doanya kak Amie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

    Alhamdulillah.selamat sampai..risau lama nak sampai kesana. Macam ada rosak sikit ye kak amie pada kotak tu..mungkin lama sangat dorang peram cuti tahun baru lagi. Mujurlah stamp dalam keadaan baik. Bolehlah buat kraft dengan firdaus nanti.

    Sama-sama kak. Terima kasih juga sudi jadi kawan alam maya dan rajin singgah blog saya juga :)

    BalasPadam
  2. @Azhafizah MN Alhamdulillah. Kotak dalam keadaan elok sempurna, tidak ada sebarang kerosakan. Terima kasih sekali lagi Fiza :)

    BalasPadam
  3. Oh hadiah ke-4 ialah alphabet stamps.
    Nasib baik selamat sampai.

    BalasPadam
  4. @NA Alhamdulillah. Rezeki ikut jalan lurus hehehehe.

    BalasPadam
  5. cantik dan fancy betul hadiah ni ! tahniah akak

    BalasPadam
  6. Banyak rezeki cikgu tahun ni yer.. Tumpang seronok tengok

    BalasPadam
  7. Wah, alphabets stamps. Best ni, main cop cop. Hehe. Saya dulu banyak juga koleksi rubber stamps. Cita-cita nak jadi kerani pos office tak kesampaian, jadi kita cop cop sendiri je kat rumah. Kikiki...

    BalasPadam
  8. @Atie Zieya Seronok betul dapat hadiah begini. Boleh berkreativiti di masa lapang. Tq dik.

    BalasPadam
  9. @namakucella Alhamdulillah. Rezeki persabahatan alam maya.

    BalasPadam
  10. @iamaSlowRunner Kecik2 dulu pun suka tengok kerja-kerja kerani pos office. Cop cop cop!

    BalasPadam
  11. Uniknya hadiah dr fiza.. siap ada kad hand made lg

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe