Belacan Cocos
5:05 PTGHari ini Amie buat Belacan Cocos. Sekarang Firdaus sudah pandai makan Belacan Cocos! Sewaktu makan bersama-sama petang tadi, 7 biji belacan Firdaus makan bersama nasi! Memang betul-betul anak Cocos! He heheee... maklumlah Belacan Cocos ini memang terkenal dalam hidangan orang Melayu Cocos.
Abang Farid pula, memang Amie tak masakkan ayam untuknya sebab Amie tahu Abang Farid akan makan ikan tudung periuk masak taucu, dan memang menambah-nambah nasi dan ikan pula dia hari ini! Amie sengaja bubuh lebih kuah taucu sebab tahu anak-anak akan mencari kuahnya.
Encik Suami kata kalau dah ada Belacan Cocos, gandingannya sudah tentulah ada sayur bening! Bukan sahaja sayur bening, Amie sediakan juga sambal tempoyak, hirisan timun dan juga terung goreng.
Belacan Cocos |
Sayur bening sawi & lobak. |
Sambal tempoyak belacan, terung goreng & timun. |
Limau Sunkist. |
1 tin kecil ikan mackerel / sardin - asingkan isi dengan sos
1 biji telur
minyak
garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
20 biji cili padi - boleh tambah atau kurangkan - ikut kepedasan yang diingini
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
20 gram belacan
5. Gaul sebati bersama bahan tumbuk di dalam lesung.
6. Panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng jemput-jemput. Terpulang untuk membentuknya, nak lonjong, nak bulat atau leper.
6 comments
kalau saya cuba mungkin tanpa belacan tapi tu dah dikira derhaka resepi. Untungnya orang yang tak ada resdung. Haha. Nampak sedap sangat
BalasPadamOh, itu rupanya belacan cocos.. mcm inovasi dpd belacan yg ori je kak
BalasPadamsadin dan ubi makan dgn kicap manis .. sedapnyaaaaa
BalasPadamBanyak menu rare hari ni yang saya tak pernah dengar. Belacan cocos tu ingatkan nama belacan rupanya hidangan masakan. Menarik juga cara pembuatannya tu.
BalasPadamteruja nak try....esok kalau rajin, bahan2 ada jer tu.
BalasPadamFirst time tengok dan jumpa..bahan pun mudah jer..boleh cuba nanti
BalasPadam