Ayam Masak Semur @ Kicap Paling Sedap!
8:06 PTGHari ini Amie olah Ayam Masak Semur @ Kicap. Ayam Masak Semur @ Kicap sangat popular dalam kalangan masyarakat Jawa di Malaya. Hidangan ini sering disajikan sewaktu kenduri-kendara terutamanya dalam hidangan nasi ambeng. Menjelang hari raya pula, ia turut dihidangkan untuk dinikmati bersama ketupat.
Ayam masak semur pada hari ini sudah berbeza berbanding dahulu. Itu antara tutur bicara Bonda beberapa tahun lalu ketika kami bercuti di Malaya.
Orang sekarang, bubuh macam-macam dalam masakan semur. Tambah sos tiram. Tambah sos itu, sos ini.
Mana mak tahu?
Mak nampak orang masak waktu rewang kenduri di kampung. Lain dah rasanya, tak sama dengan masakan orang dulu.
Yang bubuh itu ini, tambah sos itu ini namanya masak kicap mak. Yang masak semur masih sama bahannya. Amie cuba sedapkan hati Bonda.
Jangan sedih Bonda. Olahan-olahan baru dalam masakan itulah namanya kreativiti mengikut rentak zaman. In shaa Allah Ayam Masak Semur masih ada peminatnya yang tersendiri dan diolah mengikut cara masakan yang asli. Untuk itu, Amie abadikan untuk kesekian kalinya Ayam Masak Semur di sini supaya boleh menjadi rujukan kepada pencinta resipi masakan tradisional khususnya masakan citarasa masyarakat Jawa.
Ayam Masak Semur @ Kicap |
Senang hati Abang Farid sebab ada lauk ayam. Anak-anak tercari-cari kuah, tetapi Amie masak agak kering. Untuk Encik Suami pula Amie panggangkan setengah ekor ikan bulan. Ikan bulan ini rupa bentuknya ala-ala ikan terubuk tapi ukurannya lebih panjang. Banyak tulang tetapi isinya berlemak. Ada latuk @ rumpai laut cecah sambal (tak tahu nak bagi nama apa sambal itu), dan juga kerabu taugeh campur kerang.
Ikan Bulan Panggang |
Latuk |
Sambal : Cili merah & cili padi kisar bersama bawang merah dan tomato. Tambahkan perasa dan jus limau kasturi. |
Kerabu Taugeh & Kerang |
Hirisan Limau Sunkist |
- 1 kg daging ayam - potong menjadi 12 bahagian
- 4 biji kentang - kupas kulit dan belah 4
- 1 cawan kicap manis
- 1 labu bawang besar - belah 6
- 1 sudu kecil pati asam jawa
- 1 cawan air
- 1 sudu besar lada putih / lada hitam - tumbuk
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 cawan suhun yang sudah direndam dan ditoskan
- garam / gula / perasa pilihan - jika perlu
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 2 cm halia
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil jintan manis
- Gaul ayam dengan satu sudu kecil garam dan serbuk kunyit. Perap seketika dan kemudian hingga masak dan ketepikan.
- Goreng kentang hingga kuning keemasan atau sehingga masak dan ketepikan.
- Panaskan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ayam. Tumis semua bahan tumbuk bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga wangi.
- Masukkan asam jawa, air dan kicap. Biarkan sehingga kuah mendidih.
- Masukkan ayam dan masak sehingga kuah pekat.
- Masukkan lada putih / lada hitam dan gaul sebati.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula, tetapi sekiranya anda menggunakan kicap manis seperti Kicap Cap Kipas Udang (Habhals), tidak perlu masukkan garam dan gula kerana kicap ini sudah cukup rasa.
- Setelah kuah kelihatan pekat seperti yang dikehendaki, barulah masukkan kentang goreng, hirisan bawang besar dan cili merah serta suhun.
- Gaul beberapa kali dan segera padamkan api.
11 comments
Betul ni resepi ori masa nenek ajar sy masak ayam masak kicap darjah 6 dulu.. dan betul juga skrg sy tambah sos tiram jadinya ayam sos tiram, tambah blackpepper sos jd ayam blackpepper.. jgn lupa tuang kicap manis jugak 😂
BalasPadamresepi jawa...mentua selalu masak semur ni
BalasPadamOhh ada tambah rempah ratus ye masakan kicap asalnya. hari ni belajar nama ikan bulan pula kak amie. Cuaca mendung memang tak syok ambil gambar..tapi gambar kak amie semua lawa.
BalasPadamMak wak masak semur letak santan.
BalasPadamOwh, namanya masak semur. Kalau tempat saya di Kedah.. Masak kicap tu dipanggil masak toyu... Hihihi
BalasPadamSedapnya masak semur ada soohon. Yummy
BalasPadamOrang dulu masak memang suka bermacam rempah. Tu yang rasa lagi kick
BalasPadamatie pernah try latuk, tapi tak kena dgn tekak
BalasPadamAlhamdulillah, sedap sedap semuanya.
BalasPadamSuami suke kalau mak saya atau saya masak semur..lagi2 kalau daging..sama original resepi macam Kak Amie kongsi disini.. sedapnyer .. lame xbuat
BalasPadamMenu kegemaran anak2 kt rumah akak ni amie
BalasPadam