Lokan Panggang & Kelapa Bakar

by - 6:41 PTG

Pernah makan lokan bakar? Kalau jalan-jalan ke Sabah, bolehlah singgah sebentar di Kampung Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Terdapat banyak deretan gerai lokan bakar dan kelapa bakar di kiri kanan jalan. Boleh pilih warung atau gerai yang disukai. Hidangannya sudah tentu mempunyai rasa yang berbeza walaupun bahannya sama iaitu lokan. Rasa pencecah lokan bakar dari satu gerai dengan satu gerai yang lain pun tak sama. Kami pernah makan lokan bakar di sini beberapa tahun lalu. Kali ini kami singgah di gerai yang lain pula.

Lokan panggang @ bakar.

Lokan ini dibakar @ panggang dengan menggunakan bahan perencah yang tersendiri. Ada rasa kunyit, ada rasa serai. Pencecahnya pula ada yang seperti sos likat seperti yang kami makan. Dulu, pencecah lokan bakar yang kami makan lain pula, sebab makan di gerai lain. 

Sewaktu kami tiba di sini, harga yang ditawarkan untuk satu longgok lokan adalah mengikut saiz. Saiz kecil RM12 selonggok. Saiz sederhana RM15 dan saiz besar juga RM15 selonggok. Yang membezakan saiz sederhana dengan saiz besar walaupun harganya sama ialah jumlahnya. Lokan siaz sederhana lebih kurang 18 ekor, manakala saiz besar 15 ekor. Begitulah penjelasan tuan gerai. 


Sebahagian deretan gerai Lokan Panggang & Kelapa Bakar di kiri kanan jalan.


Selain kelapa bakar, ada jagung bakar juga.

Keadaan di setiap gerai nampak sama saja dengan longgokan lokan 3 saiz, kelapa bakar, jagung bakar dan tong berisi puding kelapa.

Lokan saiz kecil berharga RM12 selonggok.

Kami memilih dua longgok lokan saiz sederhana, dan selonggok saiz besar. Kami pernah makan lokan saiz kecil. Rasa tak puas kunyah! Orang kata buat selit gigi jew ... ahaks! Lokan saiz besar pula agak liat sedikit. Yang paling sedang, tak kecil sangat dan tak liat sudah tentulah lokan saiz sederhana.

Kelapa-kelapa jenis di atas buat masa ini kami tak layan...hiks!

Kami layan puding dalan buah kelapa saja.
Puding Dalam Buah Kelapa - RM5 sebiji.

Memang sedap betul makan puding kelapa dalam buah kelapa. Rasanya pun sedang-sedang, sejuk lemak manis. Orang kata, cukup rasa!


Sementara menunggu lokan panggang sampai ke meja, kami layan puding kelapa dulu.

Firdaus suka sangat makan puding kelapa!

Sangat sedap! Rasa kelapa, tapi sejuk katanya.


Fairuz sempat pesan mee hoon sup.

Bila dibubuhnya cili, rasa perut kita pula yang kecut!

Firdaus memang tak cukup mulut bercerita, bertanya itu ini. Fairuz nak makan pun diganggunya juga dengan pelbagai pertanyaan.


Lokan panggang sudah sampai ke meja.

Lokan saiz sederhana.

Lokan saiz besar.

Lokan saiz sederhana tak liat.

Firdaus cuba makan seekor.

Cukuplah makan satu, katanya.


Sudah makan lokan panggang, sudah makan puding kelapa dalam buah kelapa, mari kita tinggalkan tempat ini. Ketika ini panas terik.

Lain kali boleh datang lagi. Nak rasa kelapa bakar dan jagung bakarnya pula.

Jumpa lagi.

You May Also Like

9 ulasan

  1. Dulu kt sini pun ada yg jual kelapa bakar..tp skrg jrg nmpk dah org jual kak ..lokan bakar sedap plk tgok

    BalasPadam
  2. Saya tak pernah makan lokan bakar. Nampak sedap. Macam kerang ke, rasanya? :)

    BalasPadam
  3. Sedap nampak lokan bakar tu. Susunan oun cantik kemas. Puding kelapa tu, kalau tengok bulan puasa waktu tengahari panas.. Mau kurus pahala.. Hihihi

    BalasPadam
  4. SEDAPNYA LOKAN BAKAR TAPI MUTIARANYA XDE YA

    BalasPadam
  5. Tak pernah makan lokan bakar. dia ala ala kerang jugak. Kalau kerang bakar saya suka makan. mungkin akan suka juga lokan bakar ni kot. Sedap dapat minum air kelapa dengan isi waktu panas panas ni. Dapat pulak tu mee hoon sup makan panas panas.

    BalasPadam
  6. lama betul tak makan jagung bakar! huaa sedapnyaaaaa

    BalasPadam
  7. Pertama kali tengok puding dibuat dalam kelapa macam tu.. Menarik..

    BalasPadam
  8. Teringin sangat SA nak rasa kelapa bakar tu...ngan lokan macam tu...ntah bila la dapat berkunjung ke sana...

    BalasPadam