ADSENSE

Sabtu, 23 Januari 2021

Sumangkap Gong Factory di Matunggong

Sewaktu kami meninggalkan Pitas menuju ke Kudat, hujan turun tidak berhenti. Kami terpaksa melangkau beberapa buah tempat yang telah tersenarai sebagai tempat lawatan. Jadi, sewaktu kami berada di Kudat, kami putuskan untuk patah balik ke daerah-daerah tertentu di sekitar Kota Marudu. Selepas makan tengahari di Restoran Kampung Kelapa, kami memutuskan untuk melawat Gong Kampung Sumangkap yang terletak di daerah kecil Matunggong. Matunggong terletak di pertengahan antara Kota Marudu dan Kudat. 

Masih juga dalam suasana hujan. Kereta naik turun bukit bukau, tetapi rasa tenang melihat suasana hijau di kiri kanan selain keadaan  jalan raya yang elok, dan tidak ada kesesakan lalu lintas. Setibanya kami di persimpangan jalan masuk ke Sumangkap Gong Factory, kami dapati keadaan sebuah gong besar yang terletak di tepi jalan masuk sangat uzur tidak terjaga. Rumput dan lalang tumbuh liar menutupi hampir sebahagian daripada gong tersebut. Keadaan begini mungkin tidak  kelihatan sebelum PKP 1.0.  Kebetulan pula bertepatan hadapan gong ada sekatan jalan raya dan pondok petugas (polis), jadi tidaklah dapat Amie turun dari kereta dan ambil gambar. 

Ketika kami tiba di Kampung Sumangkap, hujan telah berhenti tetapi langit tertutup oleh awan nipis seakan-akan jerebu.

Welcome to Kampung Sumangkap.


Seperti yang kami jangkakan apabila melihat keadaan gong di simpang masuk ke kampung ini, nampaknya kawasan ini ditutup!

Papan tanda: Sorry. We're closed!






Bagaimana pun kami terus bergerak masuk ke kawasan kampung kerana di situ terdapat beberapa buah bengkel tempat pembuatan gong sedang beroperasi.




Kami singgah di Ronny Gong Making.
Penduduk Kampung Sumangkap dikatakan pakar menghasilkan gong, dari gong kecil sehinggalah gong terbesar di dunia yang tercatat dalam The Malaysia Books of Records. Selain gong, mereka turut menghasilkan kulintangan.

Firdaus teruja melihat kulintangan. Mulalah dia cuba ketuk satu persatu untuk mendengar bunyinya.

Seronoknya dia!


Sekarang Firdaus sudah ada dua batang kayu pemukul kulintangan. Bertambah terujalah dia!


Selepas memukul kulintangan, sekarang beralih pula memukul gong!

Dikatakan bahawa masyarakat Rungus mempunyai tujuh jenis gong yang mengeluarkan bunyi yang berbeza. Bunyi gong suku kaum Rungus tidak sama dengan bunyi gong masyarakat Kadazan.Gong merupakan alat muzik yang digunakan oleh lebih 30 etnik di Sabah. Saiz gong adalah pelbagai dan dikenali dengan nama kulintangan, canang, tetawak, gong sederhana dan gong besar.

Menurut pemilik bengkel ini, gong diperbuat daripada zink. Amie sangka daripada tembaga. Katanya ada juga daripada tembaga tetapi harga tembaga sangat mahal. 

Proses membuat gong.

Encik Suami banyak membeli hasil kraftangan di sini. Katanya untuk dijadikan oleh-oleh rakan-rakan dan adik-beradiknya. Ada gong tembaga dan ada gong zink. Tembaga agak berat berbanding zink. Encik Suami belikan Amie  gong fridge magnet yang diperbuat daripada tembaga. Firdaus pun meminta sebuah gong juga. Untuk hiasan rumah, Encik Suami beli gong tiga serangkai.


Rantai manik ini pun Encik Suami rembat. Salah satunya Encik Suami gantung di cermin kereta Amie. Terima kasih Encik Suami. 

Ini sahajalah cerita kami di Kampung Sumangkap. 
Sekali lagi pinjam dari Pak Google gambar gong gergasi di Kampung Sumangkap.

Soludon - Gong terbesar di dunia di Kampung Sumangkap.

7 ulasan:

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Sayangnya tutup pulak tempat ni. Tapi mujur gak ada tempat lain. kulintangan ni gamelan juga kan? Kalau pandai main, best bunyinya. Firdaus sukalah tu main ketuk ketuk :)

paridah berkata... Reply To This Comment

industri kampung membawa rezeki kpd masyarakat Sumangkap terbaik usaha mrk

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

wah,cantiknyaaaa!!!gong gong yg dah siap dgn lukisan seni tu smua

Amie berkata... Reply To This Comment

@Azhafizah MN Kulintangan tidak sama dengan gamelan, walaupun bentuknya hampir serupa.

Amie berkata... Reply To This Comment

@paridah Betul tu. Pembuatan gong di kampung ini merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk setempat.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Atie Zieya Hasil kreativiti yang diwarisi turun-temurun.

Cik TK berkata... Reply To This Comment

Seronoknya adik firdaus main kulintangan dan gong! Excited dia!!