Madu Kelulut & Madu Lebah Liar di Gombizau Kampung Madu Matunggong Kudat (Gombizau Honey Bee Farm)

10:53 PG

Keluar dari simpang masuk  Gong Factory Sumangkap, kami meneruskan perjalanan arah ke Gombizau Kampung Madu pula. Perjalanan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari simpang Kampung Sumangkap, dan kami kini sudah berada di simpang masuk jalan ke Gombizau Kampung Madu. Kalau anda datang dari arah Kudat, jarak perjalanan ke sini ialah sejauh 43 km.

Jarak Gombizau Kampung Madu dari simpang jalan utama hanyalah 1 km sahaja. Namun begitu perjalanan ke destinasi agak mencabar. Selain jalan sempit, keadaannya agak berbahaya kerana jalan rosak dan banyak lubang di sana sini. Kebetulan ketika itu baru lepas hujan, jadi kena memandu berhati-hati disebabkan jalan licin dan lopak air di sana sini. Kalau anda menaiki kenderaan pacuan empat roda, ia lebih mudah untuk meneruskan perjalanan menaiki bukit. Jika menaiki kereta biasa, kenalah pandu perlahan-lahan dan banyakkan bersabar untuk sampai ke tempat tujuan.

Keadaan jalan raya sebaik sahaja kereta membelok dari simpang jalan utama.

Seperti yang di duga, ladang penternakan masu (Gombizau Honey Bee Farm) ditutup hampir setahun yang lalu semenjak diumumkan PKP 1.0!

Model Gombizau Kampung Madu

Walaupun Gombizau Honey Bee Farm ditutup kepada umum, namun kami masih berpeluang untuk membeli madu produk dari ladang ini di rumah penduduk di situ.  Ada dua jenis madu yang diusahakan di ladang ini iaitu madu kelulut dan madu liar.

Madu Kelulut  & Madu Liar

Madu Kelulut

Google : Lebah Kelulut

Jom berkenalan dengan kelulut dan madu kelulut. Kelulut atau lebah kelulut ialah sejenis daripada keluarga lebah, saiznya lebih kecil dan tidak bersengat. Lebah kelulut turut menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Saiz lebah kelulut yang lebih kecil berbanding lebah biasa inilah yang menyebabkan serangga ini mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ke ruang paling dalam. Madu yang dihisap lebah kelulut ini mengandungi banyak vitamin dan mineral. Lebah kelulut menghasilkan propolis melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dengan rasanya yang manis serta sedikit masam. Madu dan propolis daripada lebah kelulut mengandungi banyak khasiat dan berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang. Ia turut digunakan sebagai bahan aktif dalam produk koemetik, krim dan tablet.

Madu Liar

Kami beli 4 botol madu. 2 botol madu kelulut dan dua botol madu liar. Harga sebotol madu kelulut ialah RM82.00 dengan isi kandungan sebanyak 500ml.  Manakala madu liar seperti dalam gambar di atas ialah RM42.00 dan botol agak kecil pula  RM32.00.
Penjual madu berpesan supaya tidak menyimpan madu ini di dalam peti sejuk, dan jangan gunakan sudu besi.

Madu Kelulut

Madu kelulut dipercayai mampu mempercepatkan proses di dalam saluran darah dan menyebabkan lebih berkesan bagi menguatkan metabolisme badan. Dikatakan juga mampu menyembuhkan penyakit , kecederaan dalaman, menguatkan tenaga batin dan menjaga kecantikan.


Wokey... sudah dapat 4 botol madu,  mari kita sambung perjalanan ke destinasi lain pula.

13 comments

  1. ada beza rasa tak antara 2 madu ni?

    BalasPadam
  2. Boleh tahan harganya yer cikgu, tapi berbaloilah dengan khasiat & madu liar pulak tu.Dulu zaman kanal-kanak selalu caro sarang kelulut nak amik sarang getahnya buat macam tanah liat. Habis la rambut melekat-lekat d serabai bila rambut dihinggapi kelulut. Hihiji

    BalasPadam
  3. Mencabar jalan nak masuk ke sini. Untung juga singgah dapat bawa balik bekal madu. Sedap madu ori. Model tu comel :)

    BalasPadam
  4. Belum pernah cuba madu kelulut.

    Seronok sy ikut perjalanan kak amie ni...Macam-macam tempat yg diterokai

    BalasPadam
  5. sejak PKP kena redho saja, memang banyak tempat yang telah ditutup operasinya...sayang kan kak.

    BalasPadam
  6. Puas saya fikir Gombizau tu apa. Perasan ada tampal kat label baru tau tu jenama dia

    BalasPadam
  7. Tak pernah cuba lagi madu kelulut...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe