Sebiji Roti Bulan Sabit (Croissant) & Secawan Teh Lemon
6:16 PTGMacamana boleh ada seketul roti bulan sabit di dapur? Tak ada siapa pedulikannya. Eloklah panaskan dalam 4-5 minit dalam air fryer. Tentu akan kembali menjadi rangup seperti mula-mula keluar dari oven.
Hari ini Amie dijadualkan bertugas sehingga pukul 3:45 petang. Seawal pukul 5:45 pagi sudah bertolak ke tempat kerja. Sebelum meninggalkan rumah, Abang Farid sempat bertanya: Hari ini Mommy masak tak? Kita jawab: Mungkin tak sempat bang. Mommy balik petang. Dalam hati terlintas fikiran bahawa Abang Farid akan order makanan untuk tengahari nanti.
Di kepala juga terus ligat memikirkan sewaktu menyambung tugas tengahari nanti, bila agaknya masa untuk menyelinap masuk ke surau menunaikan solat Zohor. Nak minta tolong kawan pun, masing-masing ada tanggungjawab yang sudah ditetapkan. Tamat tempoh bertugas pula pukul 3:45 petang, sudah masuk waktu Asar. Jangankan seminit, sesaat pun tak boleh alpa dengan tugas yang diberi. Nanti macam-macam akan terjadi. KKM dan polis asyik berkeliaran masuk kawasan, mengintai dan mencari salah tidak patuhi SOP. Orang pejabat termasuk ibu kepala kami sedang berkuarantin. Covid-19 sudah serang staff sana sini. Kelmarin, rakan-rakan sekerja terpaksa menjalani swab test disebabkan salah seorang 'anak' kami positif Covid-19. Satu kelas kena swab test. Akibatnya, ramailah yang tidak hadir. Di saat-saat SPM hampir menjelang, tiba-tiba dua kelas kosong tanpa kehadiran penghuninya!
Untuk alas perut sampai ke petang, Amie beli semangkuk kecil lo mai gai (pulut kukus dengan ayam), kuih cakoi dan dua biji Portuguese egg tart. Sempat rembat seketul croissant. Setelah makan lo mai gai, rasa kenyanglah pulak. Kemudian makan kuih cakoi dua tiga potong.
Tiba-tiba diumumkan kelas yang akan bersambung sebelah petang dibatalkan! Semua 'anak' kami 'takut' untuk berlama-lama hingga ke petang. Maklumlah semua sudah tahu ada yang positif Covid-19 di 'istana' kami. Secara tidak langsung terlepaslah kita dari memikul beban tugas sehingga 3:45 petang!
Jomlah balik!
Kalau dapat rebahkan kepala atas bantal barang seketika alangkah nikmatnya! Tapi sampai rumah, terpandang wajah anak-anak yang belum makan tengahari, tak jadilah nak berehat. Selepas solat terus meluru ke dapur cari apa yang patut untuk dimasak.
Rupanya Abang Farid tak beli apa-apa makanan dari luar. Hanya Encik Suami yang beli sarapan pagi untuk anak-anak di rumah.
Panjang mukadimahnya.
Lari dari tajuk yang hendak dijadikan entri.... kah!
Secawan Teh Lemon & Sekeping Roti Bulan Sabit |
Dah membebel panjang barulah nak masuk isi cerita. Inilah croissant nan sebiji yang tak sempat dijamah tengahari tadi. Setelah dipanaskan semula, rasa tak sabar nak makan! Jom minum sama.
5 comments
Allhu.. Syafikillah untuk yang +ve & semoga yang lain terhindar dari virus corona & semoga kita semua dalam lindungan Allah..
BalasPadamHihi, cerita roti bulan sabitnya sikit aje... Sk pun kering sungguh idea menulis skrg, gambar byk cerita Tak ada
BalasPadamSemoga semuanya baik2 sahaja, Amie.
Sebiji sekali ngap abis..hehe kena mkn 2,3 biji baru puas...
BalasPadamSemakin menggila kes baharu ni. Semoga semuanya dalam keadaan baik. Aaminn
BalasPadamSedap roti bulan sabit. Ada inti lagi sedap :)
simple mcm ni pun nampak fancy
BalasPadam