Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood - Flavours of Sabahan
9:52 PTGApabila sudah tidak berpeluang untuk jalan-jalan di musim PKP 2.0 ini, sekurang-kurangnya tidaklah rasa bosan sangat terkurung di rumah. Ada masa terluang boleh belek-belek gambar dan siapkan entri. Amie sambung jalan-jalan cari makan di Kota Kinabalu. Kali ini kami bersarapan di Putatan. Jom masuk ke Restoran Nasi Lemak Bamboo. Konsep Nasi Lemak Bamboo ialah : Traditional Nasi Lemak With Innovative Taste..!
Selain di Putatan (beside Foo Yuen), cawangan Nasi Lemak Bamboo di Kota Kinabalu juga terdapat di Lintas Square (same row with Maybank), IMAGO MALL (Heritage Food Court Near MBO), MEGALONG MALL dan Segama (same row ith KFC).
Bukan main segak lagi anak beranak duduk menunggu hidangan nasi lemak sampai ke meja..... ahaks!Nasi Lemak Ayam Goreng & Milo Dinasour sudah sampai di hadapan Firdaus. Ingatkan macamanalah rupa Milo Dinasour! Tercari-cari mana rupa dinasour dalam gelas. Rupanya taburan serbuk milo di bahagian atas minuman.
Macam tak sabar sayang Mommy nak jamah nasi lemaknya.
Ayam goreng bahagian peha nampak besar saiznya.
Encik Suami dengan Nasi Lemak Kari Ayam & Hainan Kopi 0.
Semua hidangan nasi lemak sudah sampai ke meja kecuali Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood. Katanya, ambil masa sedikit untuk dihidangkan.
Nasi Lemak Ayam Rendang untuk Fairuz. Tak ada kambing ye dik.
Otak-otak 5 batang.
Bolehlah untuk ubat rindu nak makan otak-otak Malaya.
Satay ayam, satu set 5 cucuk RM9.90 sen. Fairuz kata sedap sangat! Memang sedap, sebab lama tak jumpa sate ayam yang dicucuk tiga daging / isi dan 2 lemak!
Sedapkan sate ayam tu dik!
Terakhir sampai ialah Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood. Nasi lemak dalam bambu. Lauk di luar bambu sama seperti lauk nasi lemak biasa iaitu sambal, kacang tanah dan ikan bilis, telur rebus dan timun.
Jom tuang Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood. Apa ada di dalamnya?
Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood yang masih panas berasap ini mengandungi kari pekat udang dan sotong.
7 comments
Wak pun sarapan nasi lemak hari ini.
BalasPadamNasi lemak pandan air tangan is3.
Memang besar portion hidangan dia. Menarik pulak tengok gaya hidangan nasi lemak dalam bambu dengan lauk kari seafood. Sedap tu makan panas-panas. Firdaus jadi model mama macam biasa :)
BalasPadamsate tu kak, dan dan ni saya nak mencari sate pulak
BalasPadamcomel la firdaus ni
BalasPadamSerous nampak sedap tu. Ada satay pula mmg lengkap la sesinmemakan
BalasPadamrasa macam lamanya tak makan kat luar
BalasPadamTerliur tengok udang dan sotong tu. Rare juga nasi lemak stail ni
BalasPadam