A Taste of the Middle East di Mashawi Grill
8:14 PTGSambung lagi cerita lama sewaktu berada di Kota Kinabalu. Setelah 'sarapan pagi' di Kampung Salut, Jalan Sulaman, makan lokan dan puding kelapa dalam buah kelapa, kami makan tengahari di Sepanggar pula. Tempat dituju ialah sebuah restoran Arab yang menawarkan banyak menu timur tengah yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Haaa... kalau dah muak dengan hidangan makanan laut sepanjang berada di Kota Kinabalu, mari kita singgah di Mashawi Grill pula!
Mashawi (pronounced as Maa-sha-wee) means in Arabic as roasted, grilled or barbecued meat or vegetables on an open fire.
Ketika kami masuk ke restoran ini, nampak banyak pelanggan sedang menikmati hidangan. Banyak rupanya peminat masakan timur tengah!
Kami memilih Mashawi di Bandar Sepanggar kerana ruang makannya lebih luas dan selesa. Ada sebuah lagi Mashawi di bandaraya iaitu di Lot 30, Lorong Grace Square 2 Grace Court, Kampung Sembulan, Kota Kinabalu.
Antara menu yang ada di sini termasuklah Al-Aroz (nasi) Ada Single Mandhi Set dan Family Mandhi Set dengan pelbagai lauk seperti Chicken Mashawi, Chicken Kebab, Lamb Kefta, Beef Kefta dan Lamb Stew. Ada ayam, daging dan lamb roasted & grilled, soup & stew, hummus falafel dan sebagainya.
Rose Tea |
Apalah yang difikirkan oleh dua beradik ini.
Sebentar lagi datanglah lamb kamu ke meja Fairuz.... ahaks!
Sebentar lagi datanglah lamb kamu ke meja Fairuz.... ahaks!
Puas hati makan di sini:
Semua makanan yang dihidangkan sedap.
Khidmat mesra dan pantas.
Harga sangat berpatutan.
Ruang makan selesa.
6 comments
Sesekali selera ke Timur Tengah sedap juga. Nampak sedap dia dari gambar Firdaus tu. Gambar paling win :)
BalasPadamTerliur plak SA tgok Firdaus tu makan ha....terlapar tanpa sengaja dah SA ni
BalasPadamTelan air liur tengok kambing. Kat tempat saya swjak viral daging lembu import tiada sijil halal tu, saging kambing pula melambong. Hanya mampu tengok sambil beli ayam sahaja la sekarang ni... Hihihi
BalasPadamSelamat menjamu selera.
BalasPadamenjoy ja tgk firdaus makan
BalasPadamFirdaus ni memang pandai makan la. Seronok tengok. Nampak sedap semua menu masakan middle east.
BalasPadam