ADSENSE

Sabtu, 8 Ogos 2020

Makan Tengahari di Restoran Selera Kebun Kundasang

Sebaik meninggalkan Nulu Dumpiring Homestay, kami terus menyeberang jalan untuk ke Mesilau. Traffik pada pagi itu sangat sesak! Jadi kami dapat menjangkakan akan mengambil masa yang agak lama berada di laluan tersebut! Akibat tidak sanggup bertahan lama di tengah-tengah kesesakan di laluan ke Desa Cattle Diary Farm, akhirnya kami pun ambil keputusan untuk patah balik menuju ke Restoran Selera Kebun Sooborong. Restoran ini terletak di sebelah kiri laluan ke Desa Cattle Diary Farm. Tempoh masa yang sepatutnya diambil antara 3 hingga 5 minit  untuk sampai ke restoran menjadi lebih 40 minit! 

Sebelum cerita lanjut tentang hidangan di restoran ini, jom imbas kembali suasana sesak di sepanjang laluan dari Pekan Kundasang ke Mesilau.



Kami juga sedia maklum, Desa Cattle Diary Farm ditutup. Encik Suami memandu menghala ke pintu ladang ini untuk patah balik ke Pekan Kundasang memandangkan jalan menuju ke Cinta Villa juga sesak! Walaupun ditutup tetapi kelihatan begitu ramai sekali pengunjung dan kenderaan bersimpang-siur berada  di sini!
Mungkin mereka datang dari jauh dan datang juga ke sini semata-mata untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dan ladang lembu.

Sebenarnya kami mengambil masa selama 43 minit bergerak dari simpang Desa Cattle Diary Farm untuk sampai ke Restoran Selera Kebun. Harapnya, pada hari biasa tidaklah berlaku kesesakan begini!
Restoran ini letaknya bersebelahan dengan Sinurambi Homestay. Kalau sesiapa menginap di sini, tak perlulah jalan jauh-jauh untuk cari makanan... ahaks!

Sementara menanti pesanan tiba di meja, kita tinjau dahulu suasana sekeliling melalui tingkap restoran. Nun di sana, pelbagai tanaman sayur-sayuran berteres di kaki bukit.
Halaman restoran mula dipenuhi oleh kenderaan para pelanggan yang datang. Di belakang sana, kenderaan dari dari Pekan Kundasang ke Mesilau serta dari Mesilau ke Pekan Kundasang masih bertali arus.

Sempat tangkap gambar bunga ros Inggeris di halaman restoran. 
Cantikkan?
Selalunya kalau kami ke War Memorial Kundasang, memang akan berlama-lama menikmati keindahan bunga ros ini di English Garden.
Firdaus dah lapar ke?
Alhamdulillah, hidanganyang dipesan pun tidaklah mengambail masa yang lama untuk tiba di meja kami. Semua memilih menu berasaskan nasi dan minuman masing-masing.
Hidangan ini didatangkan bersama sambal, acar timun dan juga semangkuk kecil sup kosong.
Nampaknya semua hidangan yang dipesan dilengkapi dengan acar timun, sambal dan juga semangkuk sup kosong. 
Fuad dengan hidangan Nasi & Ayam Berempah Kelapa.

5 ulasan:

Azian Elias berkata...

Menarik sgt nasi dia ye. Kira ni CCM musim covid ye.

paridah berkata...

INDAHNYA KUNDASANG MENU MENYELERAKAN

Puan Hazel berkata...

Subhanallah cantiknya view sayuran bertingkat tu 😍

Azhafizah MN berkata...

Ramai juga tu bercuti kat sini. Jarang rasanya dengar kat sini jammed. Semua pakat bercuti waktu yang sama. hidangan menyelerakan betul

dear anies berkata...

alaaa sedapnyaaa nampak nasi ungu terus teringat nasi dagang waaaaaaa