ADSENSE

Isnin, 18 Januari 2021

Sarapan Pagi di R&R Dataran Bengkoka Pitas

Sambungan entri Dataran Bengkoka Pitas. Kami pelanggan paling awal tiba di R&R Dataran Bengkoka Pitas. Sebaik pintu pagar dibuka, kami terus meluru masuk. Perut sudah berkeroncong minta diisi, ditambah pula dengan suhu dingin hujan renyai-renyai di pagi hari.


Nampak kemas dan bersih.

Sementara menanti sarapan yang dipesan tiba di meja, sempat rakan suasana di sekitar restoran.


Banyak ruangan makan boleh kita pilih untuk duduk.




Kami duduk di bahagian hujung restoran sambil menikmati pemandangan luar dan merasai tiupan dingin angin laut. Oleh kerana belum ada pelanggan lain selain kami berempat, hidangan yang dipesan pun sampai di meja tanpa menunggu lama.




Firdaus terus menikmati minuman kegemarannya, milo panas sebaik sahaja minuman yang dipesan sampai ke meja.


Sarapan pilihan Firdaus, mee goreng ayam.

Bismillah.

Menu sarapan Amie, kuey teow daging  goreng basah.

Encik Suami dengan mee hoon goreng seafood.

Nasi goreng pilihan Fairuz, ada ayam goreng dan sambal.

Dan menu tambahan pesanan Fairuz, keropok lekor.

8 ulasan:

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Suasana tenang je kat sini. Meja pun jarak jarak. Kalau saya pun akan pilih meja yang ada permandangan cantik. Firdaus memang suka makan mee goreng ye. Banyak boleh tahan portion satu pinggan tu. comel firdaus ambil gambar tersenyum je dia.

namakucella berkata... Reply To This Comment

Saya lebih fokus rambut Fairuz.. Hihihi..
Macam kembali ke zaman awaln 80-an sebelum rock melanda. Kalau tengok film2 zaman tu hero dan kebanyak lelaki berambut paras bahu siao dengan rayban hitam & kemeja lengan panjang.. Tampan sungguh

mama sara nur berkata... Reply To This Comment

makan pun tenang je kan
si comel bkn main lg selera mee sepinggan dpnnya he hee

Semut Senyum berkata... Reply To This Comment

Assalamualaikum.. Wah teliur betul tengok menu...
Tak ramai orang, tak crowded... hati senang.

mama tisya berkata... Reply To This Comment

sedap nmpk kuehtiaw daging tu...tkde org lagi awal pg..tk perlu sesak ngan org rmi

SalbiahM berkata... Reply To This Comment

Oh nilah Firdaus. Comelnya. Boleh bayangkan keletah dia tanya macam-macam soalan. Bestnya suasana tenang macam ni. Kami di Kl tak boleh dine in. Hehe

Nur berkata... Reply To This Comment

Nampak sedap semua hidangan. Saya pun suka pergi tempat macam ni, yang takde ramai orang dan awal pagi, baru buka. :)

Kakmim berkata... Reply To This Comment

Zaman pandemik ni mmg kena cr tmpt yg xde org kalau dine in.. bestnya dpt jalan2