Pitas Bay View

by - 9:27 PTG

Sebaik sahaja kami meninggalkan R&R Dataran Bengkoka, kami kembali ke Indah Chalet untuk daftar keluar. Hujan terus turun renyai-renyai. Kami menghala beberapa kilometer lagi menuju ke Pitas Bay View. 

Setelah beberapa ketika menunggu huja reda dari dalam kereta, akhirnya kami putuskan untuk keluar meredah gerimis. Sempat rakam beberapa keping gambar sebelum masuk semula ke dalam kereta.


Ketika ini jam sudah menunjukkan angka 11:30 pagi. Awan kelabu di sana sini. Matahari langsung tidak kelihatan.

Pitas Bay View. 
Tak dapatlah melihat pemandangan sekitar dari menara tinjau.
Laut Sulu kelihatan berkabus.

Replika todak gergasi di tepi laut.


Terpaksalah menerima kenyataan tidak boleh turun ke bahagian bawah untuk melihat pemandangan seterusnya.


Kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Kudat sahaja memandangkan hujan tidak berhenti dari awal pagi seperti kelmarin. Dan kami akur, jadual lawatan yang kami rangka terpaksa dibatalkan terutamanya untuk berkunjung ke Paniapat Hill.
Amie belanja sajalah gambar-gambar pemandangan di Paniapat Hill yang dikongsikan oleh Pak Google.

Sumber : Google

Sumber : Google

Sumber : Google

Sumber : Google

Hasrat untuk menelusuri jambatan warna-warni di Pitas Mangrove  @ Rosob juga terpaksa dibatalkan.

Google : Pitas Mangrove @ Rosob

Google : Pitas Mangrove @ Rosob

You May Also Like

11 ulasan

  1. Semoga banjir di Sabah cepat redanya

    BalasPadam
  2. Pitas Bayview juga terbiar tanpa pengurusan. Cantik ni kalau terjaga. Moga ada rezeki datang sini lagi. best kalau dapat ke Paniapat Hill, view bukit yang cantik. Cantik warna warni trail Pitas Mangrove tu.

    BalasPadam
  3. creative jalan kat mangrove tu. nak tarik org dtg kena macam tu lah kan. kena ada penjagaan lah sepatutnya kan.

    BalasPadam
  4. Cantiknya laluan di Paniapat Hill dengan munge-munge berkembang. Banyak juga tarikan di sabah ya.

    BalasPadam
  5. cantik sungguh Paniapat hill mendamaikan suasananya

    BalasPadam
  6. kalau dapat turun ke jalan warna-warni mesti lagi banyak gambar kan. Insyaallah ada rezeki lain kali

    BalasPadam
  7. Canteknya..bagai sebuah lukisan.

    BalasPadam
  8. Cantiknya Paniapat Hill tu. Ada rezeki lain kali boleh pergi. Pemandangan dari Pitas Bay View pun dah cantik. Boleh nampak laut tu.

    BalasPadam
  9. Cantiknya Paniapat Hill tu..
    Sabah memang banyak tempat cantik.

    BalasPadam
  10. MAcam best je Pitas, tak sempat singgah hari tu sebab mas tu sampai sini dah malam, jadi teruksan saja ke KM.

    BalasPadam