Firdaus Naik Kuda di Sabandar Cowboy Town

by - 9:16 PTG

8 Januari 2021, ketika hujan renyai kami meninggalkan Kota Belud menuju ke Tuaran. Jarak perjalanan dari Kota Belud ke Tuaran kira-kira 38km. Setibanya di Tuaran, kami disambut dengan cuaca panas terik. Kereta membelok ke Sabandar Cowboy Town. Firdaus dapat pengalaman paling indah di sini kerana dapat menunggang kuda.

Katanya, tak puas naik satu pusingan.
Lain kali dia nak datang lagi, menunggang kuda lagi.


Selamat datang ke Sabandar Cowboy Town. Memang kami akan datang lagi ke sini memandangkan pertama kali datang ini ketika PKPB. Banyak sangat tempat dan suasana yang tak dapat diteroka. Sabandar Cowboy Town  merupakan bandar ala-ala koboi. Jika berkesempatan datang ke Sabah, singgahlah di Tuaran yang jaraknya hanya 34 kilometer sahaja dari Kota Kinabalu.


Tiket masuk perlu dibayar di sini. Kalau tak silap harga untuk dewasa ialah RM5 dan kanak-kanak RM3. 

Kalau bukan musim wabak, dengarnya suasana di sini sungguh meriah! Ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan. 

Nampak sunyi sepi.


Nak bergambar pun rasa selesa sebab tak banyak pengunjung. Bagaimana pun tidak lama kemudian suasana bertukar riuh dengan kedatangan beberapa buah keluarga ke sini.

Ini rumah kuda. 
Nampak macam tidak ada penghuninya. Apabila kami mendekat rupanya setiap kandang ada kuda!

Firdaus ingin berkenalan dengan kuda-kuda di situ. Setiap kandang kuda ada nama kuda yang menghuninya.

Daus nak naik kuda!
Daus nak naik kuda!
Teruja budak kecil ini apabila melihat kuda. Oleh kerana aktiviti menunggang kuda akan dibuka pada pukul 2 petang, jadi kami teruskan perjalanan melihat-lihat suasana sekitar kerana ada setengah jam lagi untuk ke pukul 2 petang.

Boleh solat di sini. Ada surau disediakan.

                               
Kami melangkah masuk ke Mangrove Park.

Apabila berada di hutan bakau ini, terasa nyaman sangat. Ingatkan akan digigit nyamuk, tapi rupanya tidak ada seekor nyamuk pun di sini.

Rasa sangat teruja melihat akar jangkar yang bercabang-cabang tersembul dari dasar paya. Entah berapa puluh atau ratus tahun usaha hutan bakau di sini.


Akar jangkar dibiarkan tumbuh di atas jambatan kayu.

Pokok bakau di tengah-tengah jambatan kayu.

Bagi pencinta alam dan peminat mata pelajaran Geografi tentu rasa teruja berada di sini. Hutan bakau melindungi pesisir daripada ombak yang menghakis pantai dan menjadi penampan semula jadi terhadap ribut taufan serta mengurangkan kesan ombak tsunami.

Hutan bakau juga dijadikan tempat berlindung flora dan fauna, misalnya udang, ketam dan tempat ikan bertelur. Burung-burung hijrah juga akan mencari makan dan membuat sarang di kawasan hutan bakau.



Terdapat rumah tradisi dibina di sini. Pengunjung boleh menambah pengetahuan tentang budaya masyarakat  di sini seperti masyakarat Dusun (Lotud).


Sayang seribu kali sayang, kedatangan kami ke sini di sambut dengan kesunyian. Kami menyusuri jambatan menuju ke Bamboo Restaurant. Sekiranya restoran ini beroperasi, sudah tentu kami tidak lepaskan peluang untuk menikmati hidangan di sini.

Bamboo Restaurant


Lotud House



Rumah Bonggi



                           
Sempat singgah di rumah suku kaum Bonggi. Suku kaum Bonggi tinggal di Pulau Banggi di utara Sabah. Mereka adalah petani yang masih mengamalklan pertanian pindah, memburu haiwan di hutan dan menangkap ikan di pantai secara radisional. Makanan utama mereka ialah ubi kayu (sitieu), ubi rambat, jagung dan pisang. Mereka masih mengamalkan adat resam dan kepercayaan animisme 'rumasi' atau 'bebelang' walaupun sebahgaian daripada mereka telah menganut agama Islam dan Kristian.
Rumah yang dikenali dengan nama Baali Baar Bonggi ini mereka dibina daripada pokok tangar, batang nibungkh, anyaman daun kepingan kulit kayu dan rotan.

Di hadapan Baali Baar Bonggi terdapat binaan menara keselamatan.

                           
Untuk naik ke atas, perlu menaiki anak-anak tangga kayu yang diduduki Firdaus itu.

                           
Menara keselamatan ini dipanggil loundungkh yang terdiri daripada lasaan dan tiningkat. Tempat ini dijadikan tempat untuk melihat musuh dan tempat istirahat. Anak gadis juga menjadikan tempat ini (sulap) sebagai tempat tidur mereka.

Jam hampir menunjukkan ke pukul 2 petang. Masa untuk menunggang kuda sudah tiba. Jom kita menyusur balik ke padang.


Tiket untuk menunggang kuda dikenakan sebanyak RM10 untuk satu pusingan dan RM15 untuk dua pusingan keliling padang. Encik Suami belikan tiket RM10. Pada masa inilah kelihatan ramai pengunjung berada di sini.

Lain kali kalau jalan-jalan, kami kena bawa lebih sepasang kasut untuk Firdaus. Tak sangka pula tapak kasutnya boleh tercabut. Mujurlah Encik Suami bawa sepasang selipar. 


Firdaus sudah bersedia untuk berkeliling padang dengan menunggang kuda. Jangan risau, ada guide yang membawa kuda dan menjaga sepanjang masa anak-anak di atas kuda.

Berani betul budak kecil ini naik kuda!



Katanya, tak puas naik kuda satu pusingan!

Okey dik.
Nanti kita jalan-jalan lagi ke sini. Boleh keliling padang 2-4 kali!



Jumpa lagi.

You May Also Like

11 ulasan

  1. wahh cantik.. macam pekan cowboy hee

    BalasPadam
  2. nyammannya di hutan bakau hepi ja firdaus jadi koboi sekejap ya

    BalasPadam
  3. Cantiknya kak... suka la cowboy kecik tu naik kuda

    BalasPadam
  4. @NARDtheNERD Ye, bangunan ala-ala pekan koboi.

    BalasPadam
  5. @paridah Sejuk jew lalu bawah pokok bakau.

    BalasPadam
  6. @norhidana Teruja sangatlah budak kecik tu naik kuda.

    BalasPadam
  7. Menarik Sabandar Cowboy Town ni. Boleh jalan jalan explore. Suka lah jalan kat Mangrove park tu tengok pokok bakau, ada tempat tinjau. Seronoklah Firdaus boleh naik kuda. Tempat best, sila repeat kak amie. Saya nak datang jauh lagi :)

    BalasPadam
  8. Burasak tu makanan bugis ya.. iena pernah makan burasak tapi masa dekat jogja :D

    BalasPadam
  9. Seronoknya firdaus beriadah macam ni...

    BalasPadam
  10. tenang dan sejuk ja nampak tempat ni.. best tul jadi firdaus heheh

    BalasPadam
  11. Bestnya tmpt ni.. sesuai sgt bawak anak² ke sini.. sambil melancong sambil belajar

    BalasPadam