Sumangkap Gong Factory di Matunggong
10:27 PTGSewaktu kami meninggalkan Pitas menuju ke Kudat, hujan turun tidak berhenti. Kami terpaksa melangkau beberapa buah tempat yang telah tersenarai sebagai tempat lawatan. Jadi, sewaktu kami berada di Kudat, kami putuskan untuk patah balik ke daerah-daerah tertentu di sekitar Kota Marudu. Selepas makan tengahari di Restoran Kampung Kelapa, kami memutuskan untuk melawat Gong Kampung Sumangkap yang terletak di daerah kecil Matunggong. Matunggong terletak di pertengahan antara Kota Marudu dan Kudat.
Masih juga dalam suasana hujan. Kereta naik turun bukit bukau, tetapi rasa tenang melihat suasana hijau di kiri kanan selain keadaan jalan raya yang elok, dan tidak ada kesesakan lalu lintas. Setibanya kami di persimpangan jalan masuk ke Sumangkap Gong Factory, kami dapati keadaan sebuah gong besar yang terletak di tepi jalan masuk sangat uzur tidak terjaga. Rumput dan lalang tumbuh liar menutupi hampir sebahagian daripada gong tersebut. Keadaan begini mungkin tidak kelihatan sebelum PKP 1.0. Kebetulan pula bertepatan hadapan gong ada sekatan jalan raya dan pondok petugas (polis), jadi tidaklah dapat Amie turun dari kereta dan ambil gambar.
Ketika kami tiba di Kampung Sumangkap, hujan telah berhenti tetapi langit tertutup oleh awan nipis seakan-akan jerebu.
Welcome to Kampung Sumangkap. |
Papan tanda: Sorry. We're closed! |
7 comments
Sayangnya tutup pulak tempat ni. Tapi mujur gak ada tempat lain. kulintangan ni gamelan juga kan? Kalau pandai main, best bunyinya. Firdaus sukalah tu main ketuk ketuk :)
BalasPadamindustri kampung membawa rezeki kpd masyarakat Sumangkap terbaik usaha mrk
BalasPadamwah,cantiknyaaaa!!!gong gong yg dah siap dgn lukisan seni tu smua
BalasPadam@Azhafizah MN Kulintangan tidak sama dengan gamelan, walaupun bentuknya hampir serupa.
BalasPadam@paridah Betul tu. Pembuatan gong di kampung ini merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk setempat.
BalasPadam@Atie Zieya Hasil kreativiti yang diwarisi turun-temurun.
BalasPadamSeronoknya adik firdaus main kulintangan dan gong! Excited dia!!
BalasPadam