Pages

Jumaat, 15 Januari 2021

Lahad Datu - Pitas : Singgah Makan di Kundasang

Perjalanan dari Lahad Datu ke Pitas memakan masa yang agak panjang. Sepanjang perjalanan, cuaca mendung dan hujan renyai. Kami bertolak dari Lahad Datu sekitar pukul 6 pagi. Encik Suami ajak singgah makan di Ranau, tapi Amie sarankan makan di Restoran Nabalu sahaja. Kami sampai di Kundasang pada pukul 11:30 pagi. Restoran Nabalu tutup. Jadi kami terus belok naik bukit menuju ke Restoran Selera Kebun. Ini merupakan kali kedua kami makan di sini. Kali pertama kami singgah sini pada bulan Ogos 2020 : Makan Tengahari di Restoran Selera Kebun Kundasang

Alhamdulillah, kami tidak menunggu lama untuk menikmati hidangan tengahari.


Amie memesan nasi lauk ikan masin.


Hidangan Encik Suami, nasi berlauk ayam meraung.
Entah apa yang meraung.... ahaks! Agaknya rasa pedas masakan ayam tu yang buat orang meraung kot.


Fairuz dengan nasi dan ayam goreng penyet.
Semua set hidangan nasi disertakan dengan keropok, acar dan sambal.


Firdaus dengan minuman MILO sejuk.


Panjang rambut Firdaus. Maklumlah sejak PKPB dari bulan September, tak pernah potong rambut lagi. Budak kecik ni pesan mee goreng ayam.

Mee Goreng Ayam

Bismillah.


Habis satu pinggan mee goreng masuk perut Firdaus!


Ini rupa lauk ikan masin dalam pinggan nasi Amie. Ketulan ikan masin tidaklah banyak, tapi cukuplah dengan rasa masinnya itu. Ikan masin ini dimasak bersama hirisan bawang besar dan menimbulkan rasa manis yang enak. Ada hirisan tomato dan daun bawang. Istimewanya sebab ada cili putih. 
Sewaktu menikmatinya, dalam hati berkata: Balik LD nanti nak masak ikan masin begini. Bubuh sikit saja ikan masin, dan hiris banyak bawang besar. Nanti nak beli cili putih di Kundasang.
Pukul 12:15 tengahari, kami sambung perjalanan keluar dari Kundasang, menyusuri jalan besar melepasi Jambatan Tamparuli dan seterusnya membelok dari simpang Tuaran menuju ke Kota Marudu. Dalam hujan renyai, sekitar pukul 4:15 petang kami tiba di tempat penginapan kami iaitu Indah Chalet  Dataran Bengkoka, Pitas.

Entri berkaitan jalan-jalan Sabah:


10 ulasan:

  1. teringin nak pergi kundasang...tapi belum ada rezeki ke sana

    BalasPadam
  2. biasanya ikan talang kering dipotong kecil digoreng campur bawang besar sedap tu

    BalasPadam
  3. Mak sy selalu buat lauk ikan masim mcm tu kak... ikan masin long hiris kecil, bawang besar banyak dan cili padi gunting kecil2... sedapnya... tp kalo sy buat x sesedap yg mak buat pulak... frust

    BalasPadam
  4. @Warisan Petani Terima kasih Wak. Musim hujan, sejuk, perut lapar makan pun rasa sedap semuanya.

    BalasPadam
  5. @AzianKhalil In shaa Allah, akan sampai juga suatu hari nanti.

    BalasPadam
  6. @paridah Betul tu, kombinasi manis bawang besar dengan masin ikan memang sangat sedap bila jumpa nasi putih.

    BalasPadam
  7. @Kakmim Kan. Kenapa ye kalau hasil air tangan orang lain rasanya lebih sedap dari masakan sendiri... hehehehee.

    BalasPadam
  8. Ikan masin tu dia org guna ikan apa ya

    BalasPadam
  9. Ayam meraung pulak dah. Senang dia punya hidangan sama ada keropok, acar dan sambal. Cuma lauk berbeza. Tergoda betul tengok mee goreng Firdaus makan tu. Comel dia :)

    BalasPadam