Mee Hoon Goreng dengan Bayam Brazil
8:33 PGSelamat pagi dunia. Semoga warganya sihat-sihat sahaja. Seperti hari-hari sebelumnya, cuaca di pagi ini mendung. Matahari masih berselimut, belum memancarkan sinarnya. Terasa dinginnya suhu ketika ini. Sesekali kedengaran deru enjin kenderaan di jalan raya. Suasana PKP, segalanya terasa sepi.
Awal pagi tadi kutip pucuk bayam Brazil di tepi rumah. Bolehlah menjadi pengganti sayur sawi untuk masak mee hoon goreng. Sudah siap hidangan sarapan pagi di atas meja, riuhlah Encik Suami memanggil anak-anak untuk makan bersama.
Mee Hoon Goreng dengan Bayam Brazil |
Mee Hoon Goreng dengan Bayam Brazil, samosa inti kentang, hirisan limau dan teh lemon panas. |
Mee Hoon Goreng dengan Bayam Brazil ini agak pedas. Mungkin cili kisar yang Amie gunakan jenis yang pedas. Walaupun pedas tapi habis licin.... ahaks!
Bahan-bahan:
- 1 bungkus mee hoon - rendam dengan air biasa sehingga kembang - toskan
- pucuk bayam Brazil secukupnya
- 10 ekor udang
- 1 batang fish cake - hiris
- 10 biji cuttlefish ball - hiris
- 1 biji cili merah - hiris
- garam / perasa pilihan
- 3 sudu besar minyak
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 7 tangkai cili kering
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit aroma.
- Masukkan udang, hirisan fish cake dan cuttlefish ball. Kacau beberapa kali sehingga udang berubah warna.
- Kemudian masukkan mee hoon diikuti dengan bayam Brazil. Gaul rata.
- Setelah bayam Brazil layu, taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
13 comments
Meriah dan nampak menyelerakan betul bihun goreng akak tu. Lapar balik saya jadinya 😂
BalasPadamsuka makan bihun yg jenis putus putus mcm ni.. sedap dan lembut
BalasPadamSedapnya, saya pun bihun pagi ni, tapi beli hehehe
BalasPadamSuka tengok plating kak amie. Menyelerakan haha...
BalasPadamwah my peberet ni mee hoon goreng. Oh rupanya bayam brazil tu boleh jadi penganti sawi ya. emm kena cuba ni.
BalasPadamNampak banyak udang dalam bihun.
BalasPadamMemang nampak kemerahan bihun itu tanda macam pedas.
menariks...yum yum!
BalasPadamMeriah meehoon Amie.Akak pun selalu masukkan bayam brazil dalam meehoon.Anak akak yang bongsu ni kalau sawi dipilihnya atur tepi pinggan .Kalau bayam brazil ok pulak makan.Kadang buat jemput2 pun disuruhnya masukkan bayam brazil.
BalasPadamwahhh nampaknya kita 'bermi' yaa pg jumaat ni. sy buat mi goreng basah je...
BalasPadamFiza pun goreng bihun jugak. Tapi bihun goreng sardin.😍
BalasPadamMihun goreng ni memang evergreen kan cikgu... Tak pernag jemu makan mihun walau selalu dihidangkan
BalasPadamSedapnya bihun goreng kak amie. Bila sedap, pedas pun licin. Untung juga ada tanaman sekitar rumah boleh buat rencah bila stok sayur lain habis :)
BalasPadamMcm biasa presentation kak amie mmg tiptop!!
BalasPadam