Six 55 Casa De Norde
10:24 PTGSelepas daftar masuk di Kudat Golf & Marina Resort, kami menunaikan solat jamak takhir dan berehat seketika. Hujan masih renyai-renyai. Apabila sudah jumpa katil, rasanya malas untuk keluar lagi tetapi perut pula minta diisi. Makanan terakhir kami pada hari itu ialah ketika bersarapan di R&R Dataran Bengkoka Pitas. Kami pun turun ke tingkat bawah menuju ke Six 55 Casa De Norde, restoran di hotel tersebut yang menghadap kolam renang.
Firdaus sangat teruja untuk menjamah hidangan pilihannya.
Teh Tarik Halia kegemaran Fairuz |
Hot Lipton Tea |
Marina Special Fried Rice |
Encik Suami memesan Marina Special Fried Rice. Ada 3 ekor udang goreng saiz besar dan seketul sayap ayam goreng dan telur mata. Sedap kata Encik Suami.
Chicken Hunter |
Memang kenyang sungguhlah Firdaus meratah kepingan ayam goreng rangup sos bbq dengan french fries.
Lamb Hunter |
Nampaknya semua bujangan kami ada gelaran. Abang Farid raja ayam, Fuad raja ikan, Firdaus raja telur dan Fairuz pula raja kambing! Ke mana-mana kami pergi, memang Fairuz tak akan lepaskan peluang sekiranya ada menu kambing! Mesti dia pilih hidangan itu. Kali ini Fairuz memenuhi seleranya dengan grilled lamb chops sos lada hitam.
Dan hidangan Amie pula, fish & chips.
Marina Fish & Chips |
Kepingan ikan goreng ini nampak kecil tetapi sebenarnya saiznya besar!
Memang kenyang sangat makan Marina Fish & Chips ini. Amie beritahu Encik Suami, tak perlulah keluar ke bandar Kudat untuk mencari makan malam nanti. Lagi pun kami pesan menu tambahan iaitu sayap ayam goreng.
Firdaus dan Fairuz ambil kesempatan untuk mandi di kolam renang.
Apabila hujan bertambah lebat, terpaksalah Fairuz dan Firdaus meninggalkan swimming pool.
9 comments
FIRDAUS NAMPAK BERSELERA MENGADAP HIDANGANNYA
BalasPadamFood plating dia menggoda betul. Kemas! Terbaik lah. Nampak keterujaan Firdaus tengok makanan tu. Teh halia tu nampak best betul buih buih tarik.
BalasPadambestnyaaaa!!!! jenjalan lagi.. firdaus makan sedap2.. jealous tgk
BalasPadamComel betul tengok SI Firdaus tu mengadap ayam gorengnya, hehehe
BalasPadamSemua nampak sedap. Udang tu besar ye, memang berbaloi. Saya team Fairuz, raja kambing! Lagi-lagi lamb chop gitu. Ayam saya kurang gemar. Kalau ada ayam atau ikan, saya pilih ikan.
BalasPadamSedap betul tengok gambar hidangan semua. Comei la Firdaus. :)
BalasPadamSedap nye semua makanan dalam ni
BalasPadamMemang bikin goyang lidah ni.. Hihihi
BalasPadamAmboi Firdaus...bukan main lagi tu...boleh habis tak tu..kalau x abis boleh la panggil aunty tolong habiskan...hahaha
BalasPadam