Makan Sup Perut Ikan di Restoran Kampung Kelapa Kudat

by - 8:37 PTG

Sebaik sahaja keluar dari simpang masuk Pantai Bak-Bak, kami terus menuju ke bandar Kudat. Perut mula berasa lapar padahal jam belum pun menujukkan angka 12 tengahari! Kami memilih Restoran Kampung Kelapa untuk menikmati hidangan tengahari. Kebetulan restoran baru di buka, jadi mudahlah kami memilih tempat duduk yang kami rasa selesa.

Bismillah.

Kami tidak menunggu lama untuk menjamu selera. Amie serahkan pilihan menu kepada Encik Suami dan Fairuz. Amie hanya memilih Sup Perut Ikan.

Sup Perut Ikan

Baby Kailan dengan Ikan Masin.

Sotong Goreng Tepung.

Ikan Putih Masak Tiga Rasa.

Ketika yang lain makan nasi dan meratah lauk-pauk, Amie hirup Sup Perut Ikan bermangkuk-mangkuk! Tak tahulah apa rasa lauk-pauk yang lain... ahaks! Akhirnya perut kekenyangan dengan Sup Perut Ikan. Ketika menikmati hidangan, banyaklah pelanggan yang datang memenuhi ruang di situ. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya! Kami pun makan lambat-lambat supaya dapat berlama-lama di situ sementara menanti hujan reda. Sayangnya hujan terus turun mencurah-curah. Memandangkan kami akan meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya, akhirnya kami redah juga hujan dan berlari masuk ke kereta. 
Apabila sudah meninggalkan Restoran Kampung Kelapa barulah teringat tak sempat ambil gambar restoran tersebut. Amie pinjam dari Pak Google sajalah ya.

Google : Restoran Kampung Kelapa.

You May Also Like

10 ulasan

  1. Wah.. Sup perut ikan.. Baru aemalam tengok iklan kat TV. Teringat masa ke Pulau Pangkor sebwlum PKP 1.. Nampak banyak dijual perut iakn siap proses kat Pusat Hasil Laut Pangkor. Saya ingatkan keropok rupanya perut ikan.mesti sedap kan...

    BalasPadam
  2. Kyusuk menikmati hidangan tuh..x toleh kiri kanan..

    BalasPadam
  3. @namakucella First time makan sup perut ikan. Nanti nak beli perut ikan yang kering, nak cuba masak sendiri.

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan sup perut ikan. Dia macam sup telur ye kak amie. Restoran dia menarik.

    BalasPadam
  5. bestnya jenjalan... sana seafood mmg murah murah kan

    BalasPadam
  6. @Azhafizah MN Rasa dia kenyal-kenyal gitu, sup pekat tu bubuh tepung jagung.

    BalasPadam
  7. @Atie Zieya Bergantung tempat juga, ada yang murah ada yang mahal.

    BalasPadam
  8. memang tak tolak jika jumpa sup perut ikan "fish mow'.

    BalasPadam
  9. Wahh menarik ni sup perut ikan! Kalau jumpa nanti nak cuba!

    BalasPadam