BBQ di Tengah Kabus Malam & Sarapan di Tengah Kabus Pagi
12:59 PTGIni merupakan entri terakhir jalan-jalan sebelum PKP 2.0 dikuatkuasakan pada 13 Januari 2021 yang lalu. Selepas ini tukang karut sudah tidak ada lagi entri jalan-jalan baik di dalam negeri, apalagi di luar negeri atau negara. Maklumlah kita semua sedang menjalani PKP 2.0, merentas daerah pun tidak dibenarkan. Kita duduk diam-diamlah dalam rumah. Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan dan mendatangkan manfaat untuk diri dan keluarga.
Perjalanan malam kami diakhiri di Kundasang. Sepanjang berada di B-Inspired Abode - Highland, kami menjadi tetamu kehormat keluarga kakak ipar.... ahaks! Seperti yang anak-anak buah dan kakak ipar janjikan, malam itu kami berBBQ. Sebelum kami sampai ke banglo ini, anak-anak buah sudah perap semua bahan untuk BBQ. Jadi, sebaik sahaja pulang dari Mesilou Highland Strawberry Farm, hanya perlu hidupkan api untuk bakar arang, jadikan bara sahaja. Bahan perapan sudah tentu sudah meresap dan sebati. Terima kasih anak-anak buah kami yang baik budi : Abang Aznan & Ery, Rahman & Anis, Lina & Jasman dan Rini & Amin. Kesemuanya sudah berpasangan.
Sosej & sayap ayam. |
Lamb & sayap ayam. |
Dua beradik keturunan Cina & Melayu Cocos: Abang Aznan & Rahman. Bapa Cina (arwah), dan ibu Melayu Cocos (kakak ipar).
Sepupu : Rahman & Fairuz.
Sayap ayam dan sosej panggang sudah sedia untuk dinikmati.
Tidak sampai berapa minit, bahan yang dipanggang beransur menjadi sejuk! Jadi kena cepat-cepat makan.
Lamb panggang. |
Malam itu, kami menikmati lamb, sosej dan sayap ayam panggang dan sup cendawan.
Sup cendawan. |
Selepas makan malam itu, tiba-tiba Abang Aznan berkata: Auntie, esok pagi kita sarapan ala-ala American Breakfast. Ada hashbrown, ada sosej, ada roti, ada kacang panggang, ada french fries. Wah! Seronoknya dengar. Mari kita mimpi sarapan dengan set hidangan American Breakfast di musim sejuk!
Acara BBQ sudah selesai.
Kami tinggalkan dapur dan tempat berBBQ.
Awal pagi esok kami akan tempuh perjalanan jauh dari Kundasang ke Lahad Datu.
Semua pemandu mesti dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
Keesokan pagi, semuanya nampak ceria walaupun dikelilingi kabus!
Rini, Lina & Ery sudah siapkan hidangan sarapan pagi. Sedapnya! Ada nasi goreng sardin dan telur mata! Minuman kena buat sendiri, layan diri.
Ini dia American Breakfast seperti yang dijanjikan Abang Aznan. Set lengkap dari roti, french fries, telur mata, sosej & kacang panggang. Dan di bawah ini dilengkapi dengan hashbrown.
Lina dan Rini tukang goreng french fries dan hashbrown. Gorengan belum masak, sudah ada yang menadah dengan pinggan kosong...ahaks!
Firdaus pun tak sabar untuk bersarapan.
Pagi ini kita bertolak balik LD ye dik.
Kita singgah Pekan Kundasang, beli sayur-sayuran dulu.
Jalan-jalan kami kali ini lebih bermakna kerana Firdaus dapat bertemu dengan sepupu-sepupunya di Tuaran. Firdaus dapat bertemu Kak Wa dan Achik. Sayu sangat tengok Achik peluk Firdaus. Mereka berdua sangat rapat. Ibu Achik ( kakak Encik Suami) jaga Firdaus dari lahir sehinggalah Firdaus masuk ke sekolah tadika. Ibu Achik jugalah yang jaga Amie selama berpantang. Takdir Allah, Ibu Achik meninggal dunia pada tahun 2019. Firdaus sangat sedih dan agak sukar untuk mengembalikan semangatnya. Achik pula membawa diri ke Kota Kinabalu.
Sewaktu kami bertemu di Tuaran, sempat telinga Amie mendengar perbualan Encik Suami dengan suami Azwa (Kak Wa) : Firdaus selalu tanya, bolehkah Mama hidup balik? Daus rindu Mama.
Firdaus panggil ibu Achik, Mama.
Ketika itu Achik sedang bekerja. Azwa dan suaminya berusaha bawa kami untuk berjumpa Achik.
Sekian dahulu, tukang karut mohon diri.
Tinggallah dulu pemandangan ladang sayur di kaki Gunung Kinabalu yang indah umpama hamparan cadar patchwork itu!
12 comments
Bestnya BBQ masa cuaca sejuk. American breakfast pun nampak menyelerakan. Alhamdulillah, dapat jumpa family jauh dan lama tak jumpa, sebelum PKP 2.0.
BalasPadamSyok nyer bbq... Lama dah tak bakar. Bakar nie😂
BalasPadamdah lama tak bakar bakar
BalasPadamMenggiurkan!
BalasPadamLapar perut SA tengok semua BBQ item tu kak amie...american breakfast pun sedap betul..suka telur yang half cooked macam tu...
BalasPadamSayap. Teringat Sayat-Sayat @ Gunung Kinabalu.. Kalau di semenanjung jarang dipanggil sayap tapi selalu disebut kepak. Tapi semja pun faham kepak mauoun sayap.. Hihihi
BalasPadammakan set bbq di musim sejuk berkabus mesti best kak...
BalasPadammakin tembam pipi firdaus kak... comel pulak dengan rambut nya tu
Kak Sue pun kalau berkumpul adik beradik suka buat BBQ macam nie..
BalasPadamrumah kak amie ni mmg syurga makanan !!! bestttt tul
BalasPadamuntungla mak fandai masak western., nyum2
BalasPadamWah bestnya!! Bbq ditengah sejuk kabus.. oh menggoda semua makanan ni!
BalasPadamSempat juga menikmati bbq bersama keluarga. Sejuk sejuk malam makan hidangan panas memang sedap. Pagi pula western favourite Firdaus hash browns tu. Sedihnya dengar cerita tu kak amie, mesti Firdaus rindu betul dengan arwah. Alfatihah...
BalasPadam