Brunei Satay House Indah Permai
10:52 PTGPernah makan sate Brunei? Dengar ceritanya perniagaan sate ini bermula di Beaufort dan berkembang ke beberapa cawangan sehingga ke Papar, Tuaran dan Indah Permai. Jom kita pergi ke Indah Permai, Jalan Sepanggar - Menggatal. Katanya ada pelbagai menu masakan Brunei Darul Salam ada di situ. Kalau berpeluang untuk makan di situ, sudah tentu selain makan sate, nak makan kelupis juga!
Bukan sahaja ada kelupis dan aneka jenis sate, kuchong pun ada. Kuchong (kita biasa eja kocong) ialah sejenis makanan daripada pulut nasi dan dengan ayam seperti (kuih chang Hokkien). Ada ambuyat juga. Jangan lupa ambuyat ialah sejenis makanan kebangsaan Brunei. Memikirkan banyak pilihan menu, di belah mana pula nak sumbat dalam perut!
Jom kita terjah ke sana, tengok menu apa yang ada untuk dinikmati.
Pertama kali mencicipi sate menu dari Brunei ini memang ada sedikit perbezaannya, terutama kuah sate yang berwarna agak kekuningan. Nampak beza warna dengan kuah sate kita yang berwarna lebih gelap, kuning kemerahan disebabkan penggunaan cili kering. Akhirnya dapat juga merasa kuah kacang Sate Brunei yang dikatakan kaw kaw itu!
Sumber : FB Satay Brunei House Indah Permai |
Sumber : Brunei Satay House Indah Permai |
Thai Green Tea |
Mango Smoothie. |
Soto Campur. |
14 comments
sedap nmpknya sate brunei tu..haus plak tgk air tu
BalasPadamYa Allah kak..geramnya tgk satey tu kak ^_^
BalasPadamkucung n kelupis nampak sama berbeza isi n rasa kut
BalasPadamx dinafikan mmg nmpk sedap kak... ni yg rs nk terbang g KK lg ni hahaha
BalasPadam@mama tisya Saya suka kuah kacangnya tu.
BalasPadam@Shida Radzuan Kenyang makan sate di sini.
BalasPadam@paridah Yang samanya dua-dua diperbuat daripada pulut. Bentuk dan isi beza. Kelupis tak ada inti dan bentuk panjang. Kuchong diikat, dan ada inti.
BalasPadam@dear anies Mari terbang lintas Laut China Selatan.
BalasPadamwah first time dengar sate brunei ni...
BalasPadamdari segi rupa x nampak banyak beza mcm sate msia..
Wah unik2 makanan mereka ya...sate nya pun nampak lebih besar dari kat sini.
BalasPadamatie jenis makan satay saja.. jarang cicah kuah kacang
BalasPadamTak pernah makan sate Brunei, Kuchong pun pertama kali dengar. Hidangan sate yang lengkap ada macam-macam memang sedap lah cerita dia :)
BalasPadammmg peminat sate famili kak amie ye.. hehehehe
BalasPadampernah mkn jgk, masa jln2 di beaufort dlu.. sedap
BalasPadam