Peranauan Inn D'Sangkir
10:02 PTGSetelah meninggalkan Karanahan View, kami singgah sebentar di Peranauan Inn D'Sangkir. Nampaknya tempat ini pun baru sahaja dibuka pada tahun lepas. Kedudukannya di tengah-tengah sawah dengan binaan warna-warni menarik perhtian pengguna jalan raya yang baru pertama kali melaluinya.
Untuk memasuki kawasan ini kami perlu membeli tiket masuk. Fairuz kata, tandasnya sangat bersih dan cantik. Cuaca cerah dan panas terik. Kami tidak lama berada di sini, sekadar ambil gambar sahaja.
Gerbang bentuk hati ini sangat sesuai dijadikan latar pemandangan bagi sesi fotografi perkahwinan. Memang banyak Amie lihat fotofoto perkahwinan yang dikongsi di FB.
Suatu hari nanti harap dapat datang lagi untuk terjah sawah pula. Kali ini kami sekadar singgah seketika sahaja. Teringin bermalan di sini untuk menikmati suasana matahari tenggelam dan matahari terbit! Tentu pemandangannya sangat indah!
Bergambar di bahagian atas bumbung binaan warna-warni. Dari sini kita boleh menyaksikan pemandangan sekitar, sawah padi yang luas terbentang dan Gunung Kinabalu yang tegak berdiri di belakang sanun.
Ada rezeki dan peluang, mudah-mudahan dapat juga bermalam di sini.
Dari atas bumbung ini, boleh melihat kawasan sekitar yang dipenuhi sawah padi nan menghijau.
Tempat pilihan untuk mengabadikan gambar perkahwinan.
10 comments
indah suasananya tenang jiwa
BalasPadam@paridah Betul tu. Waktu pagi dan menjelang senja barangkali tambah nyamannya.
BalasPadamcomelnya tempat ni. seronok untuk kaki bergambar. kalaulah ada sayap boleh terbang ke sana sekarang. huhu
BalasPadamCantik betul tempat ni, kak. Sesuai buat yang suka bergambar.
BalasPadamCantiknya tempat ni... yg kaki gambar dan selfie sesuai sgtlah pegi sini
BalasPadamcantik tempat akak berdating ni hehe love love
BalasPadamwahhhhh kaki2 IG mesti suka tmpt niiii
BalasPadamp/s kak, kalau x keberatan boleh bagi sy nama penuh, alamat & no. tel.? nnt komen kt blog sy ya. sy x kn publish komen tu. terima kasih😊
BalasPadamMenarik, banyak props tempat bergambar. Cantik bilik bilik colourful. Ceria tengok. Amboii Firdaus. Posing no.1 dia ni..senyum senang hati tu :)
BalasPadamKonsep macam paddy house kat sekinchan. Cantik warna warni kan bangunannya. Kalau padi dah menghijau mesti cantik kan. Tempat posing pun banyak.
BalasPadam