Tanaman Laman di Musim PKP 2.0

11:56 PG

Melihat pakaian dijemuran, tertanya-tanya pula dalam hati: Bilakah akan kering? Walaupun gunakan mesin basuh, tetapi cuaca mendung dan tidak ada matahari, akan ambil masa juga untuk kering terutamanya tuala dan kain jenis tebal. Encik Suami pula sibuk dengan hobinya bercucuk tanam dan membersihkan rumput-rampai yang semakin subur tumbuh di bawah pokok.

Jom kita lihat kemenjadian hasil tanamannya di musim PKP 1.0 sehinggalah PKP 2.0.

Pokok bunga ati-ati adalah antara tanaman Encik Suami. Sekarang sudah bercampur, tanaman dalam baldi dan dalam pasu. Pernah sekali Encik Suami beritahu, habis semua pasu di mana-mana kedai, sebab banyak orang beli. Rupanya hobi menanam pokok ini digemari ramai terutama di musim PKP. Sekarang harga pasu naik melambung pula! Peniaga buah-buahan dan hasil tanaman kampung di tepi jalan pun ikut sama jual pasu, dan ambil peluang jual tanah!

Setakat ini Amie belum sempat kira berapa jenis pokok bunga ati-ati yang Encik Suami tanam. Ketika ke Kunak tahun lepas, sempat juga kami beli 2-3 jenis. Di Kundasang pun, Encik Suami beli lagi. Ada lebih 36 buah pasu pokok bunga ati-ati tapi ada yang ditanam dari jenis yang sama. 

Kadang-kadang mata pun keliru tak dapat bezakan antara satu dengan yang lain terutama apabila warnanya hampir sama!











Ada pokok bunga ati-ati yang sudah lama ditanam, dan ada yang baru ditanam.



Selain pokok bunga ati-ati, Encik Suami pun minat tanam pokok bunga keladi. Minat menanam bunga keladi ini sebenarnya sudah lama. Banyak pokok bunga keladi pelbagai jenis yang mati. Sekarang, Encik Suami kumpul kembali, dan jaga tanamannya.

Encik Suami selalu cerita tentang pokok bunga keladi yang ditanam, tetapi baru pagi ini Amie sempat melihatnya...ahaks! 


Pokok bunga ros yang hampir mati pun ditanam semula. Di belakang pasu-pasu bunga ros itu, Encik Suami kata nak tanam pokok bunga daisy. Baru ada sepasu daisy, tapi tak tahu apa warna bunganya. Pokok bunga daisy ini pun banyak yang mati sebab tak terjaga, tetapi anak-anaknya yang masih hidup, Encik Suami tanam semula.

Hujan siang dan malam, pagi dan petang mempercepatkan pokok bidara yang ditebang rimbun semula!

Saki-baki pokok bunga orkid dikumpul semula oleh Encik Suami. Masih terbayang betapa cantiknya bunga orkid sewaktu gila-gila menanam dan mengumpulkan pelbagai spesies suatu ketika dahulu. Memang gila orkidlah sebab setiap minggu sanggup ke Tawau, Sandakan dan daerah lain untuk cari pokok orkid sehingga terkumpul sebanyak 117 jenis! Dulu kami ada taman orkid, siap ada pondoknya sekali, tetapi sekarang tapak tersebut sudah disambung jadi dapur.

Sekarang pasu-pasu orkid hanya dapat digantung di tepi pagar rumah sahaja.


Pisang hijau nan setandan kecil di belakang ini rumah belum lagi tua.

Kata Encik Suami, mangga udang sudah mula berbunga kembali.

Sudah terpandang pokok anggur, eloklah jengok sekali, tanya apa khabarnya.

Apabila daun anggur diselak, ternampak beberapa ranting buah anggur yang masih masah oleh air hujan. Tangkaplah satu dua tangkai. Nak masuk bawah rumpun anggur, basahlah pulak nanti!

Sekarang sudah hampir pukul 12 tengahari. Nak masuk dapur, nak masak tengahari.

9 comments

  1. Wawwwe, anggurr pun ada..bestnya..macam2 pokok yg ditanam semuanya subur menjadi. Cantik pokok ati2 yg ditanam tu, rajin betul suami amie ye, suami saya dia tak suka bunga, dia tanam pokok besar2 mcm nangka, jambu, rambutan..tapi nangka je baru merasa hasil, jambu asyik dimakan tupai je.

    BalasPadam
  2. Banyaknya koleksi pokok bunga dan tanaman. Best ada kawasan laman luas.
    Meriah hiasan rumah dengan pokok ati-ati. cantik pokok ni sebab dia banyak pattern dan warna. Memang susah nak bezakan.

    BalasPadam
  3. Banyaknya pokok. Rajin tanam! Tersusun.

    BalasPadam
  4. Waah Amie...cantiknya lahai pokok ati-ati dan keladi pelbagai jenis tu.
    Betul kata Amie, dah banyak sangat memang susah bezakan jenis ati-ati tu.

    BalasPadam
  5. Banyaknya pokok jenis hiasan, bunga dan buah di rumah Amie. Suka saya tengok. Tersusun dan bersih. :)

    BalasPadam
  6. BAru nak tanya, suami akk x minat pokok kladi yang jadi kegilaan orang sekarang, rupanya penggemar keladi juga... hari tu orang sibuk dengan pokok lidah mertua, sekrang pokok ati2 pun tranding juga.

    BalasPadam
  7. pokok ati ati ni mmg byk dekat rumah atie sbb mama sukaaaa haha

    BalasPadam
  8. Meriahnya laman rumah amie..pelbagai jenis pokok bunga dgn warna warninya..ahh boleh release tension mcm ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe