Dari Pitas ke Kudat : Bermalam di Kudat Golf & Marina Resort
10:07 PTGHujan sekejap turun sekejap berhenti. Sekejap lebat sekejap renyai-renyai. Kami teruskan juga perjalanan menuju ke Kudat. Encik Suami tidak memandu laju kerana pada hari tersebut kami tidak lagi memikirkan untuk singgah di mana-mana. Tujuan kami hanya untuk berehat-rehat saja dan tidak perlu terburu-buru untuk sampai ke tempat yang dituju. Jarak di antara Pitas dengan Kudat ialah sejauh 123km.
Kedudukan Kudat seperti dalam peta di bawah ini, letaknya di hujung tanduk yang berwarna merah itu.
Sumber : Google |
Sumber : Google |
Beginilah suasana sepanjang jalan menuju ke Kudat. Tidak banyak kenderaan yang lalu lalang di sini. Suasananya tenang sahaja. Awan kelabu terus mengiringi perjalanan kami. Di kiri kanan jalan banyak gerai jualan buah-buahan dan ikan kering serta ikan bilis.Teringin singgah di gerai jagung bakar, tetapi disebabkan hujan hasrat itu terpaksa dibatalkan.
Setelah meninggalkan Pitas dan Kota Marudu, kami tiba di Bandar Kudat setelah hampir 2 jam Encik Suami memandu.
Replika udang gergasi ini menunjukkan Kudat memang terkenal dengan makanan laut!
Akhirnya kami sampai ke destinasi penginapan kami iaitu Kudat Golf & Marina Resort. Kami akan menginap selama 2 malam di sini.
Pemandangan dari beranda lobby hotel. Nampaknya sepanjang hari hingga ke petang kami tidak bertemu dengan cahaya matahari!
Melihat kolam renang ini, Firdaus sudah tidak senang hati!
Jom kita masuk bilik dulu. Bersihkan diri, solat dan berehat seketika.
Air mineral di dalam botol kaca.
Sempat jalan-jalan ke Jetty Marina.
Sesiapa yang ingin bermain golf, sudah tersedia padang golf yang luas dan cantik dengan 18 lubang. Kami berangan hendak ke situ, tetapi disebabkan hujan yang tak pandai berhenti, kami lupakan saja padang golf tersebut.
Petang itu kami turun ke bahagian bawah, dan minum petang di restoran.
Pemandangan di kiri kanan restoran yang berhadapan dengan swimming pool.
Walaupun hujan gerimis tetapi Firdaus tetap juga mahu masuk swimming pool.
Fairuz rajin melayan Firdaus mandi.
Habis kejut badan tu!
Keesokan paginya kami bersarapan terlebih dahulu di hotel sebelum meneruskan perjalanan melawat beberapa tempat di sekitar Kudat.
12 comments
Wah.. Bercuti dengan famili ye. Bestnya. Budak2 kalau jumpa kolam renang memang tak senang duduk la
BalasPadamKalau tak musim hujan, lagi best percutiannya.
BalasPadamBest dapat bilik seaview. Ada swimming pool memang tak sabar nak terjun. hihi..firdaus paling seronok nampak tu. musim hujan agak terhad nak explore tempat tempat lain.
BalasPadamAlhamdulillah amie dah sihat, ensuami bawa pergi makan2 angin, seronok tu. Pemandangannya cukup cantik, bestnya tempat ni. Tapi botol kaca tu cantiklah, rasa nak kidnap je hihi
BalasPadamrindunya nak mandi pool!!! huhuhuh
BalasPadamBest nye dapat mandi pool.
BalasPadamSeronok dapat bercuti dengan family.
cantiknya pemandangan sekitar hotel. sy lom pernah sampai sabah lagi..
BalasPadamCantiknya pemandangan di hotel. Nampak laut, cuaca mendung. Ini yang masa Amie pergi bercuti haritu ye?
BalasPadamUntung Fairuz layan adik dia mandi. Kalau tidak Puan Amie kena masuk kolam kut. Hehe gurau sahaja.
BalasPadamKalau matahari tak bersembunyi, tentu lagi indah pemandangan di sekitar hotel tempat akak menginap tu kan
BalasPadamSeronok kan Kak Amie dapat habiskan masa dengan family bercuti macam ni...
BalasPadamBudak2 memang pantang jumpa kolam renang..kecut satu badan pun depa tak kisah
BalasPadam