Bermalam di Indah Chalet Dataran Bengkoka Pitas

by - 4:05 PTG

Encik Suami selalu kata, kalau ada kesempatan ingin berkunjung ke tanduk negeri Sabah iaitu Kudat. Itulah antara daerah negeri Sabah yang belum pernah dijejakinya sebagai anak Sabah. Amie kata, alang-alang menempuh perjalanan jauh dari Lahad Datu hingga ke utara Borneo, baiklah singgah ke Pitas sekali, sebuah pekan kecil di Bahagian Kudat yang bersempadan dengan daerah Kota Marudu di sebelah barat, daerah Beluran dan Paitan di sebelah timurnya. Perjalanan kami mengambil masa sekitar 10 jam, termasuk singgah makan tengahari di Kundasang. Hujan renyai seawal pagi kami mula bergerak dari Lahad Datu sehinggalah kami tiba di tempat penginapan kami di Indah Chalet Dataran Bengkoka Pitas. Kalau memandu laju, mungkin boleh sampai lebih awal. 

Peta di bawah ini menunjukkan kedudukan daerah Pitas. Ada dua tanduk, dan tanduk berwarna merah itulah daerah pertama kami tuju. Hitung panjang jarak dari Lahad Datu, tempat kami ke Pitas, lebih kurang 505 km. Selasa, 5 Januari 2021 tepat 4:15 petang kami tiba di Pitas buat pertama kalinya.

Sumber: Google

Daerah Pitas, dalam bulatan merah.

Indah Chalet terletak di kawasan Dataran Bengkoka, Kampung Tanjung Sinimpul, Pinggan-Pinggan Pitas. Jika anda datang dari arah Kota Kinabalu, jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pitas ialah sejauh 169 km.

Jalan masuk ke Indah Chalet Dataran Bengkoka Pitas

Daftar masuk di sini.

Bilik penginapan kami pada malam tersebut. 

Sebelum tiba di sini, kami mengharapkan tempat penginapan kami seindah namanya. 



Bilik kami menghadap laut. 
Walaupun ketika ini jam baru menujukkan angka 4:30 petang tetapi suasana agak gelap tanpa sinaran cahaya matahari. Langit kelihatan mendung, dan awan warna kelabu di setiap penjuru.

Kedudukan bilik kami. Inilah antara pemandangan Indah Chalet yang boleh dilihat dari Dataran Bengkoka.

Air laut tidak pernah surut di kawasan ini. Sepanjang waktu kami mendengar ombak memukul tepian berbatu.

Petang itu kami tidak ke mana-mana kerana hujan. Encik Suami ajak makan di restoran di Indah Chalet, dan kemudian kami hanya berehat di bilik. TentuEncik Suami ingin berehat setelah 10 jam memandu.


Firdaus pula rasa sangat seronok kerana dapat pengalaman baru di sini.
Pengalaman apa tu?

Tentulah suka sangat dia sebab boleh pegang joran!
Dengan sewa sebanyak Rm15, dan umpan sotong Firdaus boleh memancing sehingga puas dari beranda. 

Sepanjang petang Firdaus memancing tapi tak seekor ikan pun berjaya diperoleh! Marah sungguh Firdaus bila melihat umpannya habis dimakan ikan!

Mandi dulu sayang.
Malam nanti boleh memancing lagi.

Malam itu, entah sehingga pukul berapa Firdaus terus memancing ditemani Fairuz. Namun tak seekor ikan pun berjaya dipancing. Bisinglah Firdaus sampai keesokan pagi! Memang hampa sungguhlah hatinya, apalagi bila asyik terpandang beberapa orang yang memancing di kiri kanan kami asyik mengangkat ikan di hujung joran masing-masing!


Entri berkaitan jalan-jalan Sabah:
Lahad Datu - Pitas : Singgah Makan di Kundasang

Bermalam di Indah Chalet Dataran Bengkoka Pitas

Restoran Makanan Laut Ala Kampung di Indah Chalet Dataran Bengkoka Pitas

Giant Lobster di Dataran Bengkoka Pitas

Sarapan Pagi di R&R Dataran Bengkoka Pitas

Pitas Bay View

Dari Pitas ke Kudat : Bermalam di Kudat Golf & Marina Resort

Six 55 Casa De Norde

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip of Borneo) : Titik Pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu

Pantai Bak-Bak Yang Sepi!

Makan Sup Perut Ikan di Restoran Kampung Kelapa Kudat

Sumangkap Gong Factory di Matunggong

Madu Kelulut & Madu Lebah Liar di Gombizau Kampung Madu Matunggong Kudat (Gombizau Honey Bee Farm)

Walai Tobilung

Makan Nasi Goreng di Gerai Esplanade Sidek Kudat

Kudat - Kota Belud - Panorama di Tepi Sawah

Karanahan View Kota Belud

Peranauan Inn D'Sangkir

Nasi Kukus Cikgu Kota Belud

Firdaus Naik Kuda di Sabandar Cowboy Town

Taman Buaya Tuaran

Dua Malam di Seapark Condotel Tanjung Aru

Senja Nan Kelabu di Tanjung Aru : Makan Nasi Goreng Ikan Masin Liking

Lokan Panggang & Kelapa Bakar

A Taste of the Middle East di Mashawi Grill

Firdaus & 7 Nyonya Pai Tee

Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood - Flavours of Sabahan

Makan Ketam Panggang, Kelapa & Jagung Bakar

Bermalam di Hotel Raia @ Tabung Haji Kota Kinabalu

Brunei Satay House Indah Permai

Makan Malam Berdua di Souq Garden

Jumpa Lagi Kota Kinabalu

B-Inspired Abobe Kundasang - Highland

Mesilou Highland Strawberry Farm

BBQ di Tengah Kabus Malam & Sarapan di Tengah Kabus Pagi



You May Also Like

5 ulasan

  1. Ni kalau mak saya tengok ni.. Terliur dia nak memancing... Hihihi

    BalasPadam
  2. Kalau chalet dia cantik dan selesa mesti lagi best stay situ kan kak amie. Tapi okaylah ada aktiviti kat situ. Seronok lah firdaus dapat pengalaman memancing. kesian pulak kat dia tak mengena umpannya. Kalau ada rezeki tu mesti seronok daus :) comel gaya dia memancing.

    BalasPadam
  3. PITAS YG CANTIK TEMPAT PERCUTIAN MENARIK

    BalasPadam
  4. besar negeri sabah kalau ikutkan.. nk naik kereta berjam2 baru sampai.

    nk memancing kena sabar dan tak boleh bising, mungkin air laut bergelora, ikan pun tak ada.

    BalasPadam
  5. Tempatnya indah dan keren

    hindari hubungan seks komersial agar terhindar dari berbagai macam penyakit menular seksual

    Berbagai macam gejala penyakit menular seksual diantaranya:

    1. kutil kelamin
    2. gonore
    3. kencing nanah
    4. vagina bengkak
    5. benjolan di penis
    6. benjolan di vagina

    BalasPadam