ADSENSE

Rabu, 27 Januari 2021

Peranauan Inn D'Sangkir

Setelah meninggalkan Karanahan View, kami singgah sebentar di Peranauan Inn D'Sangkir. Nampaknya tempat ini pun baru sahaja dibuka pada tahun lepas. Kedudukannya di tengah-tengah sawah dengan binaan warna-warni menarik perhtian  pengguna jalan raya yang baru pertama kali melaluinya.

Untuk memasuki kawasan ini kami perlu membeli tiket masuk. Fairuz kata, tandasnya sangat bersih dan cantik.  Cuaca cerah dan panas terik.  Kami tidak lama berada di sini, sekadar ambil gambar sahaja.

Gerbang bentuk hati ini sangat sesuai dijadikan latar  pemandangan bagi sesi fotografi perkahwinan. Memang banyak Amie lihat fotofoto perkahwinan yang dikongsi di FB.


Suatu hari nanti harap dapat datang lagi untuk terjah sawah pula. Kali ini kami sekadar singgah seketika sahaja. Teringin bermalan di sini untuk menikmati suasana matahari tenggelam dan matahari terbit! Tentu pemandangannya sangat indah!







Bergambar di bahagian atas bumbung binaan warna-warni. Dari sini kita boleh menyaksikan pemandangan sekitar, sawah padi yang luas terbentang dan Gunung Kinabalu yang tegak berdiri di belakang sanun.


Ada rezeki dan peluang, mudah-mudahan dapat juga bermalam di sini.


Dari atas bumbung ini, boleh melihat kawasan sekitar yang dipenuhi sawah padi nan menghijau.

Tempat pilihan untuk mengabadikan gambar perkahwinan.



Letih bergambar dan berpanas, Firdaus merehatkan diri seketika di atas buaian.



Sekian.
Cerita ringkas dari Peranauan Inn D'Sangkir Kota Belud.

10 ulasan:

paridah berkata... Reply To This Comment

indah suasananya tenang jiwa

Amie berkata... Reply To This Comment

@paridah Betul tu. Waktu pagi dan menjelang senja barangkali tambah nyamannya.

SalbiahM berkata... Reply To This Comment

comelnya tempat ni. seronok untuk kaki bergambar. kalaulah ada sayap boleh terbang ke sana sekarang. huhu

Farrah MF berkata... Reply To This Comment

Cantik betul tempat ni, kak. Sesuai buat yang suka bergambar.

Kakmim berkata... Reply To This Comment

Cantiknya tempat ni... yg kaki gambar dan selfie sesuai sgtlah pegi sini

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

cantik tempat akak berdating ni hehe love love

dear anies berkata... Reply To This Comment

wahhhhh kaki2 IG mesti suka tmpt niiii

dear anies berkata... Reply To This Comment

p/s kak, kalau x keberatan boleh bagi sy nama penuh, alamat & no. tel.? nnt komen kt blog sy ya. sy x kn publish komen tu. terima kasih😊

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Menarik, banyak props tempat bergambar. Cantik bilik bilik colourful. Ceria tengok. Amboii Firdaus. Posing no.1 dia ni..senyum senang hati tu :)

notie berkata... Reply To This Comment

Konsep macam paddy house kat sekinchan. Cantik warna warni kan bangunannya. Kalau padi dah menghijau mesti cantik kan. Tempat posing pun banyak.