Sarapan Pagi Nasi Goreng Kerang Pedas Berapi & Cucur Udang Campur Jagung
10:34 PGHari ini kita BDR. Sekarang waktu rehat dan akan sambung semula pada pukul 10:30 pagi. Pagi tadi terdengar Encik Suami bersuara: Bosanlah setiap hari beli sarapan. Kita pun tak tanya, adakah bosan membeli atau bosan dengan menu yang sama dibeli setiap hari? Kita pun rasa bosan juga setiap kali pulang kerja, di atas meja ada saki baki mee hoon goreng, mee goreng dan sisa-sisa gigitan ayam goreng.
Tak payahlah beli sarapan pagi ini. Nanti boleh buat sarapan. Kita sahut.
Setelah menghantar Fairuz ke sekolah, Encik Suami pulang sebentar ke rumah sebelum ke tempat kerjanya. Tetap juga dibelinya mee hoon goreng dengan mee goreng walaupun Amie sudah kata nak buat sarapan. Abang Farid pun tak mahu makan walaupun ada ayam goreng! Raja ayam pun pandai bosan juga!
Abang Farid suka sangatlah sebab ada cucur udang! Ada sedikit lebihan nasi semalam, Amie goreng dengan kerang. Bubuh cili padi. Pedas berapi!
Nasi Goreng Kerang Pedas Berapi & Cucur Udang Campur Jagung |
Nasi Goreng Kerang Pedas Berapi |
- 2 cawan nasi putih sejuk
- 3/4 cawan isi kerang
- 3 batang kacang panjang - hiris
- garam / perasa pilihan
- 3 sudu besar minyak
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 10 biji cili padi kampung
- 1/2 sudu kecil belacan
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
- Masukkan kerang. Kacau beberapa kali dan biarkan seketika.
- Kemudian masukkan nasi diikuti kacang panjang.
- Gaul rata.
- Seterusnya masukkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Cucur Udang Campur Jagung |
8 comments
sedapnya nasi goreng kerang tu kak amie.
BalasPadamSedapnya nasi goreng kerang, SA x pernah lagi buat nasi goreng campur kerang...biasa buat mee goreng kerang je
BalasPadamMenariknya nasi goreng kerang tu kak amie. Tak pernah cuba lagi masak nasi goreng kerang. Boleh cuba nanti. Kadang kadang jemu, terus hilang selera makan tu. Kena bertukar tukar menu baru tak jemu dan rasa sedap :) Saya pun asyik makan ayam je sampai sekarang boleh boleh terima ayam lagi. huhu
BalasPadamSyukur ada Abang Farid tolong ajarkan Firdaus. Memang kena sabar lebih ajar budak budak ni. PdPR ni memang mencabar betul.
BalasPadamSedapnya cucur udang ada jagung.. Nasi goreng kerang pun.
BalasPadamZaman kita dulu baya Firdaus masih lukis orang lidi & pemandangan bukit bentuk nasi lemak. Ini macam ni punya lukisan taraf kita sekolah menengah dah ni.. Bwratabahlah anak-anak
pandainya dia lukissssss
BalasPadamNasi goreng kerang tu nampak begitu sedappp
BalasPadammcm mana nak pilih rice cooker malaysia terbaik ye?
BalasPadam