Kudat - Kota Belud - Panorama di Tepi Sawah

by - 2:52 PTG

Khamis pagi, 7 Januari 2021 matahari bersinar cerah sepanjang perjalanan kami dari Kudat ke Kota Belud. Jarak perjalanan lebih kurang 111km.  Seawal pukul 7 pagi kami sudah bergerak meninggalkan Kudat Golf & Marina Resort. Ketika akan  menghampiri bandar Kota Belud, mata terpaku melihat pemandangan sawah padi di sepanjang jalan.

Kalau di Pitas dan Kota Marudu serta Kudat, hujan sepanjang waktu dan tidak dapat rakam pemandangan sawah padi yang luas cantik terbentang, tetapi tidak ada alasan untuk ambil gambar sawah padi di Kota Belud! Panorama indah serta latar belakang puncak  Gunung Kinabalu yang sayup-sayup di kejauhan itulah yang tidak ternilai!

Gambar ini Amie ambil dari dalam kereta yang sedang bergerak dek kerana teruja melihat puncak Gunung Kinabalu nun disanun!

Puncak Gunung Kinabalu di belakang sanun di kelilingi oleh awan dan kabus .

Adeeehhhh!. Mesti berhenti singgah untuk ambil gambar di sini. Biarlah memory card penuh dengan gambar sawah nan menghijau. Mana mungkin ditinggalkan begitu sahaja panorama yang jarang Amie saksikan seperti ini.




Gunung Kinabalu berdiri gagah, tetapi sekali-sekala hilang lenyap ditutup awan. Sementara hari masih pagi, dapatlah melihat sebahagian daripada bentuknya. 







Apabila panas semakin membahang, lama-kelamaan semakin tebal kabus dan awan menutupinya. 



Abadikan kenangan berlatarbel;akangkan Gunung Kinabalu.

Rasanya ingin duduk lama-lama di sini, juntaikan kaki ke dalam sungai kecil yang berair jernih!



Kalau boleh ingin meredah sawah, mengejar burung bangau yang berkawan-kawanan mencari makan di tengah bendang!

Encik Suami panggil burung bangau ini dengan panggilan blekuk (bahasa Melayu Cocos).


Puncak Gunung Kinabalu beransur menghilang diselaputi awan. 

Marilah bergerak teruskan perjalanan.







Di hati berkata: Suatu hari nanti pasti akan datang lagi! Tapi bukan ketika musim hujan seperti sekarang.

You May Also Like

7 ulasan

  1. Cantik betul keindahan permandangan di bendang sawah pagi ni. Rasa macam nak berlarian duduk lama lama je kan. Harap ada rezeki juga dapat ke sini :)

    BalasPadam
  2. Cantiknya kehijauan Sarah combine dgn gunung kinabalu pula

    BalasPadam
  3. pengantin kalu buat outdoor photography kt mmg cantik ��

    BalasPadam
  4. Dah banyak kali ke Sabah namun masih belum berkesempatan ke Kota Belud. Insya Allah soon.

    BalasPadam
  5. wow, kalau makin bahang, then makin kabus menebal, maknanya makin sejuk la kan?

    BalasPadam
  6. Aman damai tengok gambar-gambar yang Amie ambil. Ada yang kalau print out, boleh jadikan poskad. Cantik. :)

    BalasPadam