Restoran Makanan Laut Ala Kampung di Indah Chalet Dataran Bengkoka Pitas

by - 9:01 PTG

Encik Suami ajak makan malam lebih awal. Katanya, nak segera rehatkan badan. Petang itu kami makan di Indah Chalet saja sebab di situ sudah tersedia sebuah restoran menghadap laut.  

Firdaus membaca doa makan.

Lauk pauk yang dipilih ikut selera Fairuz. Salah satunya, udang butter basah. Sedap sangat walaupun masakannya nampak simple.

Fairuz pilih lagi ketam telur masin. Tak kurang sedapnya daripada udang butter basah!

Layan selera Fairuz lagi. Dipilihnya seekor ikan kerapu.
Amie cadangkan goreng salut tepung saja. Sedap betul ratah ikan kerapu ini cecah dengan sambal!



Ini lauk pilihan Amie dan Encik Suami. Ikan belanak masak sup, tapi agak berminyak pula.

Fairuz suka sangat makan sayur pucuk manis. 
Waktu itu kita pun tengah berselera makan, maklumlah baru baik dari sakit. Separuh ikan kerapu goreng itu kita ratah!


Walaupun sup agak berminyak, tapi sedap pula bila dimakan bersama nasi! Kiranya samalah seperti masakan singgang tumis ikan. Mungkin kedudukan chalet ini di tepi laut, dan agak mudah mendapatkan bekalan makanan laut. Kesemua lauk yang dihidangkan terasa segar-segar belaka, terasa manisnya udang dan juga ketam!

Entri berkaitan jalan-jalan Sabah:

Lahad Datu - Pitas : Singgah Makan di Kundasang

Bermalam di Indah Chalet Dataran Bengkoka Pitas

Restoran Makanan Laut Ala Kampung di Indah Chalet Dataran Bengkoka Pitas

Giant Lobster di Dataran Bengkoka Pitas

Sarapan Pagi di R&R Dataran Bengkoka Pitas

Pitas Bay View

Dari Pitas ke Kudat : Bermalam di Kudat Golf & Marina Resort

Six 55 Casa De Norde

Tanjung Simpang Mengayau ( Tip of Borneo) : Titik Pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu

Pantai Bak-Bak Yang Sepi!

Makan Sup Perut Ikan di Restoran Kampung Kelapa Kudat

Sumangkap Gong Factory di Matunggong

Madu Kelulut & Madu Lebah Liar di Gombizau Kampung Madu Matunggong Kudat (Gombizau Honey Bee Farm)

Walai Tobilung

Makan Nasi Goreng di Gerai Esplanade Sidek Kudat

Kudat - Kota Belud - Panorama di Tepi Sawah

Karanahan View Kota Belud

Peranauan Inn D'Sangkir

Nasi Kukus Cikgu Kota Belud

Firdaus Naik Kuda di Sabandar Cowboy Town

Taman Buaya Tuaran

Dua Malam di Seapark Condotel Tanjung Aru

Senja Nan Kelabu di Tanjung Aru : Makan Nasi Goreng Ikan Masin Liking

Lokan Panggang & Kelapa Bakar

A Taste of the Middle East di Mashawi Grill

Firdaus & 7 Nyonya Pai Tee

Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood - Flavours of Sabahan

Makan Ketam Panggang, Kelapa & Jagung Bakar

Bermalam di Hotel Raia @ Tabung Haji Kota Kinabalu

Brunei Satay House Indah Permai

Makan Malam Berdua di Souq Garden

Jumpa Lagi Kota Kinabalu

B-Inspired Abobe Kundasang - Highland

Mesilou Highland Strawberry Farm

BBQ di Tengah Kabus Malam & Sarapan di Tengah Kabus Pagi






You May Also Like

3 ulasan

  1. Ikan belanak Sabah besar-besar yer..
    Saya hanya kenal ikan belanak kecik dan belanak masin. Kat Kedah ikan belanak dipanggil ikan kedera.

    BalasPadam
  2. seafood yang menyelerakan. dapat pulak seafood fresh makan tepi laut. Terselit sayur pucuk manis melengkapkan hidangan.sedap! saya suka :)

    BalasPadam
  3. sedap nampak udang butter tu.. makan panas2 sambil tgk view berselera makan.

    besar ikan tu. puas makan

    BalasPadam