Nasi Goreng Ikan Bilis
9:10 PGSelamat pagi semua. Bagaimana cuaca di tempat anda? Di LD, matahari muncul agak lewat tetapi suasana kembali suram disebabkan cuaca mendung. Semoga hari ini segala urusan dalam diselesaikan dengan baik. In shaa Allah. Tentang perkembangan Covid-19, rasa agak takut untuk mengikutinya. Jumlah kes positif yang naik turun, dan tiba-tiba mencanak naik sungguh mengerikan! Ditambah pula dengan keadaan banjir, yang sekarang ini telah beralih ke negeri Sabah turut membimbangkan hati. Sesungguhnya Allah sedang menguji kita melalui musibah yang silih berganti. Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dan sentiasa muhasabah diri.
Nasi Goreng Ikan Bilis |
Nasi Goreng Ikan Bilis & The Gang |
Teh Ceylon 888 aroma pandan. |
- 3 cawan nasi putih
- 1 cawan isi jagung
- 1/2 batang lobak merah - hiris halus
- 1 labu bawang besar - cincang kasar
- serbuk pati ikan bilis Maggi secukupnya
- 1/2 cawan ikan bilis goreng
- 3 sudu besar minyak
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 biji cili merah - buang biji
- 1/2 sudu kecil belacan
- 1/2 cawan ikan bilis
- Panaskan minyak. Goreng bawang besar cincang hingga layu kekuningan.
- Kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga terbit aroma.
- Tuangkan isi jagung bersama hirisan lobak merah. Kacau-kacau.
- Masukkan nasi putih.
- Taburkan serbuk pati ikan bilis Maggi secukupnya.
- Gaul rata dan padamkan api dapur.
- Hidangkan bersama taburan ikan bilis goreng.
8 comments
Sedapnya nasi grg.. ikan bilis yg ranggup krup krap bila kunyah
BalasPadamTengok pun dah nampak sedap nasi goreng Amie.Sama lah anak lelaki akak ada sayur dikuis tepi.Kalau akak makan sorang memang taruk banyak2 sayur.
BalasPadamSelamat menjamu selera
BalasPadamMenyelerakan betul hidangan nasi goreng and the gang. saya breakfast roti je pagi ni. setakat ni cuaca masih cerah.
BalasPadamSama menu sarapan kita kak
BalasPadamlamanya tak makan popiaa..sedapnya
BalasPadamNampak sedap semuanya...
BalasPadamSeperti biasa presentation amie tak pernah mengecewakan walaupun menunya simple2
BalasPadam