Kari Ayam Berkerisek
4:14 PTGMasih lagi melayan selera anak-anak. Hari ini Amie masak Kari Ayam Berkerisek. Agak lama juga tak makan masakan berkuah kari. Ada sedikit lebihan kuah kari yang sangat sedap tu, tak sabar nak cecah dengan lempeng!
Kari Ayam Berkerisek |
Kari Ayam Berkerisek |
Biasanya Amie hanya masak lauk pada waktu tengahari sahaja, dalam jumlah yang agak banyak dan boleh makan pada sebelah petang atau malam. Tidaklah banyak menghabiskan waktu untuk masak di dapur. Tapi kalau masak lauk seperti kari ayam ini memang tak panjanglah umurnya hingga ke petang sebab ada yang mengulang makan.... ahaks!
Acar Timun & Nanas |
Kalau sudah ada lauk kari ayam, sudah semestinya kena sediakan acar pula. Encik Suami memang suka gandingan masakan kari dengan acar. Betul jugakan! Masakan kari berlemak, acar pula rasa masam-masam manja. Bila kedua - dua lauk ini bertemu dalam pinggan nasi, memang tak toleh kiri kanan dah! Bismillah.... terus ngap! Kombinasi keduanya menimbulkan aroma yang sungguh lazat!
Nak rasa yang lebih mantap, jangan lupa sediakan juga sambal belacan.
Sambal Belacan |
Gandingan mantap Kari Ayam Berkerisek, Acar Timun & Nanas dan juga Sambal Belacan. |
Sayur Remayung Masak Sos Tiram dengan Sotong |
Ada yang tak makan acar, jadi Amie masakkan sayur remayung tumis sos tiram dengan sotong. Nanti ada yang bertanya ikan pula. Jadi, Amie gorengkan seekor ikan kutambak. Nama lain ikan kutambak ini ialah ikan temparing.
Ikan Kutambak Goreng |
Hirisan Betik |
Tambah sepinggan hirisan betik sebagai pembuka mulut, bukannya pencuci mulut... ahaks! Wokey... jom makan!
Oleh kerana Kari Ayam Berkerisek ini sangat sedap dan anak-anak pun suka, jadi Amie akan kongsikan resipinya di bawah ini. Mungkin ada sedikit perbezaan cara mengolah masakan ini, tapi Amie anggap itu kreativiti dan cara masing-masing. Amie tidak campurkan serbuk rempah kari bersama bahan perencah lain untuk dijadikan pes, sebaliknya Amie terus masukkan rempah kari ke dalam kuali. Satu lagi, Amie tak tambah cili kisar sebab di kepala sudah ada 'sambal belacan' untuk diganding bersama dalam hidangan. Dan sebagai sentuhan terakhir, Amie tuangkan jus limau nipis sebagaimana yang MIL dan orang kampung Encik Suami selalu buat. Jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan:
1 kg ayam - potong 12
5 biji ubi kentang saiz kecil - kupas kulit - belah 2
1 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
4 sudu besar serbuk rempah kari
2 sudu besar kerisek
1 sudu besar gula Melaka parut
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 cawan minyak
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
Bahan penumis:
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari - lurutkan daunnya
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan penumis dan goreng hingga bawang besar layu.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis dan kacau sebati sehingga terbit aroma.
3. Perlahankan api dapur, dan masukkan serbuk rempah kari. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit santan cair dan kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan ubi kentang. Balik-balikkan sehingga ayam menjadi layu.
5. Tuangkan santan cair dan masukkan gula Melaka.
6. Setelah yam dan kentang agak empuk, masukkan kerisek diikuti dengan santan pekat.
7. Taburkan garam / perasa pilihan dan biarkan masak seketika lagi.
8. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis, dan kacau sekali dua.
9. Padamkan api dapur.
10 comments
perfect dish with dessert !
BalasPadamWah.. seleranya tengok. Memang mantap la, kari ayam, sambal belacan dan acar lagi. Terliur dibuatnya. :)
BalasPadam@Atie Zieya Jemput makan.
BalasPadam@iamaSlowRunner Alhamdulillah, masih ada tenaga untuk siapkan menu hidangan keluarga.
BalasPadamSaya pun lama tak makan masakan kari. Sedap tu kari ayam kerisik kak amie. kuah pekat.
BalasPadamhari ni belajar nama sayur baru Sayur Remayung dan nama ikan Kutambak. Sedap tu ikan goreng garing cicah sambal belacan.
Eh, sama la menu kari ayam...
BalasPadamTerliur pulak acar tu.
Sayur remayung tu pun memang teringinnya terbayang rasa lendir2 sikit kan.. tapi saya alah tak boleh makan akan pening & muntah.
wahh,...sedap sedap semuanya
BalasPadamsaya antara peminat kari...rasa kecur air liur tengok kari amie ni..agaknya ada la ni masuk dalam list menu dalam minggu akan datang 😂
BalasPadamBerselera tengok kari tu. Ini kalau makan begini memang boleh bertambah-tambah nasi.
BalasPadamKari berkerisek ni selalunya menu kenduri.. hehehe.. kalo sy masak kari mesti goreng ikan masin.. hihihi
BalasPadam