Taman Buaya Tuaran
8:01 PTGSelepas menunggang kuda di Sabandar Cowboy Town, Firdaus menunggang buaya pula di Taman Buaya Tuaran.... ahaks!
Jom kita melawat Sang Bedal di Taman Buaya Tuaran. Sebelum ini kami telah beberapa kali masuk ke Taman Buaya Sandakan. Katanya buaya dari Taman Buaya Sandakan dipindahkan ke Taman Buaya Tuaran.
Replika buaya. |
Buaya sebenar. |
Ada dua kolam besar tempat tinggal buaya. Sebuah kolam airnya keruh berlumpur kelabu hitam, sebuah lagi warna hijau berlumut.
Sang Bedal sedang berehat. Lapar ke apa nganga jew mulut tu.
Yang ini elok jew santai berehat bawah pokok.
Ini kolam buaya air hijau berlumut.
Rupanya buaya-buaya sedang berehat di bawah jambatan. Mereka berteduh di situ dari panas matahari.
Apabila Sang Bedal melompat di dalam kolam, kami rasa sangat terkejut. Ada yang bersaiz besar. Entah berapa tahun umurnya!
Sekarang pertunjukkan memberi makan seekor buaya yang diletakkan di kandang khas.
Nampak macam buaya kecil tapi apabila dilihat biodatanya, lahir tahun 1984. Dah berapa tahun umurnya itu?
Ketika diumumkan buaya-buaya dalam kedu-dua buah kolam akan diberi makan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kami tak dapat berpatah balik ke kolam tersebut sebab terperangkap dalam hujan. Tak tengok pun tak apa. Ngeri sebenarnya apabila menyaksikan buaya-buaya berebut makanan yang diberikan! Kami pernah menyaksikan di Taman Buaya Sandakan. Ganas!
Selain buaya, banyak haiwan lain yang terdapat di Taman Buaya Tuaran. Umpanya ular, monyet, binturong, rusa dan pelbagai jenis ikan bersaiz besar macam manusia dewasa. Tak dapat nak ambil gambar sebab ikan sembunyi.
Firdaus beri makan ikan keli.
Ada rumah panjang di Taman Buaya Tuaran.
Banyak info tentang buaya terdapat di sini. Hanya gambar ini sahaja yang jelas. Gambar yang lain kabur, jadi Amie tak dapat kongsikan.
Dalam rumah panjang ini ada kulintangan dan gong.
Marah sungguh Firdaus apabila ternampak gambar gongdan kulintangan ini. Katanya, kenapa tak beritahu dia ada benda-benda ini semua di dalam rumah panjang! Ketika kami masuk ke sini, Firdaus bersama Fairuz melihat monyet.
Kami meredah hujan meninggalkan Taman Buaya Tuaran untuk meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.
10 comments
Wah.. seronoknya firdaus jalan².. banyak jugak bujang senang di tuaran tu kak.. hehehe
BalasPadamWahhh.. handsome2 buaya kat sini
BalasPadamTerkejut tengok gambar awal tu. Ingatkan buaya betul. Sesekali tengok buaya pun best jugak. Seram tu memang seram.
BalasPadamMenarik juga Taman Buaya Tuaran ni, bukan hanya ada buaya je. Ada juga tarikan lain. Tak lah pengunjung bosan tengok buaya je.
wowww besar betul buaya tu.. seram hehe
BalasPadamKat sini buaya kepala hitam ramai. Hihihi.. Replika yang Firdaus naik tu macam be tuk matawang zaman lampau...
BalasPadamBESAR SUNGGUH BUAYA KT SITU MENYERAMKAN
BalasPadamgemuk2 buayanya haa
BalasPadamBesarnya buaya. 37 umur buaya tu, panjang umur dia yek. :D
BalasPadambykknyaaa ikan keliiii
BalasPadamPernah tgk pertunjukan buaya kat taman buaya langkawi.
BalasPadam