Cerita Dari Dapur & Kuih Borasa

9:40 PTG

Petang tadi hujan terus-menerus tak berhenti. Perut rasa lapar. Masuk dapur. Jam menunjukkan pukul 5 petang tapi terasa seperti sudah masuk waktu Maghrib. Gelap!

Terpandang satu bekas rotan. Tiba-tiba gatal tangan buka penutupnya. Apa ada di dalamnya? Jom kita buka.

Bekas rotan.

Oh! Di dalamnya penuh berisi uncang-uncang kecil! Ada creamer, gula, kopi, teh, dan nescafe. Aduh! Rupanya Encik Suami punya kerja. Rajinnya angkut bawa pulang shacet minuman yang disediakan di hotel. Amie memang tak pernah minum panas sewaktu menginap di hotel, kecuali minum air mineral sahaja. Biasanya kami check in menjelang petang, jadi kalau minum kopi sebelum tidur memang tak boleh lelap mata sepanjang malam. Awal paginya pula tergesa-gesa nak tinggalkan hotel. 
Encik Suami kata, itu hak kita sebagai pelanggan. Sayanglah kalau tidak diminum. Baiklah bawa pulang. Betul juga kata Encik Suami.
Dah ada minuman panas, kenalah cari gangnya pula. Selongkar kabinet, terjumpalah saki baki biskut seperti di bawah ini.

Tiba-tiba mata terpandang sebuah bekas berisi sesuatu. Rupanya sewaktu ketiadaan kami, jiran sebelah hulurkan kuih. Ada Abang Farid beritahu kami, jiran sebelah bagi dua bungkusan berisi keledek. Amie tanya, kuih keledek atau ubi keledek? Abang Farid kata ubi keledek. 
Balik LD, bila Amie buka bungkusan tersebut isinya ialah ubi kayu, dan sebungkus lagi lengkuas! Aduhai... Abang Farid tak boleh bezakan mana satu keledek dengan ubi kayu dan lengkuas! 
Kuih yang kami tak tahu namanya ini, Amie cuba mesej kawan-kawan keturunan Bugis dan kongsikan gambarnya sekali. Mula-mula Kam jawab : Kuih burasakcina. Dar pula kata, menurut ibunya nama kuih itu burasak. Kemudian Amie tanya Pak Google, yang Amie jumpa kuih burasak atau borasa. Amie tanya semula kawan-kawan tadi, kenapa ada perkataan cina di hujungnya? Jus jawab, memang kuih itu namanya borasacina. Orang dulu-dulu yang bagi nama. Kam mencelah, katanya dulu nama borasacina. Sekarang dipanggil borasa saja. Keputusannya, nama kuih pemberian jiran kami ini ialah kuih borasa. Biasanya bila disebut semacam ada bunyi hamzah di hujungnya. Itu sebabnya borasa kadang-kadang dieja burasak atau borasak!

Kuih Borasa

Meriah betul dunia masakan! Betullah dapur tiada sempadan. Ada sahaja makanan yang baru dikenali! Barulah Amie teringat, selalu nampak kuih ini dijual di Pasar Tanjung di Tawau tapi tak pernah terlintas untuk membelinya. Kuih borasa ini rasanya manis.

9 comments

  1. Wah, belum pernah lihat kuih ni.. Seronok dapat kenal aneka kuih kat blog cikgu..

    BalasPadam
  2. perfect presentation .. nak kena ambik class ngn kak amie ni, cara snap gambar makanan utk instagram

    BalasPadam
  3. @namakucella Seronok hidup berbilang kaum, dapat kenal budaya mereka termasuklah makanannya.

    BalasPadam
  4. @Atie Zieya Tq dik. Kak Amie main hentam keromo jew time amik gambar. Ikut suka hihihiii tak ada skill.

    BalasPadam
  5. wah wah macam duduk di hotel pulak, padahal di rumah kan..haha

    BalasPadam
  6. Tak pernah makan kuih tu. Entahla di semenanjung ada tidak. Di sana asyik hujan ye. Semoga menjadi hujan rahmat dan dijauhkan dari bencana banjir

    BalasPadam
  7. hehe..jauh beza keledek dengan ubi kayu dan lengkuas. Takpe, pasni terus ingat bila ingat kisah ni kan.

    Cantik bekas rotan tu. Kalau saya depends pada jenis kopi. Kalau kopi sedap, saya gunakan atau ambil bawa balik. Kalau tak, saya tinggalkan je kat hotel. :)

    Biskut Thai tu tak beli beli lagi kat shopee, lama xshopping shopee..huhu
    Pertama kali tengok kuih borasa.

    BalasPadam
  8. Borasa dengan burasak, nama seakan sama tapi benda lain2. Kuih borasa tu kuih bugis lagend, kuih orang dulu2 arwah mak pun pernah buat.

    BalasPadam
  9. Pertama kali dgr nama kuih barosa..dibuat dr tepung gandum ke

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe