Rupanya Orang Pakistan Tak Makan Kulit Ayam!
8:24 PTGPerjalanan diteruskan melalui jalan sempit dan memang nampak agak mengerikan kerana van bergerak di atas jalan raya penuh selekoh dan jurang, di atasnya pula 'berbumbung' batu gunung! Kami berdoa semoga tidak akan berlaku sebarang musibah ke atas kami. Maknanya batu gunung benar-benar menjadi 'bumbung' sementara van bergerak di bawahnya! Dan terjadilah satu peristiwa yang sangat mengecutkan perut apabila kami melihat di tepi jurang berderet-deret kenderaan berada di situ. Kenapa agaknya? Rupanya mereka sedang mengelak dari terkena batu- batu sebesar penumbuk yang sedang berjatuhan dari 'bumbung' tadi. Ada yang sedang mengangkat batu yang terjatuh dari gunung. Mumtaz Khan memperlahan van. Tidak dapat dibayangkan betapa ngerinya saat itu sekiranya ada batu jatuh di atas van kami. Kalau boleh hendak pejamkan mata sahaja.
Tiba-tiba Mumtaz Khan menekan minyak dan van terus meluncur laju. Kami terdengar pemandu kenderaan yang berhenti di tepi jalan berteriak melihat van kami terus bergerak ke hadapan. Satu.... dua saat kemudian batu sebesar penumbuk jatuh tepat di hadapan van kami. Apalagi! kami pun berteriak sekuat-kuatnya!
Ayam yang dijual sudah dibuang kulit. |
Makanannya pun tersendiri, ayam tanpa kulit.
Wah, mereka ada identiti. Mereka ada jati diri.
Gilgit pernah menjadi pusat utama bagi agama Buddha dan merupakan perhentian penting di Jalan Sutera Purba. Hari ini Gilgit berfungsi sebagai persimpangan utama di sepanjang Lebuhraya Karakoram dengan sambungan jalan ke China serta bandar-bandar Pakistan Skardu, Chitral, Peshawar dan Islamabad. Pada masa ini, Gilgit berfungsi sebagai stesen sempadan untuk kawasan puak tempatan. Aktiviti ekonomi bandar ini tertumpu terutamanya pada pertanian, dengan gandum, jagung, dan barli sebagai tanaman utama yang dihasilkan
18 comments
Patutlah segak² depa sana; makanan bebas kimia, beras basmati pun tanam sendiri. Jom la pindah sana Kak Amie 😁
BalasPadamAmboi, PH.. nak pindah Pakistan ke tu?
PadamJom PH. Jom SK. Kita duduk sekejap di sana. Agak-ahak dah segak, balik semula ke Malaya.
PadamTogel² ayamnya, Kak Amie. Orang Pakistan datang Malaysia pun masih mengekalkan pakaian tradisi mereka. Kulit ayam tu memang dibuang terus ke atau dieksport ke Malaysia? Manalah tahu, kulit ayam celup tepung yang banyak dijual di pasar malam Malaysia tu datangnya dari Pakistan, hahaha.
BalasPadamKan...saya minggu lepas beli lat pasar malam..kulit ayak goreng tepung..Balik rumah buka dan rasa..adoii...rasa kulit kayu..keras dan takda rasa selain keras tawar semata..
PadamMemang begitu kot cara orang Pakistan makan ayam. Barangkali selepas disembelih dikupas sekali kulit dengan bulunya sebab nampak ayam togel tu fresh betul dengan darahnya yang masih mengalir.
PadamBaik goreng di dapur sendiri kan Mama Cella. Lagi puas hati.
PadamOoo....depa tak makan kulit ayam ye..Kalau kita dok sana lelama harus minta kulit ayam tu dah..sedap goreng garing ..hihihi
BalasPadamRasanya cara mereka bersihkan ayam tak sama macam di tempat kita, rendam dulu dalam air panas dan masukkan dalam mesin proses buang bulu ayam. Mereka terus kupas kulit sekali dengan bulunya sama macam kupas kulit kambing kot.
PadamAdoii... depa taktau ke betapa sedapnya kulit ayam goreng😁. Tapi tu lah.. pasti mereka ada sebab tersendiri untuk tidak memakannya.
BalasPadamKan Faizah.
PadamLain negara, lain budayanya. Tapi memang terkejutlah juga apabila melihat ayam-ayam togel bergantungan di gerai.
kalaulah diorg tahu betapa sedapnya kulit ayam rangup krup krap 😁😁
BalasPadamDi kedai makan Pakistan di LD pun kalau kami makan nasi briyani Pakistan, nampak ayamnya tak berkulit!
PadamBagus juga makan ayam yang tiada kulit.....rasanya lebih sihat kerana kurang lemak
BalasPadamBetul tu, memang lebih menyihatkan.
Padamsian ayam tu togel je dah le cuaca sejuk tak bagi pakai baju lah pulak. Makanan mereka berkhasiat sungguh kan
BalasPadamHahahaa... nak pinjamkan baju sejuk, kami tak pakai pulak masa tu.
PadamAissssh seandainya kita tinggal di sana, bisa tak minta sellernya jual kulit ayam ke kita hahahahahahah.lumayan bisa buat minyak ayam sedap untuk campuran bakmi ayam 🤤🤤.
BalasPadam