Memborong Pakaian & Kacang Pistachio di Islamabad
9:31 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Malam terakhir di Pakistan, tour guide akan membawa kami ke mall tetapi kami menolak. Kami mahu ke bazaar sahaja. Seronok sangatlah sebab tak cukup mata melihat pelbagai jenis pakaian, pashmina dan macam-macam lagi.
Masing-masing membawa hasil untuk dibawa pulang. Semuanya tidak lepaskan peluang beli baju Pakistani salwar kameez yang sudah siap. Balik ke tanah air hanya tinggal pakai sahaja. Alhamdulillah, ada juga saiz yang sepadan dengan kita.
Oleh kerana masa yang diberi sangat singkat, jadi kami tidak boleh berlama-lama di sini. Asal berkenan di mata, terus sambar dan bayar saja.
Kami jalan-jalan lagi melintasi pasar sayur. Eh, ada lembu dan ayam! Kemudian kami berhenti melepas lelah (sebab jalan laju0laju dan agak jauh pula tempatnya dari van) dengan memesan minum jus buah. Kami minum jus buah mangga.
Sambil sedut jus mangga, kami singgah di kedai kekacang. Oleh kerana sudah tersuka dengan kacang pistachio dari Iran, jadi Amie tidak pandang kacang lain, beli kacang pistachio itulah sahaja untuk oleh-oleh.
Kacang Walnut |
Kacang Pistachio Iran |
Amie beli kacang pistachio Iran. Ada beza rasa kacang pistachio Iran dengan kacang pistachio Pakistan. Kacang dari Iran ada rasa masin sedikit dan kulitnya lebih keras sampai kuku ibu jari kita ikut terkopek sewaktu membukanya! Amie beli di Gilgit dan beli di Islamabad. Semuanya tujuh kilogram. Sepanjang perjalanan dari Gilgit sehinggalah ke KLIA1, habis satu kilogram makan bersama kawan-kawan.
Mixed Dried Fruit |
Amie beli juga kacang campur-campur sebanyak dua kilogram. Ada kacang walnut, kacang pistachio, kacang badan, kacang tanah, kacang gajus dan aprikot.
Kesemuanya Amie masukkan dalam beg sandang.
Sewaktu solat di Lahore Airport, Nano jaga beg kita dan angkat letak di atas kerusi. Kata Nano, beratnya beg macam bawa batu!
37 comments
wahh balik Malaysia boleh la pakai salwar kameez sambil kunyah pistachio kan Amie..
BalasPadamYa, sudah bergaya dengan dua pasang salwar kameez.
PadamPistachio tu kacang cerdik lakan?
BalasPadamBetul Uncle, tapi tak tahulah di mana cerdiknya hihihii.
PadamMesti cantik salwar kameez pilihan Kak Amie... Nanti belanja gambar ye Kak 🤗
BalasPadamSedapnya kekacang tu...
Sudah dipakai PH, dalam entri Berkelah di Hutan Rekreasi Taliwas.
Padamsamalah amie beg saya selalu berat sebab bawa makanan banyak. hehehehe lepas tu kita share ramai-ramai. Sedap tu kacang cerdik bior cerdik selalu
BalasPadamSedaplah makan kacang cerdik ramai-ramai.
PadamSangat kurang makan kekacang ni tapi pistachio ni makan juga. Tapi pernah makan yang ada masin2 sikit.
BalasPadamItulah, biasa makan yang tak ada rasa masin-masin sikit. Jumpa yang dari Iran, sedaplah pulak ada rasa begitu.
Padambab shopping mmg seronok...mcm2 nk di beli tu
BalasPadamBiar menyesal membeli, jangan menyesal tak beli.
Padambetul-betul memborong kak sampai 7 kilo diborongnya
BalasPadamPuas hati Dana. Dah tak tahu nak beli apa lagi, beli kacang sajalah.
Padamsedapnyaaaa kak mixed dried fruit tuuuu
BalasPadamsekali hadap dah boleh habis ni hhahaa
Memang sedap tu ada manis-manis kismis.
PadamSnek kekacang sihat ni!
BalasPadamSayuran tu pun nampak fresh
Ya, snack menyihatkan.
PadamTidak boleh lama-lama
BalasPadamcocok terus bayar, hehe
itu kacangnya unik ya
saya penasaran dengan rasanya
Rasa kacangnya itu lemak-lemak.
PadamHahahah.. apa tak berat, sampai 7kg beli kacang.
BalasPadamItulah, tamak betul orang tu kan SK.
PadamWahh best best. Shopping ni bukan selalu sebab jauh Pakistan ni kan. Hehe. Syoknya.
BalasPadamBetul Mulan.
PadamSesekali kena juga berseronok shopping.
Wah bestnya
BalasPadamMemang best!
PadamOoo..
BalasPadambaru tau nama pakaian tu salwar kameez...
Kemainemborong yer🤭
Pakaian lelaki dan perempuan di panggil salwar kameez.
PadamMakan kekacang sambil menonton televisyen menang ngam.
BalasPadamBetul sangat!
Padambanyak tu membeli. suka kacang2 depa.
BalasPadamBanyak betul kedai kacang di sana kan Yan.
PadamWah banyak juga belanjanya disana Mbak. Bagus-bagus ya bahan yang diperdagangkannya kalau saya lihat dari fotonya.
BalasPadamOh saya baru tahu kalau kacang itu namanya kacang pistachio Iran. Suka makan kacang begitu, anak-anak suka beli, tapi saya tak pernah tanya apa nama kacang itu.
Salam,
Y, kacang pistaschio. Ada kacang pistaschio tempatan, dari Pakistan tetapi saya beli kacang pistaschio yang diimport dari negara Iran sebab rasanya lebih gurih.
PadamOk noted. Kalo ke Pakistan saya tak akan melepaskan kesempatan borong aneka kacang 😄😄👍. Baguus juga utk oleh2 kan
BalasPadamPart shopping ni memang dinanti² kan. Hilang terus penat berjalan.
BalasPadamMeriah dengan kekacang...kak amie dah pakai baju tu kan...
BalasPadam