Kenangan Itu Seharum Bunga Kenanga & Semanis Buah Ciku!

9:24 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Arwah Ayahanda sudah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya kira-kira 23 tahun yang lalu. Namun begitu, segala kenangan sewaktu bersama arwah sudah tentu tetap terpahat dalam ingatan kami. Sewaktu hayatnya, arwah suka menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan dan bunga-bungaan. 

Salah satu bunga tanaman arwah yang masih hidup subur sehingga ke hari ini ialah bunga kenanga.

Dua hari lepas, ketika seisi keluarga minum petang bersama di bahagian hadapan rumah, kita jalan-jalan di tepi rumah dan terhidu aroma bunga kenanga tinggalan arwah Ayahanda. Bonda pesan : Kalau ada bunganya, petiklah. 

Kita petik bunga kenangan yang sudah kuning dan semerbak harum dan beberapa kuntum yang masih hijau. Dahulu, Bonda suka masukkan bunga kenangan di dalam minyak kelapa, untuk dijadikan minyak rambut yang harum

Kuntuman bunga kenanga di tapak tangan tua Bonda.


Semoga pokok bunga kenangan ini terus hidup subur, sentiasa wangi bagaikan haruman kenangan sewaktu hayat arwah Ayahanda masih ada.


Pisang Empat Puluh Hari

Kemudian kita jalan-jalan melihat pokok pisang. Terima kasih adik ipar sebab rajin tanam-tanam pokok di kawasan tanah pusaka kita.

Pisang Helang
Pisang Lemak Manis 

Pisang Awak

Pisang Empat Puluh Hari 

Betik

Jambu Batu

Limau Kasturi


Ini pokok limau kasturi yang Encik Suami tanam bulan Mei lepas. Sudah berbuah tapi hanya dua biji. 


Pokok Tebu


Pokok ubi. Tak tahu namanya tapi katanya boleh dibuat sayur.


Nampak subur betul pucuk ubi kayu ini! Kelmarin sudah dimasak lemak dengan tempe dan ikan masin.


Pokok mangga sudah mula berbunga.


Buah kelapa ini selama kita tiga hari di rumah Bonda, memang hari-hari adik ipar tolong petik sebab kami nak minum airnya.



Inilah pokok ciku nan sepohon yang rimbun dan lebat berbuah, juga tanaman tinggalan arwah Ayahanda. Sebenarnya ada berpuluh pokok tapi hanya tingga sebatang ini sahaja yang ada hingga sekarang.


Satu dahan ciku di bahagian tengah sudah patah. Kata Bonda sebab terlalu banyak buahnya dan tak dapat dahannya tak dapat tampung.




Tak dapatlah kita hendak masuk ke bahagian 'dalam' pokok ciku sebab sangat rimbun dana penuh buah. Ambil gambar dari 'luar' saja.


Sekian.
Kenangan Itu Seharum Bunga Kenanga dan Semanis Buah Ciku!


16 comments

  1. Kenangan Indah Kan..menitis airmata bila diingat ...rindu plak pada arwah Mak Pah...Genap 8 Bulan arwah pergi tinggalkan kami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al Fatihah untuk arwah Mak Pah. Moga lapang kuburnya, ditempatkan bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

      Padam
  2. Kita senasib, arwah ayah Sy pun meninggal kira² 23 thn yg lalu. Tapi kenangan bersama arwah tetap segar di jiwa 🥹
    Rimbun dan lebat betul pokok ciku tu berbuah, moga berterusan pahalanya kpd arwah ayahanda Insha Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun sudah lama berlalu, tiap kali balik kampung seakan-akan ada arwah menyambut kepulangan kami.
      Semoga arwah ayah kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

      Padam
  3. Moga rohnya ayah2 kita dicucuri Rahmat dan ditemparkan bersama mereka yang beriman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Semoga kita semua akan bertemu di syurga Allah.

      Padam
  4. Aik? Kebetulan! Uncle pun makan ciku hari ni

    BalasPadam
  5. Begitulah bila berbudi kepada tanah, banyak kenangan yg ditinggalkan untuk orang yang masih ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan SK.
      Sudah berpuluh tahun namun kenangan tetap harum.

      Padam
  6. Pokok bunga kenangan, melati, tanjung pasti sentiasa jadi ingatan. Menarik juga kalau ditanam sekarang. Boleh mengimbas kenangan lalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah lagi bunga melor, bunga cempaka. Harumnya di kala senja.

      Padam
  7. Memetik bunga kenanga yang penuh kenangan...pasti mengusik jiwa

    Bunga kenanga tu di tempat saya dipanggil " Bunga Pisang"
    taktau apa kaitannya bunga itu dipanggil bunga pisang...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo mungkin warnanya kuning macam pisang kot.

      Padam
  8. Ntah kapan terakhir saya memegang bunga kenanga. Memang haruuum sangat. Jarang nampak bunga ini di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga begini sudah jarang ditemui. Barangkali banyak yang pupus.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe