Tersangkut Selera dengan Aloo ki Bhujia & Channa Masala
11:57 PGBismillahirrahmanirrahim.
Antara satu sebab kalau kita hendak ke Pakistan sekali lagi sudah tentulah kerana makanannya yang sedap-sedap! Apa tidaknya, merasa Channa Masala atau Kari Kacang Kuda terus tersangkut selera. Kacangnya lembut dan rasanya cukup sempurna. Channa Masala ini merupakan masakan kari India Utara dan Pakistan.
Begitu juga dengan Aloo Bhujia @ Aloo ki Bhujia atau Potato Curry. Kalau tidak ingat perut dan perjalanan jauh memang hendak meratah banyak-banyak.
Nampaknya dari Lahore ke Naran, ke Hunza dan ke Skardu kami sentiasa dihidangkan dengan dua menu yang enak ini iaitu Aloo Bhujia dan Channa Masala. Masakannya memang berempah tetapi tidaklah terlalu kuat sehingga menyekat selera. Kedua-duanya sangat sedap dan boleh diterima oleh kami semua.
Sarapan dengan roti paratha, omellete, aloo ki bhujia dan channa masala. |
Jom sarapan.
Entah bila lagi hendak makan aloo ki bhujia.
Aloo ki Bhujia. |
Nampak roti begini tiba-tiba rindu roti di negara kita!
Ambillah sekeping, sapu mentega dengan jem.
Tengok omelette pun rasa berselera. Ambillah juga sepotong.
Roti paratha pun memanggil-manggil minta diambil. Tal ambil banyak, separuh saja.
Inilah Channa Masala yang sentiasa menggoda!
Ambil satu senduk pun sudah cukup banyak.
Sarapan kita pagi itu, dan juga sarapan yang sama kawan-kawan yang lain.
Sesekali kita hendak juga minum teh Tapal Danedar.
Lupakan dahulu teh / chai masala sebab kita hendak minum teh yang ringan sahaja.
Lupakan dahulu teh / chai masala sebab kita hendak minum teh yang ringan sahaja.
Bismillah. |
Video kenangan sarapan di Hispar Hotel Skardu.
Tiba-tiba rasa rindu hendak makan channa masala di Kedai Makan Pakistan! Ini tak boleh jadi. Kena cari pasal ajak Encik Suami makan di situ... ahaks!
20 comments
cubalah masak resepi dua tu. Tenguk kacang dalnya pun sedap.
BalasPadamPernah masak kari kacang kuda tapi tak sesedap masakan orang Pakistan.
PadamDi LD, ada kedai makan Pakistan Kak Amie? Di Sri Gombak ada satu, in case Kak Amie datang rumah besan :) Bersebelahan Zus
BalasPadamAda sebuah kedai makan Pakistan di LD.
PadamTerakhir datang Gombak pada Mei 2024 lepas.
In syaa Allah ada rezeki ke sana lagi bolehlah singgah kedai makan Pakistan.
sedap kak, lagi la ada kacang kuda mesti empuk lamak berkrim
BalasPadamKacang kuda yang empuk memang terasa lemaknya.
PadamSedap kan Dana.
Nampak sedap. Bagus makan kekacang, lambat sikit perut rasa lapar.
BalasPadamYa, makan kekacang memang mengenyangkan.
Padamwah ini menu yang super
BalasPadamrotinya sepintas mirip roti khas india ya
Benar Pak.
PadamPakistan juga dulunya sebahagian dari India. Walaupun sudah berpisah, namun budayanya masih lagi sama terutama masakannya. Rotinya tetap sama dengan roti di India.
Nampak sedap makanan Pakistan semua ni kan, apalagi halal kalau di sana. Boleh makan sepuasnya.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMemang banyak makanan halal di Pakistan.
97% penduduknya beragama Islam. Di mana-mana sahaja boleh makan tanpa was-was.
Kalau berkacang ni suami paling suka. Kalau kena dengan selera kita ok la kan.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMungkin kita sudah terbiasa dengan makanan India / Pakistan jadi tiada masalah dengan hidangan di sana.
Oh, inilah alasannya nak makan kat restoran Pakistan tu ya.
BalasPadamBetul SK.
PadamMujur ada kedai makan Pakistan. Di kedai mamak tak jumpa ni.
Makanan Pakistan ini terlihat aneh-aneh Mbak. Tapi enak ya Mbak? Cocok dengan lidah Mbak?
BalasPadamDari beberapa makanan diatas, saya hanya tahu dan pernah merasakannya, yaitu omelette.
Salam,
Di Malaysia, kami sudah terbiasa dengan makanan India / Pakistan. Jadi tiada masalah dengan hidangan di sana. Lagi pun inilah peluang untuk mencicipi masakan di negara mereka. Alhamdulillah, boleh diterima dengan baik.
PadamKak Amie, aloo ki bhujia itu potato atau buah lain?
BalasPadamSaya kalo tak pernah kuliah di Malaysia, mungkin tak akan tahu sedapnya masakan India mamak, dan Pakistan. Masakan timur tengah di Indonesia kebanyakan dari arab. Tp itupun sedap. Makanya kalo melihat menu Pakistan begini memang lah saya suka, Krn dah terbiasa makan saat di Penang.
BalasPadamTapi di Indonesia memang jarang ada