Beli Tomato Kampung & Daun Kemangi di Pasar Tani
10:33 PGBismillahirrahmanirrahim.
Orang kata lain padang lain belalang. Lain pasar lain jualan.
Di Pasar Tani LD susah sangat hendak jumpa ulam-ulaman kampung (pelbagai jenis) seperti di pasar tani atau pasar pagi di tempat kita. Maklumlah, lain tempat lainlah sumber makanannya. Ada juga sayuran kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, batang keladi, rebung buluh, dan juga pelbagai jenis buah-buahan seperti pisang, jambu, nangka dan seumpamanya. Paling banyak dijual sudah tentulah lokan, siput dan tiram.
Pagi ini kita beli:
- Tomato Kampung
- Daun Kemangi
- Terung Pipit
- Bunga & Pucuk Betik
Tomato Kampung & Daun Kemangi |
Tomato Kampung |
Terung Pipit |
Bunga & Pucuk Betik |
Sediakan bahan-bahan untuk buat sambal kemangi. |
Jom buat Sambal Kemangi! Sambal ini sedap dengan aroma kemangi. Enak digandingkan dengan sayur bening daun bayam campur jagung atau labu dan jangan lupa hidangkan bersama ikan basung / sardin / selayang goreng!
15 comments
Macam terbau bau aroma sambal kemangi di LD...
BalasPadamTerliurnya bunga kates tu cikgu
Bunga kates tu akan dimasak bersama daunnya.
PadamBestnya Kak Amie...SA nak cari terung pipit tu la nak buat sambal berlada..
BalasPadamSetiap minggu kami cari terung pipit di pasar tani. Tak banyak, jadi kena datang awal sebelum habis.
PadamSukalah tomato kampung tu sebab teksturnya lebih padat.
BalasPadamBetul Faizah.
PadamJarang dah orang jual tomato kampung.
Ishhhh.. sekejap lagi mesti bocor periuk nasi tu. Tengoklah nanti!
BalasPadamHohoooo... memang bocor-membocor SK!
Padamfirdaus suka ke kak makan lauk pauk sebegini?
BalasPadamFirdaus tak makan terung pipit dan bunga betik tapi dia makan sambal kemangi.
PadamKalau sambal ni saya tak pernah rasa lagi Kak Amie. Tapi kalau nampak kat mana2 saya nak try rasa juga.
BalasPadamDi LD selalu jumpa sebab banyak kedai makan Bugis.
Padamseronoknya tenguk sayur-sayur kampung
BalasPadamItu sajalah sayur yang ada. Rindu hendak ke pasar malam di kampung sanun. Boleh jumpa banyak ulam.
PadamSambal kemangi memang sedaaaaap. Ya Allah saya sukaaaa sangat daun kemangi. Biasa beli, lalu petik daunnya, campur ke nasi putih. Sedaap, aromanya buat selera makan bertambah 😄. Kalo kata mama, banyak2 makan daun kemangi biar badannya harum 🤣. Ntah benar atau tak 😅
BalasPadam