Jalan-Jalan Melihat Gerai Daging Kambing di Clifton Bridge, Nagolispung Skardu.
4:37 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun sekadar jalan-jalan sahaja, namun kita bawa pulang kenangan gambar-gambar yang jarang kita lihat di negara lain. Sudah tentulah gambar gerai kambing pun turut menarik perhatian. Sebelum ini hanya dapat melihat gerai kambing hanya dari dalam van dan tak sempat rakam. Kali ini boleh tangkap gambar sepuas hati di Clifton Bridge, Nagolispung Skardu dengan rasa tidak segan dan ragu kerana dapat kebenaran daripada pemilik gerai kambing itu sendiri!
Sebagai penternak kambing keempat terbesar di dunia, rakyat di Pakistan hari-hari boleh makan kambing. Antara masakan kambing di Pakistan termasuklah:
- Aloo Gosht
Kari popular yang dibuat dengan merebus kambing dalam sup aromatik dengan kentang. - Mutton Karahi
Hidangan beraroma dan beraroma yang merupakan karya kulinari dari benua kecil India. Karahi Gosht / Pakistani Mutton / Goat Karahi ialah daging kambing yang dibalut dengan kari berasaskan tomato disertai perasa dan rempah-rempah. - Mutton Pulao
Hidangan yang menggabungkan daging kambing ke dalam pilaf beras, biasanya dibuat dengan beras basmathi. - Nihari
Masakan kambing (ayam dan lembu) cara rebus perlahan atau rendidih (stew) dan dipekatkan dengan atta, tepung gandum durum gaya Pakistan dan India.
Di beberapa bahagian Asia, termasuk Pakistan, India, dan Sri Lanka, kambing boleh dirujuk sebagai mutton.
Pada mulanya ambil gambar dari jarak jauh.
Berderet-deret pula gerai kambing di sini.
Video di gerai kambing.
Ketika kami lalu di sini, seorang rakyat Pakistan berkulit putih kemerahan dan berjambang putih menegur kami. Jadi kami pun berkomunikasi dalam bahasa ayam dan itik. Namun begitu, yang penting kedua-dua belah pihak faham maksud yang hendak disampaikan. Pada mulanya Amie minta izin untuk ambil gambar gerai kambing dengan gunakan bahasa isyarat. Peniaga kambing di situ keluarkan kalkulator, barangkali menyangka kita hendak beli kambing! Apabila Amie tunjukkan HP dan membuat isyarat hendak tangkap gambar, mereka tertawa dan membenarkan Amie merakam gambar gerai kambing mereka.
Mendengar kami datang dari Malaysia, mereka sangat teruja dan nampak jelas masing-masing menunjukkan riak wajak gembira dengan kedatangan kami. Mereka meminta Amie ambil gambar mereka pula.
Pada mulanya kami tidak faham apa maksud yang ingin disampaikan oleh lelaki yang tunjuk ke arah lelaki kulit merah putih berjambang putih itu. Selepas menunjuk ke arah lelaki tadi, jarinya dibawa ke lehernya sendiri dan membuat isyarat memenggal leher sambil bercakap dalam bahasa Urdu. Kami tunjukkan wajah tidak faham. Kemudian lelaki tadi menunjukkan pula ke gerai kambing. Diulang sekali lagi perbuatannya tadi. Sekarang fahamlah kami, rupanya dia hendak perkenalkan penyembelih kambing yang dijual di gerai kepada kami!
Datang lagi seorang penjual kambing untuk bergambar sama.
Peniaga kambing tadi meminta Amie ambil gambar bersama rakannya di gerai kambing.
Rasa senang hati dapat rakam gambar dengan bebas di sini!
Terima kasih orang-orang Pakistan yang baik!
Walaupun setakat gambar gerai kambing, namun gambar-gambar ini cukup bermakna untuk Amie.
10 comments
Siap posing lagi kat gerai kambing dia. Sporting tu.
BalasPadamkomunikasi mesra saling memahami walau berbahasa isyarat terbaik tu
BalasPadamSeronok dapat tengok negara orang..
BalasPadambestnya dapat ke tempat orang
BalasPadamSporting je diorang berfoto2 kan?
BalasPadamNampak warak Pakcik tukang sembelih tu kan...
BalasPadamSeronoknya kalau di tempat kita ada jual kambing sebegini. Bolehlah makan daging kambing segar selalu
ingat ada gambar masakan dari kambing tu heheheh
BalasPadamcam tu je dia gantung daging... sempoiiii je
BalasPadamSporting betul mereka.. siap offer untuk diambil gambar.
BalasPadamAaaa.. mula2 jauh, makin lama makin dekat dia ya, hihi.
BalasPadam