Gang Sarapan Nasi Sejuk!

9:29 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu ini kami menggelar diri kami sebagai Gang Sarapan Nasi Sejuk! Rupanya banyak kelebihan makan nasi sejuk berbanding nasi panas. Kalau hendak tahu, rajin-rajinlah rujuk Pak Google.

Di ladang getah kami, ada lebih 2,000 anak torehan dan lebih 100 penoreh. Kami di antara penoreh yang perlu masuk ladang pada pukul 6:45 pagi. Bukan 6:45 pagi baru berjalan masuk ladang tetapi sudah berada di ladang untuk kerja-kerja torehan. Waktu rehat kami pada pukul 9:15 hingga 9:45 pagi. Dalam jangka waktu tersebut sudah tentulah perlu tenaga untuk bekerja. Tidak boleh harapkan kantin sebab sebelum 6:45 memang belum siap sepenuhnya sarapan yang hendak dijamah. Jadi, kami ini yang datang awal memang kenalah bawa sarapan sendiri. Ada juga makanan yang sudah dimasak tetapi setiap hari kalau disajikan dengan mi dan bihun goreng yang sama, jemulah pula! Bab minum panas, memang kami pesan di kantin.

Sebelum cuti Deepavali pada 30 Oktober 2024, ada dua hari kami sarapan bersama iaitu hari Isnin dan hari Selasa.

Jom tengok apa yang kami bawa pada hari tersebut.



Hari Isnin kita bawa kek lapis Sarawak.


Nano pun bawa kek lapis Sarawak juga.

Belimbing & Jambu Air Madu

Kita sempat hiris belimbing dan jambu air madu serta limau madu yang terlebih masak.

Limau Madu

Sambal Terung Pipit & Petai


Julik bawa nasi & ikan basung.


Dibawanya juga kuih sawallah, kuih kasturi dan pisang goreng.



Dan juga limau dari pokok sendiri Manis bersari!


Hari Selasa kita bawa tembikai kuning dan tembikai merah.


Bawa baki lauk petang kelmarinnya, kari daging.



Dan sengaja masak lebih, bunga dan pucuk betik tumis.


Bawa lagi sambal terung pipit dengan petai.


Nano bawa tembikai merah.


Julik bawa jambu air.

Bihun Goreng

Setelah cuti lima hari, tidak sabar mahu sarapan bersama pada hari Isnin. Encik Suami belikan bihun goreng.


Kita bawa honeydew.


Dan belimbing.


Bawa juga kacang cerdik Iran untuk kudapan.


Dan juga kacang masin yang dibeli di pesawat FireFly.


Nano bawa tiffin!
Ada apa di dalamnya?


Nano bawa nasi sejuk, ikan tenggiri goreng dengan sambal udang & petai!


Hari Selasa kita bawa buah epal strawberi.


Bawa nasi sejuk dengan telur masin.


Kita bawa juga lauk asam pedas ikan pari.


Julik bawa lemang dengan sambal.

Lemang.


Pagi ini ada pencuci mulut : Taro Pandan Cake.

Taro Pandan Cake

Taro Pandan Cake ini kita beli di Beanery Cafe tapi tak dimakan sebab sudah kenyang makan makanan lain. Kami bawa pulang tapi Firdaus tak mahu makan. Bawalah ke ladang. Eh, sedap sangat! Lagilah dalam kek itu ada kepingan keladi! Habis licin kami kerjakan.


Nano bawa sayur cendawan dengan lobak merah.


Hari Rabu kita bawa honeydew. Kali ini kita datang lewat ke kantin kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. Kawan-kawan ada yang sudah selesai makan. Terima kasih Julik, tinggalkan kita lemang dengan ikan lumahan.



Bekal nasi sejuk sama daun salad.


Bawa lauk asam pedas ikan telinga gajah.


Bawa jagung rebus.


Hari Khamis kita bawa kek batik. Petang kelmarinnya kami dijemput makan oleh anak buah di kampung. Bawa pulang kek batik, dan paginya bawa sedikit ke ladang.


Ada baki lauk makan malam, sayur lobak merah dengan brokoli campur hati dan pedal ayam. Kita panaskan semula dan tambahkan sayur sawi.


Encik Suami belikan nasi lemak lauk sambal paru dan telur mata.


Julik bawa Pisang Belanda @ Sanggar Telemmek.


Julik bawa juga pulut manis.


Yus bawa jemput-jemput labu manis.
Di sebelahnya itu ikan cencaru sumbat. Julik yang bawa.


Mas bawa nasi sejuk, ikan goreng dan dua biji telur masin.


Nano bawa sayur cendawan dengan lobak merah lagi.


Hari ini ada dua orang bawa ikan cencaru. Yang ini ikan cencarau sumbat sambal, Nano bawa.


Hari Jumaat, kita bawa honeydew & epal strawberi.


Sitti bawa nasi putih, bukan nasi sejuk.


Kita bawa sambal belacan kuinin. Julik yang bagi kita sebiji buah kuinin kelmarinnya. Orang LD panggil mangga wani. Pokoknya tidak ada di LD tapi banyak dijual di pasar. Datangnya mangga wani ini dari Filipina.


Kita bawa nasi sejuk. Bubuh telur masin dan telur seribu tahun. Tambah timun dan daun salad.


Lauk yang kita bawa, singgang ikan bolu tambah belimbing buluh.


Julik bawa nasi sejuk, dengan ikan tulai goreng.


Nano bawa jagung rebus.


Sitti minta pekerja kantin dadarkan telur.


Sewaktu kita selesai kerja menoreh, seorang pekerja pembersihan memberikan kita sebiji betik yang hampir masak di pokok. Terima kasih banyak-banyak! Selalu kongsi hasil tanaman dengan kita. Kadang-kadang diberinya kita ubi kayu! Katanya kalau hendak pucuk turi, terung atau cili padi, ambil sajalah!

Kadang-kadang timbul rasa sayu apabila mengenangkan tahun demi tahun mendatang satu persatu di antara kami akan meninggalkan ladang. Ramai yang memohon bersara awal berbanding bersara wajib. Kenangan sarapan bersama sudah tentu tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

25 comments

  1. Balasan
    1. Boleh. Nanti pinjam mambang SK suruh hantar ye.

      Padam
  2. Ada juga yang gelarkan ebagai nasi kebal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting nasi sejuk bukan nasi basi hihihii.

      Padam
  3. sedap semua bekalan dibawa menyelerakan

    BalasPadam
  4. Skrg ni byk pulak diwar²kan kelebihan makan nasi sejuk. Dulu² kata tak elok nt selalu sengal badan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... arwah Ayahanda saya pula marah betul kalau dihidang nasi goreng baki nasi semalam. Katanya buat sakit badan, masuk angin.

      Padam
  5. Patut la orang dulu-dulu sihat kan,sarapan & bekal memang nasi sejuk..grounding kat kebun & sawah...
    Benarlah mereka lebih dulu makan garam

    BalasPadam
  6. Banyak betul makanan. Nasi sejuk ok, lauknya panas. Makan panas-panas pun tak syok sangat sebab tak rasa nikmat kunyahan.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Ya, antara 20-25 minit kami sarapan, lepas tu bergegas masuk ladang.

      Padam
  8. sedapppnya kek lapis sarawak. da lama xmkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pandai berhenti makan kek lapis ni kalau jumpa hihihii.

      Padam
  9. Lama tak makan nasi sejuk pagi²,asyik habis je nasinya pun tak sempat nak bawa ke pagi hihi ...
    Pakat bawa sorang sikit, jadi meriah & cukup utk semua 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah PH. Lama-lama rasa seronok pula bawa bekal apa sahaja ke ladang. Makan kongsi sama-sama.

      Padam
  10. yang penting kek lapis sarawak tu...ada je..sedap betul nampaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek lapis Sarawak yang manis-manis manja sedap Linda.

      Padam
  11. Menu menu yang dibawa pun menyelerakan kak Amie. Saya pun baru tahu nasi sejuk tu lagi better dari nasi panas. Sekarang dah jarang makan nasi panas. Masak nasi awal biar sejuk sebelum makan. hihi...Sana banyak jualan buah belimbing besi ye. Sini macam susah nak jumpa. Ke saya yang tak perasan. Macam menarik je lauk tumis bunga dan pucuk betik tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini memang ada belimbing besi di pasar tani.
      Sekarang masing-masing bawa bekal nasi sejuk. Yang penting bukan nasi basi hihihii.
      Tumis bunga petik dan pucuknya itu kawan-kawan pun suka makan.

      Padam
  12. SA selalu bawak nasi sejuk tapi dipanaskan semula..heheheeh..semua lauk nampak sedap kak..

    BalasPadam
  13. Mangga kuini ini jarang memang. Di Medan dan Aceh banyak, tp jakarta saya blm pernah lihat. Sukaaa sangat , dan biasanya oleh orang Aceh dibuat utk rujak Aceh.

    Rujak Aceh tanpa mangga kuini, bukan rujak Aceh namanya 😄😅. Penasaran juga kalo dibuat sambal. Tapi hrsnya memang sedap. Krn beberapa mangga di sinipun ada dibuat sambal.

    Bersyukur sangat kalo dapat rekan kerja yg kompak begini. Saling bawa lauk makanan.

    Bisa sharing.

    Kak Amie msh lama pensiunnya?

    Saya pun suka nasi sejuk kak Amie. Kandungan gula nya sudah turun dibanding nasi yg msh panas. Makanya kalo ada nasi sejuk, pasti saya lebih pilih itu

    BalasPadam
  14. tak pernah lagi ammi rasa bunga dan pucuk betik tumis tu. terung pipit sambal tu perghhhh sedap sangat ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe