Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak Putih
1:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa datang berkunjung dan memeriahkan dapur maya Amie. Tanpa kehadiran kalian, siapalah Amie's Little Kitchen kan?
Hari ini Amie luangkan masa masuk dapur, memasak untuk hidangan tengah hari. Keluarkan apa yang ada dalam peti sejuk untuk diolah. Jumpa baki umbut kelapa sawit, ikan tilapia, dan udang galah.Umbut kelapa sawit itu Amie masak lemak putih, bubuh isi ikan kembung pelaling. Ikan tilapia pula Amie goreng garam kunyit manakala udang galah Amie ambil tujuh ekor, dan goreng berempah.
Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak Putih |
Hidangan Tengah Hari |
Dalam dulang hidangan ada:
- Nasi Putih
- Ikan Tilapia Goreng
- Udang Galah Goreng Berempah
- Sayur Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak Putih
- Sambal Belacan
- Limau Madu
Limau Madu |
Umbuk Kelapa Sawit Masak Lemak Putih |
Ikan Tilapia Goreng |
Udang Goreng Berempah |
Sambal Belacan |
Nasi Putih |
Kali ini Amie masak umbut campur dengan isi ikan pelaling tumbuk. Biasanya tambahkan ikan bilis atau udang kering. Mana-mana pun sedap. Oleh kerana ada Firdaus di rumah, jadi minta bantuannya pisahkan isi ikan dengan kepala dan tulang. Suka sangatlah budak itu menolong di dapur! Amie tambahkan lada hitam tumbuk, jadi naiklah aroma masakan lemak!
Umbut Kelapa Sawit Masak Lemak Putih
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 700 gram umbut kelapa sawit - hiris / potong ikut saiz yang dikehendaki
- 1 cawan isi ikan kembung pelaling - rebus - buang tulang - tumbuk
- 1 cawan suhun yang sudah direndam
- 1 batang cili merah - hiris
- 1 batang serai - diketuk
- 3 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 sudu kecil lada hitam
Cara memasak:
- Rebus umbut kelapa sawit hingga empuk - toskan.
- Masukkan umbut kelapa sawit ke dalam periuk. Tuangkan santan cair.
- Kemudian masukkan bahan tumbuk, serai, cili merah dan isi ikan kembung pelaling tumbuk.
- Kacau sekali-sekala sehingga kuah mendidih.
- Kemudian masukkan santan pekat, suhun, garam / gula / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali, dan apabila kuah mula mendidih sekali lagi, padamkan api dapur.
Bismillah |
Waktu zuhur di Lahad Datu pada pukul 11:56 pagi (tengah hari). Sebelum masuk waktu, kami sudah selesai makan tengah hari. Alhamdulillah.
7 comments
Sedapnya menu lunch amie. Umbut tu paling rare susah nak jumpa. Kalau ada kenduri kampung ada la menu macam tu.
BalasPadamYa, memang susah nak dapat umbut kelapa. Dapat umbut kelapa sawit pun jadilah.
PadamKalau sy dapat lauk macam ni, memang lupa dah apa itu suku suku separuh, Kak Amie!
BalasPadamHeheheee... lupakan dulu DSSS tu SK. Mari kita kasi bocor periuk.
PadamPenasaran pula umbut kelapa sawit seperti apa bentuknya 😅. Nanti nak searching
BalasPadamBelum pernah masak lemak letak isi ikan, lepas ni nak try lah.
BalasPadamBiasa tumbukkan ikan bilis atau udang kering je.
Maskaan macam ni la buat menambah nasi ni...
BalasPadam