Nenda Hamzah Disangka Murid Sekolah

6:48 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini semua warga SMSD turun ke ladang. Ada Majlis Apresiasi Kokurikulum. Semua kena pakai baju mengikut unit beruniform yang disertai. Kita tidak terkecuali.

Dua minggu lepas sibuk mencari pakaian seragam pengakap laut. Dua hari kita selongkar semua almari dan semua lipatan kain. Mana tahu ada terselit. Setelah puas mencari dan tidak jumpa, kita tanya Encik Suami : Ada tak ternampak pakaian seragam pengakap laut kita?

Apa jawab Encik Suami?
Bukankah sudah diberi kepada anak murid?

Astaghfirullahalazim!
Inilah kalau sudah tidak sabar hendak bersara, terlupa diri sudah lanjut usia dan 'kelupaan' sudah menebal dalam diri! Sewaktu PKP kita berusaha turunkan berat badan. Jadinya pakaian seragam pengakap sangat longgar untuk dipakai. Ada seorang murid tidak memiliki pakaian tersebut, jadi Amie berikan kepadanya. 

Adapun sejak PKP kita berjaya turunkan berat badan sebanyak 14 kilogram.

Cerita tentang pakaian seragam unit beruniform pengakap laut ini kita beli yang baharu dengan saiz yang berbeza berbanding dahulu. Alhamdulillah sampai ke tangan sebelum tiba Hari Apresiasi Kokurikulum. Oleh kerana sudah agak lama tidak memakai pakaian ini, jadi sampai di sekolah ramai rakan yang tidak perasan. Apabila kita tegur, terkejut pula melihat kita. Mereka sangka kita murid sekolah. Maklumlah kita pakai topi, dan kalau nampak dari belakang memang tidak kenal. Di kantin, sewaktu kita duduk sarapan kita tegur seseorang tapi dia hanya menjawab salam dan melihat kita sekali imbas. Kemudian apabila berjumpa di pusat sumber, barulah dia minta maaf: Di kantin tadi aku sangka kenapa budak sekolah ini duduk di meja guru. Rupanya engko!

Dan tidak kurang juga yang kata : Comelnya!

Aduhai... memang rasa kembang setempayan jugalah sepanjang pagi ini. Maklumlah sudah nenek-nenek disangka budak sekolah!


Selesai Majlis Apresiasi Kokurikulum, Nenda Hamzah abadikan kenangan di sini.

15 comments

  1. Turun 14 kilo masa PKP.. banyak tu turun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bermula dari waktu PKP, sampai sekarang turun 14 kg. Turun perlahan-lahan.

      Padam
  2. Ada erk pengakap laut.
    Wak dulu2 sekolah masuk pengakap darat.

    BalasPadam
  3. Hihihi.. amboi, memang kembanglah Kak Amie. Tapi betul, omey angat Kak Amie!

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Mungkin badan kecil dan rendang macam saiz anak-anak murid.

      Padam
  5. Memang nampak remaja..
    Oh,ada pengakap laut rupanya Apa perbezaan pengakap laut ni cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengakap biasa lebih kepada memberi ilmu tentang survival di hutan.
      Pengakap Laut ditambah dengan ilmu yang melibatkan kelautan atau aktiviti air. Kalau di sekolah menengah rendah mereka ialah Pengakap Muda Laut. Peringkat menengah atas pula Pengakap Remaja Laut.

      Padam
  6. Huiii kagum...14kg hilang masa PKP...SA makin naik adalah..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari semenjak PKP mula turunkan berat badan perlahan-lahan. Alhamdulillah turun 14 kilogram. Harap akan terus turun untuk capai berat ideal.

      Padam
  7. Hahahahah untung kak Amie foto dengan uniformnya . Ada bayangan bagi saya jadinya. Baguuus kak, pakai topi pula. Memang lah JD macam anak sekolah kalo sepintas pandang 😄

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe