Makan Malam di Hispar Hotel Skardu Pukul 23:58.

8:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Patutlah tour guide kami, Encik Mudassir ambil keputusan tidak akan singgah Gilgit dan meneruskan perjalanan ke Skardu. Rupanya jauh juga untuk sampai ke sana. Apa boleh buatlah, sebab hendak baiki van jadi terpaksa juga singgah di Gilgit! 

Dalam van memanglah hanya tidur saja dan sudah tentu rasa kurang selesa apabila terpaksa buka mata setelah van sampai ke tempat penginapan. Memandangkan sudah lewat malam, jadi kami dijemput makan malam dahulu dan kemudian barulah masuk ke bilik hotel. 

Ketika kamu duduk di meja makan, jam sudah menunjukkan pukul 23.58 malam! Hanya dua minit sahaja lagi ke pukul 12 tengah malam waktu tempatan. Waktu di negara kita sudah menghampiri pukul 3 pagi! Dan nampaknya memang kami benar-benar menghadap 'sahur'!

Makan malam di Hispar Hotel.


Makan malam kami disajikan panas secara hidang atas meja.


Sekali lagi kawan-kawan kata makan malam dengan nasi goreng!
Isshhh... tak kanlah setiap kali makan, asyik dihidangkan nasi goreng saja. Rasanya bukan nasi goreng sebab tidak ada rasa 'digoreng'. Nampak seperti nasi goreng kerana ada aksesorinya seperti lobak merah.
Nantilah kita study tentang jenis-jenis nasi Pakistan. Harap-harap dapatlah datang lagi ke Paskistan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa seperti kami sekarang. Tarikan utamanya sudah tentulah makanan di Pakistan sedap-sedap belaka!


Sedap sup ini. Hirup panas-panas, menambah lagi dalam mangkuk. Mata yang susah hendak celik, terbukalah sikit-sikit. Tapi tak ingat sup apa!


Ayam! Ayam tanpa kulit: Paskistani Roast Chicken Style.


Salad


Pakistani Mixed Pickle

Pakistani Pakoras

Roti Paratha sudah siap disapu sos / inti.

Angel Hair


Selamat bersahur!



Kita hanya jamah sedikit sahaja makanan untuk alas perut.
Sudah tentu suka sangat apabila diberi pilihan untuk hirup secawan teh panas.
Kita tolak chai / teh masala.


Terima kasihlah kepada yang tolong rakam gambar orang mengantuk! Mata sudah bengkak sebab asyik pejam celik dalam van. Tudung pun sudah herot-herot!

Tak sabar hendak masuk bilik!


15 comments

  1. Kesiannya Kak Amie. Nampak sangat mata tu tak boleh buka dah, hihi. Tapi makanannya sedap² tu, Kak Amie, nanti menyesal sy tak tahuuuuuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah pengalaman travel yang sangat hebat! Setiap malam lewat sampai tempat penginapan dan kena sahur pula!

      Padam
  2. Makanannya nampak sedap belaka dan berat tapi kalau dah ngantuk emmm rasanya nampak katil je. hehehehehe gitule kaedahnya kalau travel tempatnya jauh-jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sampai lebih awal mungkin berselera makan banyak.
      Ini sudahlah lewat sampai, badan letih dan mata mengantuk pula.
      Sabar sajalah hihihiii.

      Padam
  3. Boleh dibayangkan.. sedang enak dibuai mimpi, tiba-tiba sampai ke destinasi.
    Berat je mata tu nak buka. Kalau boleh nak terus landing atas katil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seharian dalam perjalanan, jauh pula tu.
      Memang sangat meletihkan. Betul, kalau boleh tak mahu makan, hendak terus tidur saja tapi paksa diri juga bersihkan badan sebab sudah singgah tasik dan jalan-jalan di Gilgit.

      Padam
  4. tgok mknn sedapp2 tapiiii mata akk dah ngntok benoo tuu.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah.... kalau boleh hendak layan mata saja berbanding layan perut hihihii.

      Padam
  5. Makanan semua nya nampak sedap tapi dah penat ya. Memang kena makan sikit untuk alas perut walaupun mengantuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kena jamah sikit sebab hotel sudah sediakan. Sudah rezeki datangnya lewat malam hehehee.

      Padam
  6. Kalo tak nak makan bisa tak 🤣🤣? Ya Allah betul2 macam sahur yaa. Mata pun mungkin dah payah terbuka 😅

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe