Dinner at Ramenya IMAGO

7:33 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Lewat pukul tujuh malam, 02 November 2024 bersamaan hari Sabtu kita keluar dari pintu ketibaan Kota Kinabalu International Airport bersama bagasi. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, Fairuz terus beritahu akan bawa makan di IMAGO.

Sewaktu kita tiba di Kota Kinabalu pada petang Selasa, Abang Aznan sudah meninggalkan rumah untuk pulang ke Lahad Datu kerana ada majlis aqiqah anak buah di kampung. Jadi kita tidak sempat bertemu dengannya walaupun pada malam itu kita menginap di rumahnya. Ketika kita pulang semula ke Kota Kinabalu pada petang Sabtu, Abang Aznan bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu.

Boss kecil belanja kita makan malam.

Kami makan malam bertiga: Amie, Fairuz dan rakannya. Kita sudah makan nasi lemak di Bungkus Kaw Kaw, dan masih rasa kenyang. Dalam penerbangan Subang - Kota Kinabalu dapat lagi sebungkus Nasi Lemak Pandan with Rendang tapi kita tak makan. Jadinya tak mahulah memesan makanan berat. Macam hendak makan jenis yang berkuah saja.

Fairuz : Malacurry Lamb Rice

Rakan Fairuz : Kimchi Beef Rice

Ice Lemon Tea

Hot Sencha

Amie : Army Stew


Army Stew ini boleh makan untuk dua hingga tiga orang dengan harga RM58.00. Oleh kerana kimchinya agak banyak, jadi kami keluarkannya ketika hendak mendidihkan masakan di atas dapur.


Tunggu hingga mendidih, dan kami makan bersama. Kuahnya cukup rasa, tidak terlalu masam dan masin disebabkan kimchi. Isi Army Stew pun banyak. Di bahagian bawah sayuran ada kepingan fish cake, fish ball dan tauhu.


Makanan sampingan lain yang kami pesan termasuklah tiga jenis takoyaki. Ada tiga biji takoyaki dalam setiap mangkuk. Kalau ada wasabe memang mantaplah menyantap takoyaki!


Takoyaki:
  • Ori Takoyaki
  • Cheese Takoyaki
  • Mentai Takoyaki


Takoyaki tenggelam ditaburi katsuobushi @ kezuri-bushi @ serbuk ikan bonito.

Gyoza

Oyster

Oyster @ tiram ini digoreng salut tepung. Rasanya rangup tetapi lebih banyak rasa tepung berbanding isi tiram. Patutlah orang suka makan tiram fresh atau yang dikukus sebab kalau digoreng hilang rasanya. Tiram goreng ini dimakan bersama mayonis, dan hilang terus rasanya! Kalau makan begitu sahaja adalah sedikit rasa tiramnya. Didatangkan bersama hirisan kobis disiram sos rasa Kewpie Roasted Sesame Dressing dengan harga RM25.00.

Terima kasih Fairuz belanja Mommy makan.
Moga tambah rezeki dan sihat selalu.

Service charge dan servis tax : RM20.40.

Dalam perjalanan pulang ke rumah Abang Aznan di  Casblanca Residence, tiba-tiba Fairuz dapat panggilan telefon. Abang Aznan sudah sampai ke Kota Kinabalu nak ajak kami makan sate di Tanjung Lipat. Aduhai... terima kasih Abang Aznan! Perut sudah terlalu kenyang, tidak tahu di ruang mana lagi hendak diisi.

Tak sempat tunggu Abang Aznan sampai rumah, kita sudah tertidur!

10 comments

  1. Sejuk tekak dapat minum ILT tu. Makanan pun nampak semua sedap sangat tu.

    BalasPadam
  2. Betuuul kak Amie. Tiram itu memang LBH bagus fresh. Kalo dah digoreng tak ada rasa 😂. Saya coba saat di Melaka, di buat omelette. Tak berasa tiram samasekali 🤭.

    Stew nya nampak fresh dan sedap 😍😍. Kalo dah kenyang sangat, memang LBH cocok yg berkuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali hendak makan tiram kukus saja, bubuh sos dan perah asam limau. Belum pernah cuba tiram mentah.
      Ya, saya suka kuah stew, menyegarkan!

      Padam
  3. Fairuz, sungguh pemurah hatinya. Fairuz nak mak angkat tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, nanti Fairuz ajak mak angkatnya naik lori 🐟🐟🐟

      Padam
  4. banyak juga portion tu
    makan berempat pun agaknya masih ada baki
    murah rezeki fairuz sesekali belanja bonda makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang besar portionnya. Habis jugalah kami makan hahaaa... tapi stew army tu tak habis.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe