Pages

Sabtu, 16 November 2024

Rupanya Orang Pakistan Tak Makan Kulit Ayam!

Bismillahirrahmanirrahim.
Sepatutnya kami singgah di Gilgit, tetapi memandangkan masa sudah menjelang senja jadi destinasi tersebut dibatallkan. Kami reda sajalah. Nak buat macamana. Baiklah tidur saja dalam van.

Perjalanan diteruskan melalui jalan sempit dan memang nampak agak mengerikan kerana van bergerak di atas jalan raya penuh selekoh dan jurang, di atasnya pula 'berbumbung' batu gunung! Kami berdoa semoga tidak akan berlaku sebarang musibah ke atas kami. Maknanya batu gunung benar-benar menjadi 'bumbung' sementara van bergerak di bawahnya! Dan terjadilah satu peristiwa yang sangat mengecutkan perut apabila kami melihat di tepi jurang berderet-deret kenderaan berada di situ. Kenapa agaknya? Rupanya mereka sedang mengelak dari terkena batu- batu sebesar penumbuk yang sedang berjatuhan dari 'bumbung' tadi. Ada yang sedang mengangkat batu yang terjatuh dari gunung. Mumtaz Khan memperlahan van. Tidak dapat dibayangkan betapa ngerinya saat itu sekiranya ada batu jatuh di atas van kami. Kalau boleh hendak pejamkan mata sahaja.

Tiba-tiba Mumtaz Khan menekan minyak dan van terus meluncur laju. Kami terdengar pemandu kenderaan yang berhenti di tepi jalan berteriak melihat van kami terus bergerak ke hadapan. Satu.... dua saat kemudian batu sebesar penumbuk jatuh tepat di hadapan van kami. Apalagi! kami pun berteriak sekuat-kuatnya!

Ya Allah!
Itu baru batu sebesar penumbuk! Belum lagi bongkahan batu yang lebih besar jatuh bergolek. Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung bagi kami.

Hendak dijadikan cerita, van kami mengalami masalah. Ditakdirkan pula hanya di Gilgit sahajalah tempat yang mesti dituju untuk membaiki kerosakan van. Maka kami pun menuju ke Gilgit!

Sementara van masuk bengkel, kami minta izin jalan-jalan di sekitar bandar Gilgit yang sudah mula diserkup senja. Salah satu perkara yang sangat menarik perhatian Amie ialah tentang ayam tidak berkulit! 


Ayam yang dijual sudah dibuang kulit.


Walaupun hari sudah menjelang senja namun semua gerai jualan termasuk buahan-buahan, kambing dan ayam nampak meriah. Amie dapati kesemua gerai ayam menjual ayam yang tidak berkulit dan kelihatan masih segar. Ayam-ayam tersebut digantung di luar gerai dan masih terdapat titisan darah ayam jatuh ke tanah.


Amie sempat tanya Encik Mudassir tentang ayam tersebut. Menurut Encik Mudassir, di Pakistan tidak ada jualan ayam yang berkulit. Semuanya sudah siap dibuang kulit. Bermakna orang Pakistan tidak makan kulit ayam. Sekarang barulah kita faham mengapa ayam goreng yang dihidangkan di tempat maan rasanya agak keras. Ini disebabkan tiada lemak dari kulit ayam yang melindungi isinya!


Sewaktu kita minta izin untuk ambil gambar ayam tanpa kulit yang bergantungan di luar gerai, pemilik gerai ayam mengeluarkan kalkulator. Disangkanya Amie hendak beli ayam. Apabila Amie terangkan untuk ambil gambar ayam menggunakan bahasa isyarat, pemilik gerai tersebut tersenyum dan mempersilakan Amie tangkap gambar.


Penduduk Pakistam makan nasi daripada beras basmathi yang ditanam secara manual. Sumber airnya dari cairan salji yang mengalir dari pergunungan. Tiada penggunaan baja kimia. Kambing dan lembunya pula mendapat makanan di padang ragut di lereng gunung. Sekarang, mendapat info penduduk Pakistan buang kulit atau tidak makan kulit ayam!

Menyihatkan bukan?
Sudahlah di sana sini semuanya memakai pakaian tradisi, kameez salwar kurta!
Makanannya pun tersendiri, ayam tanpa kulit.
Wah, mereka ada identiti. Mereka ada jati diri.


Sedikit tentang Gilgit:
Gilgit ialah sebuah bandar di Gilgit–Baltistan yang ditadbir oleh Pakistan di wilayah Kashmir yang dipertikaikan. Ia adalah ibu kota wilayah Gilgit-Baltistan. Bandar ini terletak di lembah yang luas berhampiran pertemuan Sungai Gilgit dan Sungai Hunza. Gilgit merupakan destinasi pelancongan utama di Pakistan, berfungsi sebagai hab untuk ekspedisi trekking dan mendaki gunung di Banjaran Gunung Karakoram.

Gilgit pernah menjadi pusat utama bagi agama Buddha dan merupakan perhentian penting di Jalan Sutera Purba. Hari ini Gilgit berfungsi sebagai persimpangan utama di sepanjang Lebuhraya Karakoram dengan sambungan jalan ke China serta bandar-bandar Pakistan Skardu, Chitral, Peshawar dan Islamabad. Pada masa ini, Gilgit berfungsi sebagai stesen sempadan untuk kawasan puak tempatan. Aktiviti ekonomi bandar ini tertumpu terutamanya pada pertanian, dengan gandum, jagung, dan barli sebagai tanaman utama yang dihasilkan

Tempat Mumtaz Khan meletak van untuk dibaiki.





18 ulasan:

  1. Patutlah segak² depa sana; makanan bebas kimia, beras basmati pun tanam sendiri. Jom la pindah sana Kak Amie 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom PH. Jom SK. Kita duduk sekejap di sana. Agak-ahak dah segak, balik semula ke Malaya.

      Padam
  2. Togel² ayamnya, Kak Amie. Orang Pakistan datang Malaysia pun masih mengekalkan pakaian tradisi mereka. Kulit ayam tu memang dibuang terus ke atau dieksport ke Malaysia? Manalah tahu, kulit ayam celup tepung yang banyak dijual di pasar malam Malaysia tu datangnya dari Pakistan, hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...saya minggu lepas beli lat pasar malam..kulit ayak goreng tepung..Balik rumah buka dan rasa..adoii...rasa kulit kayu..keras dan takda rasa selain keras tawar semata..

      Padam
    2. Memang begitu kot cara orang Pakistan makan ayam. Barangkali selepas disembelih dikupas sekali kulit dengan bulunya sebab nampak ayam togel tu fresh betul dengan darahnya yang masih mengalir.

      Padam
    3. Baik goreng di dapur sendiri kan Mama Cella. Lagi puas hati.

      Padam
  3. Ooo....depa tak makan kulit ayam ye..Kalau kita dok sana lelama harus minta kulit ayam tu dah..sedap goreng garing ..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya cara mereka bersihkan ayam tak sama macam di tempat kita, rendam dulu dalam air panas dan masukkan dalam mesin proses buang bulu ayam. Mereka terus kupas kulit sekali dengan bulunya sama macam kupas kulit kambing kot.

      Padam
  4. Adoii... depa taktau ke betapa sedapnya kulit ayam goreng😁. Tapi tu lah.. pasti mereka ada sebab tersendiri untuk tidak memakannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Faizah.
      Lain negara, lain budayanya. Tapi memang terkejutlah juga apabila melihat ayam-ayam togel bergantungan di gerai.

      Padam
  5. kalaulah diorg tahu betapa sedapnya kulit ayam rangup krup krap 😁😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di kedai makan Pakistan di LD pun kalau kami makan nasi briyani Pakistan, nampak ayamnya tak berkulit!

      Padam
  6. Bagus juga makan ayam yang tiada kulit.....rasanya lebih sihat kerana kurang lemak

    BalasPadam
  7. sian ayam tu togel je dah le cuaca sejuk tak bagi pakai baju lah pulak. Makanan mereka berkhasiat sungguh kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... nak pinjamkan baju sejuk, kami tak pakai pulak masa tu.

      Padam
  8. Aissssh seandainya kita tinggal di sana, bisa tak minta sellernya jual kulit ayam ke kita hahahahahahah.lumayan bisa buat minyak ayam sedap untuk campuran bakmi ayam 🀀🀀.

    BalasPadam