Temankan Firdaus Makan Taro Pandan Cake
7:50 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Jumaat. Firdaus masih cuti sekolah agama. Selepas solat Jumaat bersama Encik Suami, kedua-duanya datang ke ladang ambil kita balik menoreh. Seperti biasa kita pun cari pasal ajak Encik Suami jalan-jalan cari makan.
Untuk cari tempat makan yang tak perlu tunggu lama menanti pesanan, kita kata eloklah ke Beanery Cafe saja.
Firdaus dengan Taro Pandan Cake |
Ada beberapa jenis cake di cafe ini. Firdaus teringat Taro Pandan Cake yang tak sempat dia makan sebab kita bawa ke ladang. Apabila melihat Taro Pandan Cake, dia buat keputusan untuk makan kek tersebut walaupun ada kek lain.
Taro Pandan Cake & Cendol Cheese Cake |
Firdaus memilih Taro Pandan Cake.
Kita memilih Cendol Cheese Cake.
Setiap satu berharga RM14.90 sen.
Tak sabar Firdaus hendak makan Taro Pandan Cake.
Ini Cendol Cheese Cake.
Biarlah Firdaus makan keknya dulu.
Bismillah.
Firdaus memilih Iced Matcha Latte.
Warna minuman sama dengan warna kek pilihannya.
Habis Taro Pandan Cake ini Firdaus makan dengan Encik Suami.
Selepas makan kek, Firdaus makan Ramen Oden (Chicken) pula.
Habis semangkuk Firdaus makan. Itulah makan tengah harinya.
Encik Suami pula berminat untuk makan American Big Breakfast. Walau pun tengah hari, seleranya ke arah menu sarapan pula! Encik Suami tidak mahu makan nasi.
American Big Breakfast |
Kita pula makan Parmigiana Chicken Chop.
Parmigiana Chicken Chop |
Kami minum Passion, Mango, Orange Tea (Hot).
14 comments
Mesti Daus ambik biskut kat pandan kek tu dan buat gaya hisap cerut kan?
BalasPadamHahahaa... tak perasan pula. Sekelip mata biskut hilang dari pandangan.
PadamHuntungnya daus nak makan apa sedap2 semua dapat
BalasPadamJemput Wak.
PadamCantik2 kuenya 😍😍😍. Saya yang tak suka manis pun JD tertarik nak mencoba 😄
BalasPadamYa, macam-macam jenisnya. Nampak semua sedap dan tidak terlalu manis.
PadamKek-kek comel tu bukan je kanak-kanak tertarik, yang tua ni pun sama 😁
BalasPadamYa, samalah saya Faizah. Sudah biasa makan di sini. Keknya pun tidaklah terlalu manis. Sedap!
PadamEnak² makanannya. Pakcik Daus makan banyak ya hari tu. Baru teringat, Daus dah jadi pakcik, hihi.
BalasPadamIya, Daus sudah naik pangkat jadi pakcik @ paman. Pamannya Hamzah.
Padambest nya restoran ni ada.mcm2 menu sedap
BalasPadamSalah satu tempat bersinggahan untuk dating.
Padamcomel lah kek-keknya. semua pun nampak sedap.
BalasPadamItulah tarikannya. Selalu jew hendak singgah sini.
Padam