Ke Pasar Ikan Basah & Pasar Ikan Kering
4:01 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alang-alang sudah keluar sarapan pagi tadi, kita ajak Encik Suami sambung perjalanan pergi ke pasar. Mula-mula masuk Pasar Ikan Kering kemudian masuk Pasar Sayur dan akhir sekali masuk Pasar Ikan (Basah). Masuk Pasar Sayur beli cili padi, tempe, kelapa parut, pucuk paku dan taugeh. Masuk Pasar Ikan Kering bukan beli ikan kering tapi beli ikan bilis dan keropok amplang perasa sotong. Singgah pula Pasar Ikan (Basah), ternampak ikan kembung pelaling, terus beli! Jarang jumpa kembung pelaling di LD.
Ikan Kembung Pelaling |
Ikan Kekek @ Ikan Sap Sap Labu @ Cermin |
Ikan Belais |
Ikan Jenahak Hitam & Merah |
Ikan Putih |
Udang Galah |
Siput Tarik |
Ikan Bilis Kopek |
Ikan Bilis Mata Biru Gred A |
Ikan Bilis Mata Biru Gred B |
Hari ini berangan hendak masak sambal ikan bilis campur tempe dan kentang. Bubuh cili padi kampung! Harap angan-angan menjadi kenyataan.
11 comments
Banyak dan pelbagai stok ikannya tu.
BalasPadamYa, sediakan untuk seminggu.
PadamWahhh... kemahen akak kita ni kalau dapat meronggeng ke pasar. Bersusun ikan dalam bekas.
BalasPadamItulah terapi mingguan, meronggeng sakan ke pasar.
PadamBalik rumah teruskan kerja menyiang dan menyusun.
Masyaa Allah....susunan ikan untuk frozen pun kemain kemas dan cantik!
BalasPadamHahahaa... saja mencari kerja tambahan ni Mama Cella.
Padamsiput tarik tu sedap masak apa.kak? sambal ke?
BalasPadamSiput tarik tu rebus sahaja. Lepas tu tarik keluar dan cecah air asam, dan terus ngap masuk mulut. Kira diratah sajalah kaedahnya.
Padambestnya tenguk ikan segar-segar dari ladang
BalasPadamSenang kerja, tak perlu banyak kali beli kalau hendak masak ikan.
PadamSukaaaa sangat kalo bisa dapat ikan segar kak 😍😍😍. Ikan bilis mata biru nih, apa beda grade A dan B yaa? Atau warna badan nya saja yg tak terlalu putih yg grade B?
BalasPadamSaya pun masih berfikir, macam mana cara mereka memisahkan antara grade A dan Grade B, secara kecil2 sangaaaat 😅😅