Subang - Kota Kinabalu - Lahad Datu : FireFly - MASWings

10:11 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Syukur seribu syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Perjalanan pergi dan balik dipermudahkan walaupun hanya dapat bersama keluarga dalam masa yang singkat.

Dapatlah merasa naik pesawat FireFly dan mengimbau kenangan di Subang Airport yang tidak dijejak sejak 23 tahun yang lalu.

FireFly - MASWings - Google

Kita mengharapkan sangat dapat beli salted peanut dalam penerbangan pulang dari Subang ke Kota Kinabalu. Terbayang-bayang betapa seronoknya anak-anak murid dapat bungkusan kecil dari udara!

Salted Peanuts

Cookies Famous Amos

Pramugari mengedarkan kudapan berupa cookies dan sebungkus kecil kacang masin.

Kacang Masin

Nasi Lemak Pandan


Nasi Lemak Pandan ini kita bawa turun di Kota Kinabalu untuk Fairuz.
Kita masih tertunggu-tunggu pramugari menyorong troli jualan tetapi sehingga pengumuman pesawat akan mendarat, tidak ada jualan oleh-oleh!

Adeehhhh!
Memang keluar pesawat dengan tangan kosonglah nanti!
Apa boleh buatlah.
Mari kita alihkan rasa kecewa dengan melihat pemandangan senja dari tingkap Firefly.
Dalam hati berkata: Lain kali belilah banyak-banyak kacang masin itu. Kadang-kadang rezeki tak sampai alamat. Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli...uhuk...uhuk!

Pemandangan senja dari tingkap pesawat FireFly.


Tak dapat beli kacang masin, kita bawa pulang majalah Going Places yang terselit di hadapan kerusi. Dulu rajin ambil majalah begini dan buat koleksi. Banyak info menarik terutama tentang budaya hidup sesebuah negara yang terdapat di dalamnya.

Rasanya ramai yang tak berminat atau tidak perasan tentang majalah dalam pesawat : TAKE ME HOME - Everyone who flies get a copy!




Keesokan paginya pula, berkali-kali kita telefon Fairuz tetapi tidak diangkat. Selepas solat subuh kita sudah hendak ke lapangan terbang. Hantar mesej dan telefon Encik Suami tetapi tidak dibaca dan tidak diangkat HP. Ke mena pula Encik suami pergi? Tidur semulakah selepas solat subuh? (Rupanya ketika ini Encik Suami sudah keluar rumah, brisk walk di Taman Bandar Lahad Datu dan telefonnya ditinggalkan dalam kereta). Akhirnya kita pun naik ke tingkat tiga, bilik tidur Fairuz. Rumah Abang Aznan tiga tingkat dan tingkat tiga agak tinggi, banyak anak tangga.

Kita telefon dan ketuk-ketuk pintu bilik Fairuz. Ketuk perlahan-lahan sahaja takut anak-anak Abang Aznan terganggu tidur (di tingkat dua). Fairuz buka pintu. Aduhai....! Katanya pukul 4:30 sudah bangun, tapi Mommy tak telefon! 

Tong penuh berisi ikan di belakang Hilux Single Cap.

Kali ini Fairuz hantar kita ke lapangan terbang dengan menaiki kereta ikan. Selepas hantar kita, Fairuz akan terus hantar ikan ke pasar raya. Dalam seminggu Fairuz buat dua kerja. Isnin sehingga Jumaat bekerja di bengkel kereta. Sabtu dan Ahad hantar bekalan ikan.

Semoga sihat-sihat selalu.

Selepas daftar masuk bagasi, sarapan dulu dengan anak bujang ini. Pukul 6:45, kami berpisah di pintu masuk pelepasan. Setelah peluk cium, dan boarding pass diperiksa oleh petugas, rupanya kita salah masuk! Kita tersalah tuju ke penerbangan antarabangsa. Fairuz yang masih berada di situ ketawa terbahak-bahak. Macamana boleh tersalah pintu. Kemudian kami sama-sama turun ke tingkat bawah, ke pintu pelepasan dalam negeri.


Cuaca cerah ketika MASWings meninggalkan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Dari jauh terlihat puncak Gunung Kinabalu yang sudah kehilangan tanduknya akibat gempa bumi 10 tahun lalu. Langit biru terang dan awan putih cemerlang. Indah!


Kudapan diedarkan oleh pramugari MASWings.


Kita pilih minuman apple juice.



Gunung Kinabalu semakin sayup ditinggalkan.
MASWings meluncur laju menuju destinasi. Kali ini tiada kedengaran sendi-sendi berkeriut. Cantik saja gaya terbangnya.


Selamat mendarat di Lahad Datu Airport.


Alhamdulillah.
Segala puji hanya bagi-Mu yang Allah.

18 comments

  1. Lama tak terbang.. Bila lah nak merasa terbang lagi ni.. Hihi.

    BalasPadam
  2. Kak Amie keseringan melancong ke luar negara, jadi tersalah masuk entrance 🤣🤣.

    Ohh JD dulu gunung Kinabalu ada semacam tanduknya ya kak? JD tertarik nak tahu kejadian gempa yg buat hilang bentuk Kinabalu. Coba saya browsing lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... Itulah, tak perasan masuk ruangan antarabangsa padahal mata memang sudah baca dan nampak tulisan pintu masuk antarabangsa. Tapi kaki tetap juga melangkah ke situ....ahaks!
      Ya, Gempa bumi menyebabkan bentuk puncak Gunung Kinabalu berubah.

      Padam
  3. Selalu sangat fly overseas Kak Amie, itu yg tersilap pintu tu ahahaha
    Cantiknya Gunung Kinabalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihiii...kaki tu gatal jew nak melangkah ke oversea.
      Cantik gunung tu di waktu pagi ketika matahari bersinar dan tidak diselimut awan tebal.

      Padam
  4. Hahahha.. kita boleh bayang Fairuz ketawakan mommy, mesti turun naik perut dia tu, hihi. Fairuz macam dah kurus sikit la, agaknya kerja kuat ya, Fairuz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tajam mata hati SK.
      Memang turun naik perutnya ketawakan kita. Dalam hatinya berkata, kenapa Mommy masuk pintu antarabangsa? Ikut sajalah hantar ke situ.
      Ya SK, nampak kurus sikit. Penat kot buat dua kerja.

      Padam
  5. Cantiknya Kinabalu walau sudah tiada tanduknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik walau kelihatan nun sayup-sayup mata memandang.

      Padam
  6. Pernah juga naik Firefly yang berkipas macam tu. Tak silap nak pergi Langkawi kot tapi flight kami masa tu agak panas pulak. Aircond tak sejuk. Tapi lama dah......lepas tu tak pernah naik flight yang macam tu lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo....tak bestlah kalau panas dalam pesawat
      Alhamdulillah, pengalaman pertama dan kedua naik FireFly, semuanya ok.

      Padam
  7. Aduhai...boleh tersalah pintu plak ye kak..tu la asyik ke oversea aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaa.....kaki bah tu yang gatal langkah ke pintu situ tu.

      Padam
  8. lain macam je tu kak tersalah masuk pintu inter departure?🤣🤣🤣 nak balik pakistan ke tu?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe