Malam Terakhir di Pakistan : Daftar Masuk di Crown Plaza Horel, Islamabad Pukul 23:15 Malam
11:43 PGBismillahirrahmanirrahim.
Malam terakhir di Pakistan kami menginap di Crown Plaza Hotel di Islamabad. Walaupun hotel empat bintang tetapi kami sudah tidak ternampak bintangnya kerana mata kami sudah berbintang-bintang.... ahaks! Apa tidaknya, kami daftar masuk pada pukul 23:15 malam. Itu dikira awal, sebab kami tidak perlu makan 'sahur' di hotel seperti malam-malam sebelumnya. Kami makan malam lebih awal di Tahir Khan Restaurant dan kemudian shopping di bazaar (tidak ingat apa nama bazaar tersebut).
Google: Crown Plaza Hotel, Islamabad |
Ruang lobi sangat luas, kemas, selesa dan cantik.
Seperti malam-malam sebelumnya, memang rasa hendak terus rebahkan diri, tapi kena berus gigi dan cuci muka serta mandi setelah seharian berjalan. Kalau tak mandi rasanya melekit badan dengan peluh dan sudah tentu tak berapa selesa ketika tidur. Alhamdulillah, rasa sangat lega sebab sudah tunaikan solat jamak maghrib dan isya' di Masjid Faisal.
Seperti biasa, katil kita di tepi tingkap, tapi kali ini memang tidak sempat selak langsir di waktu pagi. Jadi tak nampak apa pemandangan di luar sana.
Disediakan juga buah epal dan pisang tapi tidak juga sempat kami usik malam itu.
Menjelang pagi, kuranglah pisang sebiji. Mungkin Gee sudah jamah pisang itu. |
Biasanya kita hanya gunakan gelas dan air mineral untuk rendam vitamin C samada sebelum tidur atau waktu pagi sebelum meninggalkan bilik.
TV skrin rata diletakkan di dalam almari.
Dalam almari ini tersimpan sejadah dan juga selipar dan lain-lain. Tak sempat hendak ambil gambar dan melihat kesemua isinya.
Sudah mengumpul debu dan peluh dari Skardu ke Islamabad, tibalah masa untuk membersihkan diri, tapi sekejap saja. Tidaklah berlama-lama di bilik air sebab sudah tengah malam.
Selamat malam Islamabad!
13 comments
Seronoknya tengok K.Amie jalan2 di negara orang...
BalasPadamhotelnya pun nampak bersih ya.. dengan banyak design perabot kayu.
Mari travel sama Aini.
Padamhotel cantik bentuknya n selesa dalamannya
BalasPadamSelesa sangat, tapi dapat tidur sekejap saja.
Padamterasa penatnya tu. my group paling lewat masuk hotel dlm kul 1.30 pg kalau tak silap. punya penat la kan.
BalasPadamMemang terasa penatnya travel kali ini. Perjalanan panjang itu yang buat letih.
PadamMemang uncle terfikir... mesti debu2 masa perjalanan melekat di baju kan?
BalasPadamPandai Uncle, aktif berfungsi mindanya.
PadamCantik dan selesa hotel, dapatlah berehat dengan tenang wpun sekejap.
BalasPadamYa, tidur tak sedar diri dah tu SK.
PadamMalaaam sangat tiba di hotel ya kak 😄😅. Tapi syukurlah kalo hotelnya selesa. Crown hotel ini terkenal juga kan. Baguus bagian dalam hotelnya 👍. Yang penting bersih dan bisa tidur nyaman
BalasPadamHotel selesa dan dapat tidur dengan lena. Itu yang pagi nampak berseri² 🥰
BalasPadamCantik dan selesa hotelnya...
BalasPadam